GOMBAK: Sekitar Jalan Selayang Baru di sini, kembali dipenuhi warga asing khususnya daripada kalangan etnik Rohingya, walaupun sudah digempur secara besar-besaran, kelmarin.
Tinjauan BH sejak jam 10 pagi semalam mendapati kegiatan harian warga asing itu kembali seperti sebelum digempur, namun jumlah mereka tidak seramai seperti sebelum operasi.
Rata-rata mereka kembali menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kaki lima, bekerja di kedai jualan barang basah, selain menjual makanan kepada warga asing lain seperti warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.
Perniagaan berlesen yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) milik warga tempatan di situ juga turut menggajikan warga Myanmar, Bangladesh, Nepal dan India.
Peniaga Rohingya sebabkan kawasan jadi kotor
Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Borhan, berkata warga asing Myanmar terutamanya Rohingya, banyak menjalankan perniagaan haram sehingga menyebabkan keadaan persekitaran tidak bersih dan mendatangkan bau yang tidak nyaman.
"Saya bukanlah hendak menghina sesama insan tetapi itulah realiti mereka ini pengotor dan membuang sampah sesuka hati.
"Mereka juga yang berkumpul merata-rata di Selayang Baru ini mendatangkan keresahan kepada penduduk tempatan.
"Contohnya apabila ada anak-anak kecil perempuan warga tempatan yang bermain atau melalui kawasan di sini disebabkan ibu bapa mereka tinggal kediaman atas kedai, kita bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik," katanya.
Borhan yang bekerja sebagai peniaga di Pasar Harian Selayang (Kuala Lumpur) tidak jauh dari kawasan Selayang Baru, berkata beliau berharap operasi bersepadu yang dilaksanakan seperti kelmarin dibuat lebih kerap.
Selepas tengah hari semalam, semakin ramai warga asing berkumpul di Jalan Besar Selayang Baru kerana merasakan 'selamat' daripada pemantauan pihak berkuasa.
Mereka berniaga sireh, menjual dan memotong daging lembu dan ayam di lorong belakang kedai serta menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di kaki lima.
Keadaan di kawasan pasar Selayang ketika tinjauan isu Koloni Warga Asing pasar Selayang, susulan hasil Operasi besar-besaran oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dan diketuai oleh Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi MKN Negeri malam kelmarin. - Foto NSTP/ Ahmad Ukasyah
Kuasai aktiviti harian
Penduduk tempatan dari luar Selayang bimbang kerana perniagaan harian hampir semuanya dikuasai oleh warga asing.
Kelmarin penguat kuasa beberapa agensi mengepung sebahagian Selayang Baru, di sini dalam operasi menghapuskan koloni warga asing sekitar Pasar Selayang dan Pasar Tani Selayang.
Dalam gerakan bersepadu bermula jam 8:00 malam kelmarin, seramai 1,116 individu diperiksa, diikuti penahanan 843 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan imigresen.
Operasi besar-besaran itu diselaraskan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, merangkap Pengerusi MKN Negeri.
Serbuan membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pendaftaran Negara serta pihak berkuasa tempatan.
Amirudin berkata, daripada jumlah yang ditahan, 273 individu dibebaskan selepas mengemuka dokumen perjalanan sah.
Katanya, seramai 843 individu (808 lelaki dan 35 wanita) ditahan kerana disyaki tidak memiliki dokumen sah atau melakukan kesalahan tinggal lebih masa.
Beliau berkata, antara 647 warga Myanmar, Nepal (102 orang), Bangladesh (79 orang), Indonesia (15 orang) dan India (10 orang).
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Dengan Atuk Teram bukan main lagi memasing melolong maki pmx negara tergadai, terjajah, ditipu, dibodoh, kena game, checkmate. Padahal keliling kiri kanan sharing is caring dengan rongok sendiket haram + segala Jenis pati gred g. Berdekah-dekah ketawa kat live YT cakap negara lain tak boleh ditipu. So negara lain tu ada bawa masuk bela pati rongok juga ke?
Ikut stail Jepun lah, tak reti berasimilasi dgn penduduk tempatan, dipersilakan berambus. Opis UNCHR tu tak salah pun kalo dirobohkan, kita tak pernah sign refugee convention. Kemain lagi kebal kad bodoh dia org, padahal satu cara halus utk memperlecehkan dan melemahkan kedaulatan Malaysia. Semak betol tengok muka "pelarian" Rohingla, indon, ereb, aprika nih. Amerika latin pon ada katanyer merempat kat sini. #MalaysiaTongSampahDunia