CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1142|Reply: 15

‘Ramai sependapat dengan Rita, mohon Mara jernihkan keadaan’ - Azhar Sulaiman

[Copy link]
Post time 9-12-2025 10:55 PM | Show all posts |Read mode





Susulan isu saman yang diterima pelakon Rita Rudaini daripada Yang Dipertua Muafakat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, pelakon Azhar Sulaiman tampil menyuarakan pandangannya serta meminta penjelasan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara).


Berdasarkan pemerhatian Azhar, 54, ramai dalam kalangan ibu bapa yang bersetuju dengan tindakan Rita berhubung isu pemilihan pelajar ke institusi tersebut.


Dia juga berharap Pengerusi Mara iaitu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberi penjelasan bagi meredakan kekeliruan awam.


“Assalamualaikum kepada bos Mara (Asyraf) yang kami hormati. Berdasarkan tinjauan saya terhadap suara rakyat di media sosial, rata-rata ibu bapa sependapat dengan Rita Rudaini berkenaan isu pemilihan pelajar ke Mara.


“Mungkin sedikit penjelasan daripada pihak tuan dapat menjernihkan keadaan yang mula menjadi kusut tanpa sebab yang jelas untuk Mara. Terima kasih bos,” katanya dalam Facebook.


Sebelum ini, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.


Peguam mereka, Datuk Adnan Seman, berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.


Adnan menegaskan kenyataan itu memberi kesan reputasi besar kepada kedua-dua plaintif memandangkan bilangan pengikut Rita dalam media sosial cukup ramai.


Tambah Adnan, tindakan saman tersebut difailkan selepas Rita gagal memenuhi tuntutan notis bertarikh 15 Oktober lalu.


Terdahulu, pelakon filem Mami Jarum itu mendakwa, wujud kepincangan berlaku dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali Muafakat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar.




Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2025 10:18 AM | Show all posts
Setuju tak setuju, salah ke betul ke....itu harga yang perlu dibayar bila mulut/jari lagi laju daripada otak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 10:18 AM | Show all posts
Edited by KamikuP at 10-12-2025 02:19 AM

hAHAHAHA.. Ritrud meroyan sbb bertanding Naib YDP Muafakat kalah kat kawan meolls.. ekekekeke..
Yg BEhar pun kemain bekap Ritrud.. choii la kau



Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan la..boss laa mencapub barua je kecut ni.anak2 ko tu privilege  dari belah bini ko so xyah nak menyibuk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 10:36 AM | Show all posts
so bos MARA kena setuju dgn tindakan rita memaki hamun & memberi gelaran yg bukan2 kepada mereka

wowwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok kalau chairman mara ni x side dia, dia tukar lagi sekolah anak dia tak?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2025 02:40 PM | Show all posts
eloklah dijernihkan..

anak anak nak belajar pun susah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pendapat perlu ke kangkong2kan org, pendapat yg concrete dan serious tak perlu ada nada mengejek, org tu naik pun melalui pilihanraya bukan suka2 dapat jawatan. Followers ramai bukan makna boleh menulis sesuka hatilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Intake mara esp mrsm ramai anak2 engineer, anak2 lecturer. My family pun ramai anak2 dpt mrsm cumanya income mak ayah 5 digits.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 03:45 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 10-12-2025 10:18 AM
Setuju tak setuju, salah ke betul ke....itu harga yang perlu dibayar bila mulut/jari lagi laju darip ...

betul...betul....senang2 panggil tuan badan prof kangkung, pastu senang2 nak suruh muafakat....yikes!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 04:07 PM | Show all posts
kesiannya anak dia kan..
mcm mana la kat sekolah agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau followers ramai makanya kena tulis hati2 lah dan jaga adab,  kalau mengejek nanti takut jadi domino effect org lain ikut mengejek, so itu dah termasuk dlm akta apa??
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 04:29 PM | Show all posts
saman je mulut puaka dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols baru baca acik ritrud buat makan2 ngan cikgu2
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 07:40 PM | Show all posts
Hypothetically replied at 10-12-2025 03:24 PM
Bagi pendapat perlu ke kangkong2kan org, pendapat yg concrete dan serious tak perlu ada nada mengeje ...

'Prof kangkong' tu asalnya gelaran utk professor yg kaki plagiat dan tidak intelektual..
Takde kena mengena dgn role dia dlm PIBG
Walau betul sekalipun dia siphon duit dana, itu corrupt bukan kangkong
So acik rita kena byk berfikir sebelum terjah
Kena faham konsep sblm main taram tulih ikut kelajuan jari
Kalau saman tu on, acik rita boleh kalah



Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 09:15 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 10-12-2025 07:40 PM
'Prof kangkong' tu asalnya gelaran utk professor yg kaki plagiat dan tidak intelektual..
Takde ken ...

Go to the right source, tulis kat medsoc n calling people's names will not solve the problem. If that person kena bully kat medsoc mcm mana??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.238129 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list