Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1111043   
ASSALAMUALAIKUM  & SELAMAT DATANG
KE RUMAH BOD BORNEO


Terima kasih kerana sudi singgah
Rumah poret (ahli mesyuarat tingkap)
Kita sembang-sembang santai
Review drama, berita, bebel dan lain2



Benang yang ada tacang
1. ala2 good morning (benang check in) +10 (1pic p/day)
2. gambar makanan +20 (5pic p/day)
3. gambar pemandangan/taman dll +20 (5pic p/day)
4. lagu +10 (5video p/day)
5. kuiz +100
6. quotes/today note +2 (tiada had)
7. mari tepek pic gif +2 (tiada had)
8. sambung lagu 1 perkataan +10 (tiada had)
9. korang shopping apa +25 (tiada had)
10. mari tepek gambar +2 (tiada had)
Benang yang x ada tacang
1. 1 word (tiada had)
2. Best Life Quotes That Will Inspire You (tiada had)





Rate
There are 1 People reward the building owner
19.7K Views
2009 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Vellfire Author 2#

Super Moderator | Credits 1111043   
Kepimpinan KPD penentu persepsi masyarakat terhadap PDRM - Jauteh
Disember 15, 2025, Isnin - 3:12pm



SERAH: Jauteh (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Jaafar (kiri) dengan Tan.

SEMPORNA: Peranan kepimpinan di peringkat daerah sangat penting kerana ia menjadi barisan hadapan dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Jauteh berkata, kepimpinan KPD bukan sahaja melibatkan aspek pentadbiran dan pengurusan pasukan, malah turut mencerminkan imej serta kredibiliti PDRM di mata masyarakat setempat.

“Kepimpinan di peringkat daerah adalah barisan hadapan yang menentukan keyakinan rakyat terhadap pasukan.

“Justeru, kesinambungan kecemerlangan perlu diteruskan tanpa membandingkan gaya kepimpinan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Semporna yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, hari ini.

Pada majlis itu, Superintenden Tan Hiap Wah secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Daerah Semporna baharu selepas menyempurnakan acara serah terima tugas daripada Deputi Superintenden Jaafar Hakim, yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah.

Majlis turut dimulakan dengan pemakaian pangkat Superintenden Polis kepada Supt Tan Hiap Wah.

Jauteh dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada Jaafar atas pencapaian dan kecemerlangan sepanjang memangku jawatan KPD Semporna, khususnya dalam aspek pentadbiran, perancangan strategik, pemantauan operasi serta penyelarasan antara bahagian.

Beliau berkata, kepimpinan berkesan di peringkat daerah juga menuntut keupayaan mengendalikan kes-kes berprofil tinggi serta isu keselamatan yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada PERKEP Daerah Semporna atas peranan penting dalam menjaga kebajikan keluarga warga PDRM dan memperkukuh sokongan sosial dalam pasukan.

Sehubungan itu, Jauteh menyeru seluruh warga IPD Semporna agar terus komited, ikhlas dan progresif dalam melaksanakan amanah bagi memastikan kelancaran tugas PDRM, khususnya dalam aspek keselamatan maritim, pelancongan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis serah terima tugas itu diadakan susulan Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) Bilangan 38/2025 bertarikh 5 Disember 2025, selepas penyandang asal bersara wajib pada 29 Jun lalu.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Azhar Hamin; Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Rejali anak Angong; Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Champin Piuh; Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Jimmy Panyau serta pegawai kanan dan pegawai rendah polis IPD Semporna.

Vellfire Author 3#

Super Moderator | Credits 1111043   
Mekanik ditahan miliki motosikal tanpa nombor pendaftaran
Disember 15, 2025, Isnin - 3:42pm



OPERASI: Makanik warga asing bersama motosikal berkenaan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang mekanik warga asing ditahan polis selepas didapati memiliki motosikal tanpa nombor pendaftaran serta diubah suai di Kampung Sungai Buaya, Batu 3, Jalan Apas, di sini, Sabtu lalu.

Dalam operasi kira-kira jam 1.50 petang itu, suspek berusia lingkungan 30-an ditahan ketika sedang membaiki sebuah motosikal di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sebelum itu pihaknya menjalankan Operasi Lejang/Kesan Khas di kawasan kampung berkenaan.  

“Hasil pemeriksaan mendapati motosikal terbabit tidak mempamerkan nombor pendaftaran, manakala nombor enjin pula didapati telah diubah suai sehingga gagal dikenal pasti.

“Sehubungan itu, motosikal berkenaan dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Champin menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan melanggar undang-undang.

“Pihak polis akan terus mempergiatkan operasi dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi membanteras jenayah serta kesalahan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini,” katanya.

tari Lv.22 4#

Moderator | Credits 1125241   
Check in
Follow Us

tari Lv.22 5#

Moderator | Credits 1125241   
Aramaitu tu apa

Vellfire Author 6#

Super Moderator | Credits 1111043   
Pelajar SMK Kanowit tunjuk prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum
Disember 15, 2025, Isnin - 2:27pm



Joseph (kiri) menyampaikan sijil dan hadiah kepada seorang pelajar sambil disaksikan Andrew (dua kiri) pada Majlis Graduasi dan Apresiasi SMK Kanowit.

KANOWIT: Pelajar SMK Kanowit telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Menurut Penolong Kanan Pentadbirannya Andrew Atan, Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 adalah 65 peratus.

"KPI murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 adalah GPMP 4.00 manakala pelajar Tingkatan Enam GPMP 3.00," katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Apresiasi SMK Kanowit di sini, baru-baru ini.

Majlis dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit Joseph Jabu, Penolong PPD Kanowit Sektor Pengurusan Sekolah Nancy Tadong dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kanowit Brendon Ullok Dominic Demong.

Dengan kejayaan itu, Andrew berkata, ia membuktikan bahawa anak-anak SMK Kanowit bukan sahaja cemerlang dalam bilik darjah tetapi juga bersedia menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

"Bagi setiap pelajar lepasan SPM, menjadi kebanggaan sekiranya dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," tambahnya.

Sementara itu, Allan dalam ucapan perasmiannya turut mengalakkan pelajar untuk memilih bidang yang mereka inginkan dan bidang yang diceburi hendaklah mempunyai peluang pekerjaan.

Beliau turut menyeru seandainya pelajar memilih menjadi doktor, guru, jururawat dan sebagainya adalah diharapkan mereka boleh balik dan berkhidmat di tempat asal.

"Saya menggalakkan lepasan sekolah memilih bidang artificial intelligence (AI) kerana bidang ini digunakan secara meluas pada masa ini," tegasnya.

Pada akhir ucapannya, Allan turut mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada tabung PIBG SMK Kanowit untuk membantu melancarkan aktiviti sekolah.

Vellfire Author 7#

Super Moderator | Credits 1111043   
Krismas simbol perpaduan masyarakat pelbagai latar belakang
Disember 15, 2025, Isnin - 2:50pm

Satukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam suasana aman, persahabatan, saling menghormati



Lau (enam kiri) menyalakan lilin bersama (dari empat kiri) Yong dan Robert serta (dari kanan) Wong, Teresa, Father Ivan dan yang lain. - Gambar Peter Boon

SIBU: Krismas bukan sekadar satu perayaan keagamaan di negara berbilang budaya seperti Malaysia, bahkan sudah menjadi simbol perpaduan yang menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam suasana aman, persahabatan dan saling menghormati, kata Temenggung Dato Vincent Lau.

Presiden Kehormat Seumur Hidup dan Penasihat Eksekutif Persatuan Pemuda Kristian Sibu (YMCA) itu berkata, Krismas merupakan perayaan yang diraikan di seluruh dunia bukan sahaja oleh penganut Kristian, malah juga oleh bukan Kristian.

“Di negara berbilang budaya seperti negara kita, Krismas melambangkan lebih daripada sekadar perayaan keagamaan, ia merupakan simbol perpaduan.

“Ia mengingatkan kita bahawa walaupun berbeza latar belakang, kita masih mampu bersatu dalam keamanan, persahabatan dan saling menghormati,” katanya ketika berucap pada program Christmas Carolling by Candlelight' YMCA di Taman Tasik Permai di sini, semalam.

“Di YMCA, kami berbangga mengekalkan tradisi lama menyambut Krismas bersama masyarakat Sibu.

“Sejak tahun 1975, kami telah menganjurkan acara 'Christmas Carolling by Candlelight' yang menghimpunkan generasi keluarga dan komuniti melalui muzik, persekutuan serta perkongsian iman,” tambahnya.

Menurut beliau, YMCA terus mengekalkan tradisi itu kerana percaya dalam memupuk semangat sebenar Krismas iaitu kasih sayang, muhibah dan perpaduan.

“Kami juga berharap perhimpunan seperti ini dapat mengukuhkan keharmonian serta merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat Sibu merentasi pelbagai denominasi dan komuniti,” katanya.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berteraskan komuniti, Lau berkata YMCA kekal komited dalam mempromosikan pembangunan rohani, mental, fizikal dan sosial individu khususnya golongan belia.

Matlamatnya tambah beliau, adalah untuk melahirkan warga yang bertanggungjawab dan pemimpin masa depan negara, di samping mengalu-alukan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama menjayakan misi dan nilai gerakan YMCA di seluruh dunia.

Menyentuh mengenai tahun yang bakal berakhir, Lau berkata tahun 2025 membawa pelbagai cabaran, namun turut menawarkan banyak peluang untuk belajar, berkembang dan menjadi individu yang lebih baik.

Beliau berkata, ia merupakan tahun menetapkan matlamat baharu, merealisasikan impian serta mencapai pelbagai pencapaian penting.

Menjelang tahun baharu, beliau turut menyampaikan harapan agar semua menikmati permulaan yang segar, dipenuhi semangat baharu, harapan dan keyakinan.

Sementara itu, Presiden YMCA Sibu Senator Robert Lau berkata, persatuan itu menyediakan ruang kepada semua penganut Kristian tanpa mengira denominasi untuk berhimpun dan berkhidmat kepada komuniti.

“Yang paling utama adalah memberi tumpuan kepada golongan belia dan kanak-kanak seperti yang dapat dilihat pada persembahan oleh kanak-kanak pada acara malam ini,” katanya dalam ucapan alu-aluannya.

Mesej Krismas telah disampaikan Father Ivan Fang dan turut hadir ialah Naib Presiden Wong Ei Sing, Setiausaha Teresa Lau dan Bendahari Penghulu Yong King Sung.

ADVERTISEMENT


Vellfire Author 8#

Super Moderator | Credits 1111043   
TYT tiba di Osaka bagi lawatan bersama keluarga
Disember 15, 2025, Isnin - 3:18pm



Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah serta ahli keluarga selamat tiba di Osaka, Jepun bagi lawatan. - Gambar Astana Sarawak

OSAKA: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka bagi lawatan bersama keluarga.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendy Abdul Ghany bersama pegawai-pegawai kanan Kedutaan Malaysia di Jepun.

Sejurus tiba, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama ahli keluarga menuju ke sebuah hotel di Osaka untuk mendaftar masuk dan berehat sebelum meneruskan lawatan pertama seperti yang dijadualkan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berharap agar segala urusan sepanjang keberadaan di Osaka dipermudahkan serta lawatan itu dapat dimanfaatkan untuk mengumpul kenangan indah bersama keluarga.

Vellfire Author 9#

Super Moderator | Credits 1111043   
Usaha perkasa pendidikan, kebajikan komuniti luar bandar perlu diperkukuh
Disember 15, 2025, Isnin - 3:21pm



Ripin (duduk tengah) dan para tetamu bersama para pelajar yang ceria menunjukkan bantuan persekolahan yang diterima daripada PETRONAS.

MIRI: Usaha berterusan memperkasa pendidikan dan kebajikan komuniti luar bandar perlu diperkukuh agar tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Dr Ripin Lamat.

Beliau berkata demikian pada majlis pelaksanaan dua inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PETRONAS iaitu PETRONAS Memperkasakan Ilmu: Powering Knowledge - Back to School (BTS) dan PETRONAS Memacu Kehidupan Krismas Lambir di Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village, di sini baru-baru ini.

Menurut Ripin, program seumpama itu bukan sahaja meringankan beban keluarga kurang berkemampuan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan sejak peringkat awal, khususnya dalam kalangan murid luar bandar.

“Menerusi bantuan persekolahan dan sokongan kebajikan kepada keluarga, kita dapat memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin, di samping membantu isi rumah membuat persediaan menyambut perayaan Krismas,” katanya.

Di bawah program PETRONAS Memperkasakan Ilmu, seramai 300 murid SK Lambir Village menerima set persekolahan lengkap merangkumi pakaian seragam sekolah, kasut, beg, bekas pensel dan alat tulis asas.

Sementara itu, PETRONAS Memacu Kehidupan Krismas Lambir memberi manfaat kepada 120 penerima isi rumah di kawasan Lambir menerusi sumbangan makanan asas, sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup harian.

Ripin turut menegaskan, inisiatif tersebut selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak yang menekankan pemerkasaan modal insan serta pembinaan komuniti yang inklusif dan berdaya tahan.

Majlis penyerahan rasmi program tersebut disempurnakan oleh Ripin sendiri.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn Bhd - Aset Sarawak Shalby Reduan, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak Norazibah Md Rabu, Pegawai Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Ketua Bahagian Kesejahteraan Sosial JKM Sarawak Nurin Chunggat yang mewakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak serta Guru Besar SK Lambir Village Suhardi Junaidi.

Pelaksanaan kedua-dua program itu turut diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara PETRONAS, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bagi memastikan manfaat disalurkan secara menyeluruh kepada komuniti luar bandar.

Vellfire Author 10#

Super Moderator | Credits 1111043   
Pembuangan sampah secara haram, lintasan tidak sah punca banjir
Disember 15, 2025, Isnin - 3:26pm



Lee bercakap kepada pemberita selepas lawatan tapak ke parit ribut di Lebuh Raya Pan Borneo, hari ini.

MIRI: Pembuangan sampah secara haram dan pembinaan lintasan tidak sah di sepanjang laluan sebuah parit utama, dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyebabkan banjir kerap berlaku di Kampung Pujut Padang Kerbau serta kawasan perumahan di sepanjang jalan pintas tersebut.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, beberapa bahagian parit banjir berkenaan didapati tersumbat dan dipenuhi tumbuhan liar, sekali gus menghalang aliran air daripada mengalir dengan lancar.

“Tindakan orang ramai membuang sampah ke dalam parit banjir menyebabkan saluran air tersumbat dan akhirnya tersekat.

“Selain itu, pembetung sedia ada terlalu kecil, menyebabkan air tidak dapat dilepaskan dengan berkesan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan tapak ke kawasan tersebut hari ini.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, parit banjir berkenaan berfungsi sebagai saluran utama bagi aliran air dari kawasan perumahan berhampiran dan kampung tersebut.

Menurutnya, walaupun hanya berlaku sekatan di sebahagian laluan parit utama itu namun ia sudah cukup untuk menyebabkan banjir, khususnya ketika hujan lebat.

“Isu ini perlu ditangani segera. Saya akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memeriksa keseluruhan jajaran parit banjir utama di bawah selenggaraannya serta mengalihkan sebarang lintasan haram yang dibina (di situ).

“Selain itu, kapasiti pelepasan air di kawasan ini juga tidak mencukupi,” katanya.

Lee menegaskan, JKR perlu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual ke atas parit ribut tersebut bagi mengelakkan kejadian banjir berulang di kawasan berkenaan.

Ketika ditanya sama ada penyelesaian jangka panjang diperlukan bagi mengatasi masalah banjir itu, beliau berkata perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan memandangkan parit banjir berkenaan terletak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

“JKR perlu membawa perkara ini ke peringkat kerajaan persekutuan.

"Sistem perparitan di kawasan ini perlu dinaik taraf dengan sewajarnya,” tambahnya.

Turut hadir semasa lawatan tapak tersebut ialah Penolong Jurutera Bahagian JKR Miri Chai Chung Enn.

Vellfire Author 11#

Super Moderator | Credits 1111043   
Nilai murni dan akhlak baik penting bagi pembangunan insan: Pang
Disember 15, 2025, Isnin - 4:00pm



Pang menyampaikan dua cek sumbangan UNIFOR kepada Lee yang mewakili SK St Anthony hari ini.

BINTULU: Nilai murni, akhlak yang baik serta kesungguhan untuk terus belajar sepanjang hayat merupakan nilai sebenar yang harus dimiliki oleh setiap pelajar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Menurutnya, segala kejayaan serta anugerah cemerlang yang diperoleh di sekolah bukanlah segala-galanya, namun apa yang penting adalah kecemerlangan dalam akademik harus seiring dengan pembangunan insan secara keseluruhannya.

"Kejayaan yang diraikan pada hari ini adalah hasil usaha, disiplin dan kecekalan anda, namun harus diingat bahawa kecemerlangan sebenar bukan hanya diukur melalui anugerah yang diterima, tetapi melalui nilai murni, akhlak yang baik serta kesungguhan untuk terus belajar sepanjang hayat," kata Pang semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) St Anthony di sini, hari ini.

Bagi yang belum menerima anugerah katanya, janganlah berputus asa, sebaliknya jadikan kecemerlangan rakan-rakan sebagai inspirasi untuk melangkah lebih jauh lagi.

Pang dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para guru yang sentiasa berkorban masa dan tenaga dalam memastikan anak-anak murid mendapat pendidikan terbaik.

Dedikasi dan keikhlasan para guru adalah tunjang kepada pencapaian cemerlang murid di sekolah ini yang mana corak pengajaran serta pembelajaran yang baik serta berkesan harus diteruskan oleh tenaga pengajar di sekolah ini.

"Dengan kesempatan ini, izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah atas pencapaian membanggakan dalam penilaian Dual Language Program (DLP) pada 15 dan 16 Oktober 2025 yang menyaksikan lima murid memperoleh skor 3A dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

"Saya berharap agar SK St Anthony terus menjadi sekolah yang melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah, seterusnya menjadi aset berharga kepada negeri dan negara," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Pang turut menyampaikan dua cek sumbangan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) masing-masing bernilai RM150,000 dan RM50,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah SK St Anthony bagi menyokong pembangunan sekolah.

Vellfire Author 12#

Super Moderator | Credits 1111043   
Bahasa isyarat pupuk empati, wujudkan masyarakat inklusif
Disember 15, 2025, Isnin - 4:04pm



Ayub ketika ditemui pemberita, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Pelaksanaan pengajaran bahasa isyarat di pusat-pusat SeDidik Sdn Bhd (SeDidik) sejak diperkenalkan pada 2020 terbukti berjaya memupuk nilai empati dan kesedaran terhadap golongan kurang upaya dalam kalangan kanak-kanak.

Pengurus Besar SeDidik Sarawak Ayub Dahari berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya mendidik kanak-kanak agar lebih prihatin dan memahami kepelbagaian dalam masyarakat.

“Pengajaran bahasa isyarat ini diinspirasikan oleh YB Dato Sri Fatimah. Kita mahu anak-anak memahami bahawa terdapat individu kurang upaya di sekeliling mereka, bukan sahaja yang tidak boleh mendengar atau bertutur, malah yang mengalami masalah penglihatan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen SeDidik Zon Samarahan di sini, hari ini.

Menurut beliau, semua guru SeDidik telah dilatih untuk mengajar bahasa isyarat asas, malah ibu bapa turut digalakkan mempraktikkannya di rumah seperti penggunaan isyarat mudah termasuk ‘terima kasih’ dan ‘salam’.

Tambahnya, pendekatan tersebut selari dengan konsep pendidikan inklusif yang diamalkan SeDidik yang mana kanak-kanak berkeperluan khas kategori ringan dibenarkan mengikuti pembelajaran bersama kanak-kanak lain di taska dan tadika.

“Kita mengamalkan dasar pintu terbuka. Kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas akan dinilai terlebih dahulu. Jika terdiri dalam kategori ringan, kita boleh terima, namun bagi kes serius, ibu bapa akan dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar,” jelasnya.

Mengulas penerimaan murid, beliau berkata kanak-kanak menunjukkan minat tinggi terhadap pembelajaran bahasa isyarat dan mampu menggunakannya dalam persembahan rasmi termasuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan negeri Sarawak ‘Ibu Pertiwiku’ dalam bahasa isyarat.

“Penerimaannya sangat baik. Kanak-kanak cepat menangkap dan mampu menggunakan bahasa isyarat asas untuk komunikasi harian. Ini membuktikan pendekatan ini berkesan dan memberi impak positif,” ujar beliau.

Malah beliau berharap usaha berterusan itu dapat melahirkan generasi masa depan yang lebih inklusif, prihatin dan menghormati golongan kurang upaya dalam masyarakat.

Sementara itu, Majlis Konvokesyen SeDidik Zon Samarahan disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Idris Buang.

Beliau dalam ucapannya menyifatkan penglibatan SeDidik amat penting dalam mendidik kanak-kanak pada peringkat awal usia.

Menurut beliau, setiap kejayaan bermula daripada langkah-langkah kecil, yang perlu dipelihara serta diberi perhatian sewajarnya.

“Ini kerana nilai dan kepentingannya yang besar dalam membentuk masa depan anak-anak,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dengan bimbingan berterusan para pendidik di SeDidik serta sokongan padu daripada ibu bapa, kanak-kanak yang diraikan akan membesar menjadi insan yang berjaya dan berdaya saing.

Vellfire Author 13#

Super Moderator | Credits 1111043   
SeDidik rancang buka lima lagi cawangan
Disember 15, 2025, Isnin - 4:17pm

Pembukaan dirancang bermula tahun depan bagi perluas akses pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini



Idris (tengah baris kedua) ditemani isteri bergambar kenangan bersama para penerima anugerah ‘Anak Contoh 2025’ dan ‘Ibu Bapa Contoh 2025’ di Dewan Peladang Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: SeDidik Sdn Bhd (SeDidik) merancang untuk membuka lima lagi cawangan baharu di seluruh Sarawak bermula tahun depan bagi memperluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Pengurus Besar SeDidik Sarawak Ayub Dahari berkata, perancangan tersebut telah dibuat lebih awal termasuk kelulusan permit dan pemeteraian perjanjian bersama beberapa agensi berkaitan yang hampir lengkap.

“Antaranya ialah penubuhan taska di tempat kerja SeDidik iaitu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak yang telah dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU).

“Penyerahan rasmi dokumen MoU akan dibuat sebelum operasinya dimulakan pada tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen SeDidik Zon Samarahan di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, SeDidik juga sedang menunggu kelulusan permit bagi pembukaan taskanya di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).

“Sebaik permit diluluskan, kita akan terus memulakan operasi. Jika tidak sempat pada suku pertama tahun depan, pelaksanaannya akan dilakukan pada suku kedua 2026,” jelasnya.

Selain itu, SeDidik turut merancang membuka taska di Wangsan, Mukah yang kini dalam proses kelulusan permit, taska di tempat kerja SeDidik Hospital Sibu serta sebuah tadika SeDidik di Bekenu, Miri.

“Secara keseluruhan, empat taska dan sebuah tadika baharu dijangka dibuka tahun depan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan,” tagasnya.

Menyentuh pula aspek kelayakan tenaga pengajar, beliau berkata SeDidik telah berjaya mencapai sasaran 100 peratus guru tadika memiliki sekurang-kurangnya diploma menjelang tahun ini.

“Daripada keseluruhan seramai 181 guru, 180 telah memiliki diploma manakala seorang lagi guru berbangsa Penan bakal menamatkan pengajian menjelang hujung tahun ini,” tambah beliau.

Ayub turut menegaskan bahawa SeDidik komited untuk terus mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam meningkatkan profesionalisme warga pendidik demi memastikan kualiti pendidikan awal bagi kanak-kanak di Sarawak.

Pengambilan guru selepas ini tegasnya, akan mewajibkan pengasuh di taska untuk memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kursus Asuhan Permata (KAP).

Sebelum itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Idris Buang telah merasmikan majlis.

Seramai 110 anak-anak SeDidik Zon Samarahan dari 12 tadika diraikan sebagai graduan cilik, menandakan kejayaan mereka menamatkan pendidikan awal dengan penuh semangat dan kegigihan.

Isteri Idris, Datin Nurhidayah Hussain mewakili beliau menyampaikan sijil dan cenderamata kepada semua penerima cilik.

Vellfire Author 14#

Super Moderator | Credits 1111043   

aramaiti - Ramai-ramai berseronok/berpesta

Vellfire Author 15#

Super Moderator | Credits 1111043   
saya off dulu.. nak mandi solat

nanti malam free masuk lagi

take care ya

ADVERTISEMENT


tari Lv.22 16#

Moderator | Credits 1125241   
Rundingan pemberian khas Kerajaan Persekutuan-Sabah dijadual pada 19 Dis



Kuala Lumpur: Sesi rundingan seterusnya antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas dijadual diadakan pada 19 Disember ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan perbincangan secara progresif bagi memastikan proses rundingan berjalan dengan teratur.

"Kerajaan Persekutuan telah meneruskan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah pada 17 Nov 2025 dan menubuhkan satu Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

"Selain itu, turut dibincangkan adalah terma rujukan yang digunakan sebagai panduan semasa rundingan dilaksanakan kelak," katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Negara hari ini.

Amir Hamzah berkata, Kerajaan Persekutuan melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) komited merundingkan kadar pemberian khas yang lebih baik termasuk meningkatkan amaun pemberian khas kepada Sabah.

"Pada 2023, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan amaun pemberian khas Sabah kepada RM300 juta. Mulai 2025, kerajaan bersetuju menaikkan amaun pemberian khas hampir sekali ganda lagi kepada RM600 juta.

"Pembayaran ini adalah secara interim, sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang merumuskan kaedah baharu yang menentukan pemberian khas masa hadapan," kata beliau.

Menurut Amir Hamzah, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan keperluan peruntukan di Sabah, dengan peruntukan mengurus dan pembangunan terus meningkat daripada RM14 bilion pada 2023 kepada RM17 bilion pada 2026.

Katanya peruntukan ini disalurkan bagi melaksanakan pembangunan strategik seperti Lebuhraya Pan Borneo Sabah, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan perhubungan desa, jalan luar bandar dan kemudahan ameniti sosial.

sumber : harian metro

tari Lv.22 17#

Moderator | Credits 1125241   
Bomba selamatkan pendaki sesak nafas di Gunung Singai



Bau: Lelaki yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Gunung Singai, di sini, hari ini, berjaya diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bau.

Mangsa, Ahmad Yusuf, 57, dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di peringkat ke-12 gunung berkenaan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.05 pagi sebelum sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pasukan SAR tiba di pintu masuk Gunung Singai pada 11.42 pagi dan segera membuat persiapan bagi operasi penyelamatan," menurut kenyataan itu.

Operasi kemudiannya diteruskan dengan pergerakan pasukan ke lokasi mangsa pada 11.54 pagi dan tiba kira-kira 11 minit kemudian.

Mangsa kemudiannya dibawa turun ke kaki gunung dengan bantuan anggota bomba serta agensi berkaitan dan tiba pada 12.18 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan susulan.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati mangsa mengalami sesak nafas namun masih sedar dan boleh berjalan.

"Tindakan menstabilkan mangsa dilakukan sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut," katanya.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai supaya memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sebelum melakukan aktiviti pendakian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Disiarkan pada: Disember 15, 2025 @ 3:10pm

tari Lv.22 18#

Moderator | Credits 1125241   
MetMalaysia kekal amaran angin kencang, laut bergelora hingga 18 Disember ini



Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga di beberapa kawasan berkuat kuasa sehingga 18 Disember ini.

Jabatan itu dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan rantau negara kini menerima tiupan angin dari arah timur laut dengan kelajuan agak kencang melebihi 40 kilometer sejam (km/j).

Menurutnya, keadaan berkenaan bahaya kepada semua aktiviti perikanan, perkapalan, sukan dan rekreasi laut.

Dalam perkembangan sama, MetMalaysia turut mengekalkan amaran hujan berterusan kategori waspada di beberapa kawasan khususnya di timur Semenanjung.

"Kawasan terbabit di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Putih, seluruh Terengganu serta Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

"Amaran sama turut membabitkan beberapa daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

"Selain itu, amaran hujan berterusan turut berkuat kuasa di Sarawak sehingga 16 Disember ini, khususnya di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

"Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca semasa," katanya menerusi hantaran di Youtube, hari ini.

Pada masa sama, MetMalaysia turut memaklumkan keadaan cuaca lembap kini tertumpu di bahagian timur Semenanjung, membabitkan negeri yang berada dalam tempoh amaran seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Katanya, keadaan berkenaan dijangka bergerak ke arah barat Semenanjung menjelang tengah hari dan berpotensi meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia pada sebelah petang.

"Bagi Sabah, keadaan cuaca lembap dikesan di Kudat dan Sandakan dan dijangka berterusan hingga waktu pagi, sebelum tertumpu di kawasan pedalaman, pantai barat serta Tawau pada sebelah petang.

"Sementara itu, di Sarawak, keadaan cuaca lembap kini tertumpu di perairan negeri itu dan dijangka bergerak ke kawasan selatan serta barat menjelang lewat pagi, selain berpotensi berlarutan dalam tempoh yang lebih panjang," katanya.

tari Lv.22 19#

Moderator | Credits 1125241   
Quote: Vellfire replied at 15-12-2025 04:35 PM
aramaiti - Ramai-ramai berseronok/berpesta

ooo... tengkiu

yangsemb Lv.22 20#

TheBigBoss | Credits 729348   
Check Innn
1234.. 101Next