CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 2

[Dunia] Dendam tak restu perkahwinan, anak bunuh ayah kandung

[Copy link]
Post time 16-12-2025 09:24 AM | Show all posts |Read mode


JAKARTA – Seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun maut selepas dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri dalam satu kejadian tragis yang berlaku pada Ahad malam, 7 Disember lalu di Bagan Batu, Rokan Hilir, Riau.

Mangsa, dikenali sebagai KH, diserang oleh anak lelakinya ZH atau dikenali sebagai Fredi, berusia 35 tahun, di sebuah kedai makan milik keluarga di Kilometer 10 Bagan Batu, Desa Pelita, Kecamatan Bagan Sinembah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Bagan Sinembah, Inspektor Ridho Alfian Syahputra berkata, siasatan awal mendapati pembunuhan itu bermotifkan dendam lama, dipercayai berpunca daripada ketidaksetujuan mangsa terhadap rancangan perkahwinan suspek.

"Siasatan mendapati suspek tidak pernah berkahwin, kekecewaan suspek bertambah apabila beliau merasakan dirinya dipinggirkan, termasuk tidak diziarahi ketika menjalani rawatan pemulihan sebelum ini," katanya.

Menurut beliau, suspek sebelum ini pernah cuba menyerang mangsa menggunakan parang beberapa bulan sebelum kejadian, namun cubaan tersebut berjaya digagalkan dan suspek sempat ditahan polis.

“Pada ketika itu, keluarga memohon agar proses undang-undang dihentikan kerana mendakwa suspek mengalami masalah mental dan berjanji menghantarnya menjalani rawatan pemulihan di pusat rehabilitasi,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dibawa pulang, suspek dipercayai masih menyimpan dendam dan merancang serangan ke atas bapanya.

Pada malam kejadian, mangsa baru pulang dari gereja dan memasuki premis melalui pintu sisi. Ketika mangsa menuju ke bilik air, suspek secara tiba-tiba memukul wajah mangsa menggunakan tukul besi.

Mangsa terjatuh dan sempat merayu agar serangan dihentikan, namun suspek terus menghentam kepala dan wajah mangsa sebanyak 21 kali, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika insiden berlaku, ahli keluarga lain tidak menyedari kejadian tersebut kerana sedang melayani pelanggan di kedai makan berkenaan.

Suspek melarikan diri sebelum diberkas polis tidak lama kemudian di kawasan Kilometer 12 Bagan Batu.

Kes kini disiasat oleh Balai Polis Bagan Sinembah, dan pihak penyiasat turut merancang untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan mental terhadap suspek bagi melengkapkan siasatan.-Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2025 01:06 PM | Show all posts
Cina ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 01:55 PM | Show all posts
aku suspect kalau bukan sbb masalah mental, budak ni ada trauma semasa kecil sebabkan oleh parenting yang salah dirumah. Itu sebab dia spt ada masalah dan target seoraang sahaja iaitu bapa dia dan tak ada orang lain, tetapi setakat maklumat dlm artikellah... barangkali bapa ajar anak spt gangster maka mendapatlah bila dah besar...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.290580 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list