Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1110286   


NEW YORK: Harga minyak meningkat pada Isnin apabila pasaran mempertimbangkan kesan kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela berbanding kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global, lapor Xinhua.

Minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus, untuk ditutup pada 58.32 dolar setong di di Bursa Komoditi New York. Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mac pula meningkat 1.01 dolar atau 1.66 peratus, untuk ditutup pada 61.76 dolar setong di Bursa Niaga Hadapan ICE London.

Peserta pasaran sedang memantau rapi kesan daripada serangan AS dan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

"Peristiwa ini telah meningkatkan risiko geopolitik," kata peniaga tenaga kanan di CIBC Private Wealth Group, Rebecca Babin, sambil menyatakan bahawa ketidaktentuan yang memuncak itu menyokong lonjakan harga pada Isnin.


Sumber : Utusan Borneo
617 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch