CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1164|Reply: 0

Hanya nilai moral saya sendiri kekang keinginan kuasa global - Donald Trump

[Copy link]
Post time 9-1-2026 10:50 AM | Show all posts |Read mode




WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata hanya 'nilai moral dirinya' sendiri yang menghalang penggunaan kuasanya untuk arah tindakan ketenteraan di seluruh dunia.

Kenyataan itu dikeluarkan Trump dalam wawancara bersama The New York Times (NYT), beberapa hari selepas beliau melancarkan operasi pantas menjatuhkan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro dan mengeluarkan ancaman terhadap beberapa negara lain termasuk wilayah autonomi Greenland.

"Ya, ada satu perkara. Nilai moral saya sendiri. Pemikiran saya sendiri. Itulah satu-satunya perkara yang boleh menghalang saya," katanya ketika ditanya sama ada terdapat sebarang had terhadap kuasa globalnya.

Tambah Trump, beliau tidak perlukan undang-undang antarabangsa.

"Saya tidak berniat untuk menyakiti orang," katanya.

Presiden dari Parti Republikan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau sememangnya perlu mematuhi undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada bagaimana undang-undang antarabangsa itu ditakrifkan.

AS bukan ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengadili penjenayah perang dan berulang kali menolak keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) iaitu mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Trump sendiri pernah berdepan isu dengan undang-undang dalam negara, termasuk dua kali dicabar di mahkamah, berhadapan pelbagai tuduhan Persekutuan.

Antaranya termasuk bersekongkol untuk menukar keputusan pilihan raya 2020, yang akhirnya dibatalkan selepas beliau dipilih semula dan disabitkan kesalahan kerana menutup pembayaran wang bagi 'menutup mulut' seorang pelakon lucah.

Walaupun menggelarkan dirinya sebagai 'presiden keamanan' dan menyatakan hasrat memenangi Hadiah Nobel Keamanan, Trump melancarkan beberapa operasi ketenteraan sepanjang penggal keduanya sebagai presiden.

Trump mengarahkan serangan terhadap program nuklear Iran pada Jun lalu dan sepanjang setahun lalu turut menyelia serangan di Iraq, Nigeria, Somalia, Syria, Yaman dan yang paling terkini, Venezuela.

Sejak penangkapan Maduro, Trump semakin berani mengeluarkan ancaman terhadap beberapa negara lain termasuk Colombia dan Greenland yang ditadbir oleh Denmark, rakan sekutu pertubuhan perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Apabila ditanya sama ada keutamaannya adalah untuk mengekalkan pakatan ketenteraan NATO atau mendapatkan Greenland, Trump, berkata: "Ini mungkin antara pilihan yang terpaksa saya buat".

Beberapa ahli Kongres, termasuk segelintir Republikan, kini berusaha mengehadkan kuasa Trump.

Semalam, Senat memajukan satu langkah untuk mengehadkan tindakan ketenteraan presiden di Venezuela.

Bagaimanapun, rang undang-undang (RUU) itu berkemungkinan besar akan diveto oleh Trump.

Trump, seorang bilionair yang membina kekayaan sebagai pemaju hartanah, turut berkata pemilikan AS ke atas Greenland adalah perlu secara psikologi untuk kejayaan.

Dalam kenyataan berasingan, Trump berkata beliau berdepan masalah berkaitan urus niaga perniagaan luar negara oleh keluarganya sejak kembali memegang jawatan.

"Saya melarang mereka menjalankan perniagaan ketika penggal pertama namun saya langsung tidak mendapat sebarang penghargaan.

"Saya dapati tiada siapa yang peduli, dan saya sebenarnya dibenarkan berbuat demikian," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.645639 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list