CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 8

[Dunia] 11 Stesen Minyak Dibom Di Selatan Thailand

[Copy link]
Post time 11-1-2026 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


NARATHIWAT (THAILAND): Tiga wilayah selatan negara ini iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat hari ini digegarkan dengan letupan bom melibatkan 11 buah stesen minyak.

Sumber Perintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, serangan bom serentak kira-kira pukul 1.04 pagi ini melibatkan lima stesen minyak PPT di Wilayah Narathiwat, Yala (empat buah); dan Pattani (dua buah).

Katanya, pihak berkuasa percaya serangan terhadap semua stesen minyak itu melibatkan lebih 50 anggota kumpulan pemberontak yang lengkap bersenjata api.

“Serangan itu dilakukan serentak di semua stesen minyak berkenaan. Kumpulan itu melepaskan tembakan ke arah kedai serbaneka terlebih dahulu sebelum meletupkan bom,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa telah mengepung semua tempat kejadian untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

Beliau berkata, Pengarah ISOC 4, Leftenan Jeneral Norathip Poynok mengarahkan semua anggota pasukan keselamatan di tiga wilayah berkenaan meningkatkan kawalan keselamatan.

Menurutnya, kawalan keselamatan di tiga wilayah ini juga ditingkatkan ke tahap tertinggi dan pihak berkuasa bersedia bertindak balas terhadap sebarang situasi.

“ISOC 4 juga telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika di kawasan terlibat. ISOC 4 juga percaya serangan itu bertujuan mengganggu keamanan dan dilakukan kumpulan bersenjata.

“Sila ambil maklum bahawa sesiapa yang menyokong pelaku dalam apa jua cara, seperti mengangkut, menyembunyikan, menyediakan tempat perlindungan, atau menyediakan bekalan makanan, akan didakwa.

“Ini merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 189 Kanun Jenayah, yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau denda tidak lebih 40,000 baht, atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2026 06:21 PM | Show all posts







https://www.facebook.com/reel/1189701230001789/?fs=e&fs=e
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak nampak pondan siam dalam porem

Semoga aman2 adja
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-1-2026 07:31 PM
Lama tak nampak pondan siam dalam porem

Semoga aman2 adja

Who ayussss?


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-1-2026 06:21 PM
https://www.facebook.com/reel/1189701230001789/?fs=e&fs=e

Boley tak ajar cara nak embed Facebook kat forum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2026 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu yang tak pernah selesai akibat dari Anglo-Siamese Treaty 1909
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hanamunir at 13-1-2026 02:51 PM

patut la ramai askar kat sempadan golok-rantau panjang pagi & petang ahad tu..
satu2 kete askar check, ambil masa lama nak lepas border Thai & icqs MY..
biasa tak de check pun..
3 jam juga sebab laluan pemeriksaan jadi bottleneck..
tapi askar2 semua baik, tak de marah2 atau garang2..
lepas check kereta, settle, okay boleh pergi..

imigresen MY plak yg cakap, berani ea korang pergi sana hari ni..
try Google news pasal latest serangan on around 8-9am ahad tu tak keluar apa2..
rupa nye news release almost tghari..
alhamdulillah selamat pergi & balik hari..
da selamat kenyang makan nasi khaomok, mee boat noodle, mala tang, colek buah setol, lepak cafe beli latte thb 50, shopping 7e..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 04:17 PM | Show all posts
Masa letup tu pam kosong ke @ semua pakat lari. Dlm berita tu tada tulis pula psl mangsa cedera ke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.217071 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list