CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1216|Reply: 1

[Tempatan] Pelajar ASWARA Kini Antara Yang Layak Dapat Subsidi FLYsiswa

[Copy link]
Post time 14-1-2026 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



SERDANG: Kementerian Pengangkutan memperluas inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa dengan memperkenalkan empat kategori tambahan tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendekatan itu merupakan langkah progresif bagi menjamin ekuiti dan inklusiviti, selain menyokong sektor pendidikan awam.

Menurut beliau, seramai 6,278 pelajar dijangka menerima manfaat tambahan berkenaan, sekali gus menjadikan kira-kira 60,000 pelajar bakal menggunakan perkhidmatan itu.

“Bagi tahun 2026, kementerian akan memperluaskan subsidi dengan menambah kuota kepada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), universiti separa kerajaan serta Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri (IPTN).

“Pada masa yang sama, ia mengiktiraf peranan penting institusi-institusi ini dalam pembangunan modal insan negara,” katanya ketika berucap pada Karnival Pengangkutan Siswa Madani dan FLYsiswa 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Inisiatif FLYsiswa merupakan bantuan tiket penerbangan khusus buat pelajar, selari dengan usaha kerajaan mengurangkan beban kewangan golongan berkenaan.

Anthony Loke berkata, pelaksanaan inisiatif itu juga antara usaha Kerajaan Madani bagi merapatkan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerajaan sentiasa komited dan peka mendengar suara rakyat terhadap permasalahan yang dihadapi.

“Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM24 juta bagi melaksanakan inisiatif ini sebagai program tahunan Kementerian Pengangkutan mulai tahun 2025, khusus untuk terus membantu pelajar kurang berkemampuan,” katanya.

Melalui inisiatif FLYsiswa, setiap pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM400 daripada salah satu syarikat penerbangan terlibat iaitu Malaysia Airlines Berhad, AirAsia Berhad dan Batik Air, termasuk Firefly serta Air Borneo (dahulunya dikenali sebagai MASwings).

Beliau berkata, sejak pelaksanaan inisiatif itu pada 2023 hingga hujung 2025, seramai 119,790 pelajar atau 75.53 peratus daripada keseluruhan 158,600 pelajar yang layak telah menerima manfaat daripada bantuan subsidi tiket penerbangan berkenaan.-UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh semak kelayakan di:

https://subsidiudara.mot.gov.my/tnc

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.123869 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list