CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3894|Reply: 91

‘Haters’ Mengharapkan Kekalahan Di GV, Nubhan Ahamad Respon – “Dapat Nombor 3 GV Bukan ‘Padan Muka'”

[Copy link]
Post time 19-1-2026 11:52 AM | Show all posts |Read mode




Penyanyi Nubhan meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 12 (GV12), meskipun menyedari terdapat segelintir netizen yang seolah-olah gembira melihat dirinya tidak bergelar juara.

Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, kedudukan tempat ketiga bukan sesuatu yang wajar dipandang rendah atau dijadikan bahan sindiran kerana setiap pencapaian mempunyai nilai tersendiri.


  


“Nombor tiga bukan ‘padan muka’ (sebab bukan juara). Bagi saya ini semua rezeki dan satu perjalanan daripada minggu pertama sampai akhir bukan kerja senang.”

“Kalau saya tersingkir lebih awal, lain ceritalah. Apabila sudah menjadi finalis (peserta) sasaran saya adalah sekurang-kurangnya saya bertanding ke peringkat akhir.”

“Nak jadi juara bukan senang. Kalau menang itu bonus. Dapat tempat ketiga pun Alhamdulillah (syukur),” ujarnya.

Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Mengulas lanjut, Nubhan mengakui berasa terharu dengan sokongan padu peminat yang sentiasa percaya dengan kebolehannya sepanjang pertandingan berlangsung.

“Terima kasih yang meramalkan saya sebagai juara. Alhamdulillah maksudnya mereka (peminat) percaya saya ada harapan untuk menang.”

“Sokongan daripada peminat sejak minggu pertama sudah cukup untuk membuatkan saya gembira,” katanya.

Untuk rekod, konsert akhir GV12 menyaksikan Iskandar Ismail dinobatkan sebagai juara, manakala tempat kedua dimenangi oleh Mendua.

Sementara itu, Mark Adam berada di tempat keempat, satu-satunya finalis wanita Mell Sakura di tempat kelima, manakala Ruri Repvblik menamatkan saingan di tempat keenam.



Sumber: Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 12:04 PM | Show all posts
no.3 ja pun, semoga kembali sendu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan juara..sambung jual sambal
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dia dah under luncai emas kan. tak sangka plak so m Nasir nak amik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:44 PM | Show all posts
yey semoga kembali sendu!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
minime88 replied at 19-1-2026 12:26 PM
dia dah under luncai emas kan. tak sangka plak so m Nasir nak amik dia.

Aku ada terdengar single terbaru nubhan tu. Itul kw lagu m nasir. Kalau itu lagunya, mmg nmpk sgt dia sekadar sauk lagu je bg kat orgm pada aku zn gemilang m nasir dh berlalu. Mungkin mwi je sempat merasa touch dia dgn lolok. Lagu2 yg dia bg kat retis muda seolah stock lama yg xlaku ataupon lgu komposer lain yg ada dlm luncai emas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2026 01:15 PM | Show all posts
semoga mereput..lepas GV...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan lupa belikan mak jenny handphone..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam terlalu kt tiktok akaun syamimkikiabenda entah nama, yg org2 kg nubi yg dikatakan punca keretakan rumahtangga. Banyak la komen2 kt video2 deme, boleh tahan mulut masing2 menganjing pengomen. Yg pompuan tu konfiden ckp anggap nubi macam abg kandung so takkan kawen dgn nubi la. Apapun kalau mahram, boleh kawen, bukan adik beradik jgn yakin sgt yach, dan tetap ada batas walau korang claim kenal nubi dari pakai moto kapcai bagai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:50 PM | Show all posts
doubleA replied at 18-1-2026 07:38 PM
Semalam terlalu kt tiktok akaun syamimkikiabenda entah nama, yg org2 kg nubi yg dikatakan punca kere ...

anak beranak tu memang hadapppp sangat noobis ni.. nak2 yang jantan kepam yg macam pondan tu feeling2 aunty jaga anak2 noobis.. bertunggu bertangga rumah orang tu.. kekonon sangat berjasa ngan noobis sekeluarga.. jijik ye dok mengimpit macam tu.. mak dia yang embun tu lah yang si noobis backup bukan main lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:30 PM | Show all posts
tp mmg smlm dia buat muka tak puas hati jugak sbb dpt no. 3.
cer tgk video final smlm kat mana2.. muka tak redha kot no. 3 mlm semlm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-1-2026 01:38 PM
Semalam terlalu kt tiktok akaun syamimkikiabenda entah nama, yg org2 kg nubi yg dikatakan punca kere ...

Budak tu umur dah layak kawen pun berani ckp mcm tu ek. Tuhan terbalikkan hati ko baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 19-1-2026 02:30 PM
tp mmg smlm dia buat muka tak puas hati jugak sbb dpt no. 3.
cer tgk video final smlm kat mana2.. mu ...

Muka dia since buang barang ex bini tu dah start keruh da..xde nur gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
minime88 replied at 19-1-2026 12:26 PM
dia dah under luncai emas kan. tak sangka plak so m Nasir nak amik dia.

Tak sermestinya artis luncai emas maybe single dia bawah luncai emas.mcm nana dulu pun penah signed  label luncai emas
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 03:03 PM | Show all posts
vender replied at 19-1-2026 02:37 PM
Muka dia since buang barang ex bini tu dah start keruh da..xde nur gitu.

ni pun yaa juga kan.. tp apa bleh buat, Is lagi paduuuu..
tu kalau kGee yg dtg lagi letop dewan MBSA, sib baik Jac.
Jac pun kemain acah2 kGee juga mlm td, awesome Jac.
tp gandingan dia pun kemain juga si Ainabedul,
so semua ni bkn rezki dia laa senang cite.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 04:37 PM | Show all posts
Fans dia cakap takpe no 3, janji ada single baru

Kihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Koyak ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 19-1-2026 01:50 PM
anak beranak tu memang hadapppp sangat noobis ni.. nak2 yang jantan kepam yg macam pondan tu feeli ...

Iols takde la berkenan sgt dgn fie tawfek tu..tapi.. seriously org kampung tu anak beranak mmg hover..iols suspishh bebenor..dhla pernah duk bertunggu tangga kt rumah org tu..teringat ceghita la tahzan pulak nokss
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 19-1-2026 03:03 PM
ni pun yaa juga kan.. tp apa bleh buat, Is lagi paduuuu..
tu kalau kGee yg dtg lagi letop dewan MB ...

Dah agak dia akan tenggelam dgn aina. Dia tak ambil pengajaran duet dgn mawi haritu dia tenggelam , dia tak boleh dgn artis yg super lantang masa pertandingan. Amikla fauziah latif ke atau penyanyi yg suara kecik halusss.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 19-1-2026 01:01 PM
Aku ada terdengar single terbaru nubhan tu. Itul kw lagu m nasir. Kalau itu lagunya, mmg nmpk sgt  ...

Jujur nya artis2 luncai emas ni selain m Nasir ni mmg semua sendu belaka...
Huhuk...
Kalau lagu tu sedap sekalipun..gitu2 jela
Antaranya lagu nukilanmu by arish mikael tu...
Pastu anak2 m nasir sendiri
Yazer AF
Mawi?

Ermmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067878 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list