CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Perkhidmatan KTM Komuter 24 jam, 2 hari percuma sempena Thaipusam

[Copy link]
Post time 20-1-2026 05:47 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan khas KTM Komuter secara intensif selama 24 jam bermula 30 Januari hingga 2 Februari 2026 sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan khas itu akan beroperasi selama empat hari tiga malam dengan keseluruhan 609 perjalanan tren berbanding 494 perjalanan pada tahun lalu.

Menurutnya, sebanyak 216 perjalanan tren tambahan disediakan ke Batu Caves dengan kekerapan setiap satu jam melibatkan laluan utama Pulau Sebang–Batu Caves serta Pelabuhan Klang–Tanjung Malim.

“Perkhidmatan khas bermula seawal pukul 5.32 pagi pada 30 Januari dan berakhir pukul 12 tengah malam, 2 Februari mengikut laluan yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Anthony menambah, penumpang perkhidmatan komuter di Lembah Klang bakal menikmati tambang percuma selama dua hari bermula 31 Januari hingga 1 Februari depan.

“Dua hari ini kos yang ditampung (kerajaan) hampir RM1 juta untuk tambang komuter percuma. Namun begitu, ini adalah satu inisiatif yang kita harap dapat memudahkan pergerakan penumpang khususnya yang hendak ke Batu Caves.

“Dari segi praktikalnya, kita tahu dengan keadaan penumpang yang ramai, dan mereka bukannya pengguna harian, mungkin kena beli tiket di kaunter dan sebagainya. Jadi kalau kita kenakan tambang, kesesakan (di stesen) itu akan bertambah teruk,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, KTMB turut mengunjurkan seramai 535,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sepanjang tempoh perayaan dengan kapasiti penuh mencecah 700,000 penumpang melibatkan 22 set tren (SCS) serta empat set tren sedia siaga.

Dalam pada itu, Anthony memaklumkan Prasarana Malaysia Berhad melalui Rapid KL dan Rapid Penang akan menyediakan perkhidmatan bas shuttle percuma di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Di Kuala Lumpur, sebanyak 30 buah bas shuttle akan beroperasi merangkumi tiga laluan utama iaitu dari Hab Bandar Pasar Seni, LRT Gombak dan MRT Kg. Batu ke Batu Caves, dengan kekerapan setiap 10 minit bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 31 Januari dan diteruskan sepanjang 24 jam pada 1 Februari.

“Di Pulau Pinang, bas shuttle percuma dari jeti ke Adventist menggunakan 12 bas, dengan kekerapan 20 hingga 60 minit. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd menawarkan feri percuma pada 31 Januari sehingga 2 Februari dengan lanjutan perkhidmatan sehingga pukul 3 pagi (2 Februari),” jelasnya.

Tambahnya, pada 1 Februari, pengendali BAS.MY akan menyediakan perkhidmatan tambahan secara percuma di sekitar di lima buah bandar iaitu Johor Bahru, Seremban, Ipoh, Kota Setar dan Sungai Petani untuk memudahkan penganut agama Hindu ke lokasi perayaan di kuil-kuil berdekatan.


Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047115 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list