Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210980   





Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa syukru dinobatkan pemenang tempat keempat di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-12 pada Ahad lalu.

Memetik Astro Gempak, Mark berkata menerima segala ketentuan dengan hati terbuka serta menyifatkan menang tempat keempat adalah rezeki buat dirinya.

“Saya sentiasa ada reda. Saya belajar perkara itu dalam Islam. Saya percaya sebelum persembahan ini, sebelum final ini, Allah sudah bagi rezeki kepada masing-masing. Hidup kita sudah ditentukan.

“Saya sangat bersyukur dapat pergi ke final dan dapat nombor empat. Bukan senang. Siapa pun yang menang tempat pertama, kedua atau ketiga, itu adalah rezeki mereka. Dan ini rezeki saya,” katanya.

Sementara itu, Mark zahirkan penghargaan buat isteri tercinta yang menjadi tulang belakang dan sumber kekuatannya. Malah, Mark berkata berjaya berada di final dan memenangi tempat keempat adalah hadiah buat isterinya.

“Saya memang untung. Saya memang untung dapat isteri seperti isteri saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Isteri saya sentiasa ada di belakang saya, uruskan saya, walaupun sebelum masuk GV lagi.

“Kemenangan sampai ke final, tempat keempat dan nombor satu sebagai ikon, semua ini adalah hadiah untuk dia.

“Isteri saya adalah dunia akhirat saya. Dia hanya seorang. Bagi saya, isteri saya adalah syurga saya. Sampai ke akhir hayat, insya-Allah. Till Jannah. I love you,” katanya.



Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
482 Views
5 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


lasagna Lv.12 2#

Defender | Credits 13536   
alhamdulillah.. bagus belajar redha menerima..
mmg loving couple dia org ni,
cuma belum rezki dapat cahaya mata jer lagi.

alien88 Lv.18 3#

Master | Credits 62421   
alhamdulillah.. iolls baru tau Mark Adam dah 47 tahun.. iolls igtkan heols 42,43 mcm tu

misszazaz Lv.6 4#

Pioneer | Credits 818   
Alhamdulillah
Follow Us

Perawankota Lv.13 5#

Challenger | Credits 17113   
Suka tgk Is, Mark appreciate isteri masing2

NazRysha Lv.11 6#

Highlander | Credits 8955   
dpt rm berapa tempat keempat

All contents are displayed