Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210980   




Pelakon dan pengacara Raja Azura merayu kepada bekas suaminya, Adzmin Osman untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Memetik Utusan Online, Raja Azura berkata anak-anaknya juga turut menyuarakan keinginan untuk berjumpa bapa mereka.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah menghalang anak-anak untuk bertemu bapa mereka serta meminta bekas suaminya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

“Anak-anak saya sudah terlalu lama tidak berjumpa bapa mereka. Mereka berkeinginan untuk jumpa dia dan maklumkan kepadanya yang mereka sudah dewasa. Jadi kepada kepada Adzmin Osman, tolonglah beri peluang kepada anak-anak untuk berjumpa awak.

“Tenang-tenangkan diri, berfikirlah seperti orang dewasa. Buang ego sebab ia tidak akan menyelesaikan masalah kita. Dan saya nak maklumkan di sini, anak-anak itu jugalah yang akan menjaga dia sekiranya dia sakit nanti.

“Saya tak pernah halang anak-anak jumpa bapa mereka. Jadi, hadirlah dan jalankan tanggungjawab dengan baik. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Azura berkata dia tidak tahu mengenai keberadaan bekas suaminya serta bertanyakan adakah Adzmin tidak merindukan anak-anak mereka.

“Saya ini tinggal di rumah yang sama, di alamat yang sama. Lainlah kalau saya berkahwin sekali lagi, tentulah saya akan berpindah ke rumah lain.

“Selain itu dia juga tahu anak-anaknya menuntut di UiTM Shah Alam. Seorang di Puncak Alam, dua lagi di Puncak Perdana. Dia boleh datang jenguk mereka bila-bila masa.

“Dan, setiap kali Hari Raya Aidilfitri, tak akanlah dia langsung tidak rindukan anak-anaknya. Pada masa yang sama saya juga ada anak perempuan, satu hari nanti apabila dia mahu berkahwin, tentulah dia mahu berwalikan bapanya,” katanya.

Sumber: Utusan, Rotikaya
1099 Views
16 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sweetfasha Lv.9 2#

Adventurer | Credits 4264   
X suami kak engku ni migrate ke?

kalchi Lv.15 3#

Gladiator | Credits 31963   
Kak engku ni tak sehazab pangai rita royani.  Takkan la bapak diorang ni tak bole dihubungi lgsg ek. Nak jumpa je pon. Dia pon xkesah la lagi pasal duit anak pon da besar da nk keje sume.

imthegirl Lv.14 4#

Fighter | Credits 21239   
ex husband dia dari family yang well-to-do la jugak kan
haritu terkejut jugak dengar dia menceceh kata zaman dia berkawen dlu laki nye idak menyumbang dalam perbelanjaan family
Follow Us

NazRysha Lv.11 5#

Highlander | Credits 8957   
Anak dia nak kawin nanti muncul la tu

toynme Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4841   
kesian jgk hidup dia

sukacactus Lv.15 7#

Gladiator | Credits 32718   
Sblm2 ni tak pernah tau pun KE ada prob dgn ex lakinya
Igtkan semuanya baik2 je, ye la ex kan ank mantan MB Kedah
Rupanya KE selama ni membisu sebab nak jg mental ank
Skrg ank2 dah dewasa, br dia all out

ADVERTISEMENT


exclusive_vvip Lv.12 8#

Defender | Credits 14409   
ex dia masih kaya ke selepas bapa meninggal?

gekkou Lv.13 9#

Challenger | Credits 16350   
ex dia MIA terus
sampai KE pun tatau keberadaan ex
merajuk betul ex nya itu

fattymah Lv.8 10#

Honour | Credits 2923   
Bekas acik kan suka naik cruise

Minami2013 Lv.15 11#

Gladiator | Credits 31923   
Tengok video interview sheols, tak de la nmpak dendam kesumat kat ex. Cuma tuntut hak anak2.

BoongaKertas Lv.14 12#

Fighter | Credits 22245   
diam2 jer dia simpan eh. tp tulah, kuatnya seorang pompuan ni.

juruterra Lv.10 13#

Survivor | Credits 5963   
anak ex MB juga mcm ex Fasha/ND tp maybe takde generational wealth. kesian kak engku besarkan anak2 sorang2

borrow Lv.12 14#

Defender | Credits 14260   
Raja Azura, 53, yang mesra disapa dengan panggilan Kak Engku berkata, hanya birasnya iaitu kakak ipar Adzmin yang boleh berhubung dengannya.

"Jadi, biras saya sahaja yang boleh menghubungi responden. Bapa dia sendiri pun tak boleh menghubungi dia. Jadi, bapanya terpaksa menggunakan menantu untuk menghubunginya.

"Bila dihubungi, apa yang berlaku, dia suruh simpan sahaja afidavit itu kerana dia sibuk dan berada di Kuantan, Pahang.

https://www.hmetro.com.my/rap/ra ... gan-kakak-ipar-raja


Dgn bapa snd pun ada prob ka? Apa kes ex shuben ni.

Samerosie Lv.14 15#

Fighter | Credits 20820   
Mati2 ingat raja azura yg grad rupanya anak perempuan dia.  Raja azura sekarang dah tak kenal rupa lain sangat.

ADVERTISEMENT


supernaturalee Lv.17 16#

Superior | Credits 55968   
Quote: sweetfasha replied at 21-1-2026 02:35 PM
X suami kak engku ni migrate ke?

Dgr2  migrate ke Kuantan

Ekekekeke

luvly_snow8608 Lv.14 17#

Fighter | Credits 29532   
Cehhhh migrate kuantan je pon, bkn north korea sampai 10thn MIA. Jantan2 mcmnie esok tua2 sakit hidup melarat jgn sebok salahkan anak xmo jaga bela ko ya. Korg yg pilih utk tgglkan anak so hadap la kesan die. Yihhh

All contents are displayed