Edited by kemaruk at 27-1-2026 12:13 AM
kena ikut kronologi
sebab tu bangkem tak salahkan orang yang tak paham sebab tak ikuti dari awal
1) tahun 2011, raja abdullah janji nak derma sejumlah wang kepada najib
2) untuk terima duit tu, najib buka akaun peribadi di ambank
atas nasihat zeti aziz. Bank negara dan ambank tak mintak pengesahan lain . tak mintak pon surat original dari pihak saudi
3) tahun 2013, najib dimaklumkan duit derma pak arab sudah masuk melalui beberapa transaksi.. tiada amaran dari bank negara atau ambank
4) antara 2013 hingga 2015, tiada apa2 amaran dari bank negara, ambank atau sesiapa yang duit tu sebenarnya duit 1mdb yang dimasukkan tanpa pengetahuan najib ke dalam akaun peribadi beliau.. macam mana najib nak tahu?
5) awal tahun 2015 barulah rafizi buat pembongkaran duit tu sebenarnya duit 1mdb.. ketika ni barulah kes ini meletup
6) sekarang barulah najib gelabah, sebab selama ni takde sape2 yang maklumkan kepada beliau duit tu duit haram
7) najib cuba dapatkan pengesahan dari pihak arab saudi. malangnya raja abdullah meninggal januari 2015 (sebelum kes ini meletup). najib cuba dapatkan pengesahan dari wakil/waris, tapi amat sukar sebab mereka taknak masuk campur secara langsung. masa ini, najib cuma ada surat fotostat dari pihak saudi sebagai bukti
8) pada 2015 juga, pasukan SPRM dan PDRM serta beberapa orang menteri ke arab saudi untuk membuat siasatan dan mendapatkan pengesahan dari wakil arab saudi.
SPRM SAHKAN SURAT ITU BENAR DAN DERMA ITU SAH
9) bersandarkan laporan SPRM dan tiada amaran dari bank negara/ambank,
maka najib percaya DUIT ITU ADALAH DUIT DERMA. Masa ini, takkanlah korang nak najib lebih mempercayai tuduhan rafizi dan pembangkang berbanding siasatan SPRM dan kelulusan BNM? sebelum ini, pembangkang dah banyak kali fitnah najib contohnya kes altantuya, menderma dari kecil, lahad datu etc. jadi najib anggap tuduhan duit songlap 1mdb tu just another fitnah
10) penghujung 2016 barulah DoJ mulakan siasatan. sekarang baru mula nampak mungkin benar ada wujud salahlaku dalam duit 1MDB. sejak itu, jho low, nik faisal, jasmine loo (saksi kesayangan) dan penyangak lain semua dah lari dan bersembunyi. so macam mana nak tangkap?
11) antara 2017 hingga tumbangnya najib, kami team najib tetap yakin najib tak bersalah dan duit yang masuk dalam akaun najib adalah sah dari derma arab. sebab SPRM dah sahkan dan BNM tidak pernah halang duit tu dari masuk dalam akaun najib.
12) 2020 baru jelas nyata sedar najib telah ditipu, terutamanya bila dapat tahu suami zeti aziz pernah terima duit beratus juta ringgit dari Jho Low pada tahun 2009 hasil penjualan bon TIA (nama lama 1MDB)
setelah membaca ini, jadi menurut korang, berdasarkan POV najib dan state of mind najib sepanjang 2011 hingga 2018, apa yang patut najib buat sebenarnya?