CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22486|Reply: 6

[Jenayah] Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku

[Copy link]
Post time 22-1-2026 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku

Oleh Ilah Hafiz Aziz - Januari 22, 2026 @ 4:12pm


SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri (kiri) disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Skim pelaburan dijalankan seorang individu bergelar Tan Sri yang juga terkenal sebagai pakar pelaburan didakwa menjanjikan pulangan lumayan dan boleh 'dinikmati' sejak beberapa tahun lalu lagi.

BH difahamkan, pelaburan itu sepatutnya memperoleh pulangan sejak dua tahun lalu, tetapi ia tidak berlaku sehingga kini.

Sumber berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana yang dilabur itu diseleweng tanpa pengetahuan pelabur.

"Ia sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024, namun perkara itu tidak berlaku," kata sumber di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam satu program di Kelantan hari ini mengesahkan pihaknya menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Katanya, suspek lelaki berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam itu ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.

Tambahnya, SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin untuk membantu siasatan kes sama.

"Kita mendapat maklumat Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berusia 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit dalam penipuan pelabur berskala besar.

"Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu, dalam proses reman yang berlangsung pagi tadi, individu bergelar Tan Sri itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Azam juga mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 11:13 PM | Show all posts


tan sri pun scammer jugak....

kesianlah yg dah melabur... bodoh pun ya, tp tak boleh biarkan jg scammer ni berleluasa .. ada kot yg sangup berhutang untuk supaya nak melabur... skrng tan sri pun dah ada yg nak jadi taukeh scamer

klu nak rasa jugak main pelaburah risiko tinggi ni.. labur jerlah beberapa ratus lepas tu cepat2 keluarkan, klu tak sempat pun tak lah rugi sgt..

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kes yang ada kaitan dengan anwar tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kes dengan janggut rebonding?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 02:32 AM | Show all posts

"Ia sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024, namun perkara itu tidak berlaku," kata sumber di sini hari ini.


Alif Syukri boleh guna alasan ini utk saman Dato bowtie
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 23-1-2026 01:31 AM
kes dengan janggut rebonding?

Tan sri dr daud bakar yg pegang kedah fc sblm ni..lingkupppp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2026 03:07 AM | Show all posts
sampai RM300 juta terkumpul dari penipuan dia?
slow nyer pelabur dan police bertindak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040841 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list