CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 50937|Reply: 5

[Tempatan] Lelaki Myanmar jadi ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing dijel 165 bulan

[Copy link]
Post time 23-1-2026 12:30 AM | Show all posts |Read mode


Lelaki Myanmar jadi ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing dijel 165 bulan
Reza A Hamid22 January 2026


Lelaki warga Myanmar yang juga ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing, San Lwin, 53, (depan) dijatuhi hukuman penjara 165 bulan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki passport dan dokumen palsu, termasuk penggunaan kad UNHCR tahun lalu.


MELAKA – Seorang lelaki warga Myanmar yang juga ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing dijatuhi hukuman penjara 165 bulan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Ia selepas tertuduh mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki passport dan dokumen palsu termasuk penggunaan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tahun lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman  terhadap tertuduh, San Lwin, 53, yang membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa Myanmar dalam prosiding yang berlangsung hampir dua jam.

Mengikut lapan pertuduhan memiliki dokumen palsu, tertuduh didapati dalam milikannya mempunyai suatu dokumen pengenalan diri iaitu lapan keping I-Kad Visit Pass tertera nombor lapan pasport berlainan dengan mengetahuinya sebagai pemalsuan.

Perbuatan itu dengan maksud supaya digunakan dengan fraud sebagai tulen dan dokumen tersebut adalah seperti diperihalkan dalam Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan.
Tertuduh turut mengaku bersalah atas sembilan lagi pertuduhan atas kesalahan memiliki pasport orang lain, memiliki pasport palsu dan menggunakan kad UNHCR palsu.

Perbuatan itu menjadi kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) dan Seksyen 12(1)(a) Akta Passport dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 465 kanun sama.

Bagi kesemua 17 kesalahan itu mahkamah mengenakan hukuman keseluruhan berjumlah 165 bulan berjalan serentak menjadikan tertuduh perlu menjalani hukuman selama 12 bulan dari tarikh ditangkap.

Dalam prosiding yang sama, pasangan suami isteri warga Myanmar, Zaw Naing, 31, Khin Saw Wai, 26, yang juga pelanggan kepada ejen berkenaan masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam dan lapan bulan atas kesalahan memiliki pasport dan dokumen palsu di bawah seksyen sama.

Manakala tertuduh Rohingya, Muhammad Nur Hairul Boshar, 18, yang mengaku bersalah menggunakan kad UNHCR palsu sebagai tulen dikenakan denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di rumah beralamat di Pangsapuri Mawar 2, Taman Malim Jaya dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira jam 12 tengah hari 8 November tahun lalu.

Lelaki warga Myanmar yang juga ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing, San Lwin, 53, (depan)
dijatuhi hukuman penjara 165 bulan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki passport dan dokumen palsu, termasuk penggunaan kad UNHCR tahun lalu.


Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira isu kedaulatan negara yang terjejas akibat penglibatan sindiket imigran yang semakin berleluasa.

San Lwin, Zaw Naing, Khin Saw Wai yang tidak diwakili peguam dalam rayuan memohon hanya dikenakan denda kerana mempunyai tanggungan keluarga selain Zaw Naing dan Khin Saw Wai juga merupakan pasangan suami isteri.

Muhammad Nur Hairul yang diwakili peguam Shahrul Affandi memohon hukuman hanya dikenakan denda atas alasan pesalah muda dan perlu menyara keluarga selain telah memohon kad UNHCR mengikut proses undang-undang sebelum ditangkap.

Majistret Sharda Shienha kemudian mengarahkan hukuman bagi setiap pertuduhan berjalan serentak dari tarikh ditangkap 8 November 2025. – MalaysiaGazette



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 03:19 AM | Show all posts
12 bulan je.. ingat kan betul2 165bulan
sy masih mencongak congak 165bulan tu berapa tahun ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 09:42 AM | Show all posts
polis paling depan, sebelah kiri, sosoknya persis model

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-1-2026 09:42 AM
polis paling depan, sebelah kiri, sosoknya persis model

Mcm actor mario van pebbles masa muda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:04 PM | Show all posts
Samerosie replied at 23-1-2026 11:50 AM
Mcm actor mario van pebbles masa muda.

hasil gugelan, ye lahhh
ada iras  
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahun tu kejap jer..pejam celik..pejam celik...kuar dah...pastu buat balik/lagi...kita tolong orang kita.INI NIGARA..'MESRA WARGA ASING'....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042918 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list