|
View: 44272|Reply: 0
|
[Perlis]
Pindaan perlembagaan gabungan parti dalam PN dimuktamad minggu depan - Muhyiddin TV
[Copy link]
|
|
|
Edited by sfhzuraz at 24-1-2026 01:33 AM
Pindaan perlembagaan gabungan parti dalam PN dimuktamad minggu depan - Muhyiddin
Aizat Sharif
January 23, 2026 @ 5:04pm

Muhyiddin (dua dari kanan) menyantuni Hashim (dua dari kiri) dalam kunjungan hormat ke rumah pimpinan PAS itu di Kampung Sena, Arau. NSTP/AIZAT SHARIF
ARAU: Perikatan Nasional (PN) dijangka memuktamadkan pindaan perlembagaan gabungan parti itu pada minggu depan.
Pindaan itu juga bergantung kepada kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap cadangan atau draf pindaan perlembagaan gabungan politik itu yang akan dibincangkan bersama wakil empat parti utama gabungan berkenaan.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelewatan memuktamadkan pindaan itu bukan disebabkan berlaku kemelut dalaman parti, sebaliknya perbincangan terhadap draf pindaan perlembagaan gabungan itu yang dikemukakan sedang berlangsung.
"Saya melihat perkara (pindaan perlembagaan PN) akan selesai tidak lama lagi, ketika ini sebuah Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan sudah mengadakan mesyuarat dan mengemukakan cadangan atau draf pindaan untuk dibincangkan dalam satu 'mesyuarat pre-council' dengan semua wakil empat parti dalam gabungan akan duduk bersama-sama.
"Ini keputusan yang sudah dibuat bersama-sama secara tidak rasmi untuk menyelesaikan masalah isu terutama dari segi struktur dan kita akan umumkannya jika pindaan itu diluluskan RoS," katanya selepas mengadakan kunjungan ke kediaman Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di Kampung Sena, Guar Sanji, di sini, hari ini.
Muhyiddin meluangkan masa hampir satu jam melakukan kunjungan balas terhadap Hashim yang sebelum ini melakukan kunjungan terhadapnya ketika di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu.
Pada kunjungan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hala tuju kerajaan negeri dalam memantapkan PN Perlis dan jalinan antara BERSATU serta PAS dalam gabungan itu.
Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi PN, berkata sekiranya pindaan perlembagaan itu diluluskan, pihaknya percaya ia menjadi satu struktur baharu yang lebuh kukuh dan mantap dalam menjalin kerjasama antara parti yang lebuh kuat.
"Kelewatan pindaan ini kerana perlu ambil masa sedikit dan akan dibincangkan secara muktamad dalam tempoh selewat-lewatnya seminggu ini," katanya.
Ditanya sama ada PN sudah mempunyai nama yang bakal menjadi Pengerusi PN baharu bagi menggantikannya, Muhyiddin secara ringkas berkata, belum ada sebarang nama yang dimuktamadkan tetapi akan dibincangkan pada mesyuarat itu kelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|