CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19744|Reply: 0

[Kedah] KBS tunggu laporan terperinci sebelum beri pendirian isu FAM

[Copy link]
Post time 24-1-2026 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Dr. Mohammed Taufiq menyerahkan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Daerah Kota Setar di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN





KBS tunggu laporan terperinci sebelum beri pendirian isu FAM

  • Oleh KOSMO!
  • 24 Januari 2026, 2:22 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




ALOR SETAR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menunggu laporan terperinci sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi berhubung kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, sebarang komen atau tindakan hanya akan dibuat selepas kementerian menerima maklumat lengkap berkaitan isu tersebut.

“Saya perlu menunggu dahulu laporan yang terperinci sebelum mengeluarkan apa-apa pendirian daripada KBS.

Kita menunggu dan melihat bagaimana perkembangan selanjutnya sebelum saya boleh memberikan komen yang lebih lanjut,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kota Setar di sini hari ini.



Kata beliau, kementerian sentiasa memantau setiap isu berbangkit melibatkan persatuan-persatuan sukan di negara ini dan bukan hanya tertumpu kepada FAM semata-mata.

Menurutnya, kementerian tidak akan mencampuri mana-mana proses yang berada di luar bidang kuasa selaras dengan prinsip pemisahan kuasa yang perlu dihormati.

“Pemisahan kuasa ini amat penting.

Sebab itu saya perlu melihat, menunggu laporan dan keputusan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Kita tidak akan mengganggu proses yang bukan dalam bidang kuasa kementerian,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030438 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list