CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24260|Reply: 0

[Jenayah] Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 24-1-2026 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
Oleh Asrol Awang - Januari 24, 2026 @ 11:18am

Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang peniaga berusia 52 tahun kerugian hampir RM277,688 selepas terpedaya dengan pelaburan perdagangan komoditi dunia yang tidak wujud dikenali sebagai `Future Fund' melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berdasarkan laporan semalam, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita menggunakan nama samaran melalui aplikasi terbabit pada 8 Januari lalu.

Katanya, suspek terbabit kemudiannya menawarkan satu bentuk pelaburan menjanjikan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

"Siasatan awal mendapati, mangsa membuat pelaburan awal berjumlah RM1,000 dan RM70,000 serta menerima pulangan keuntungan berjumlah RM175 dan RM12,300.

"Namun, keuntungan yang diterima itu dilaburkan semula sebelum mangsa diyakinkan untuk meneruskan pelaburan dengan jumlah yang lebih besar.

"Sepanjang tempoh 8 Januari hingga 12 Januari lalu, mangsa membuat beberapa transaksi pemindahan wang kepada tiga akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan RM277,688.

"Bagaimanapun, mangsa gagal menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan dan diberikan pelbagai alasan oleh suspek sebelum menyedari ditipu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, lelaki berkenaan melaburkan wang simpanan sendiri, selain hasil perniagaan serta pinjaman daripada isteri dan kenalan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.

-------------------------------------------------

Sekarang sudah masuk tahun 2026 masih ada lagi yang kena tipu scammer di WhatsApp.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.402536 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list