CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20037|Reply: 2

Da’i Syed Kekal Bersalah, Ke Penjara Semalam

[Copy link]
Post time 24-1-2026 11:03 PM | Show all posts |Read mode





Pendakwah selebriti Da’i Syed diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi  Shah Alam mengekalkan sabitan terhadapnya atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.


Memetik Sinar Harian, Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut.


“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini,” kata hakim.


Pada Ogos 2024, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita.


Pada 10 Disember 2020, Dai Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.




Sumber :Sinar Harian, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Rabbi hudusnya nak kata tinggi x tinggi pun mcm mana perempuan boleh sangkut dgn dia ni, mesti heols cakap ereb sikit dgn title PU, a manipulative man, i assume
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 10:12 AM | Show all posts
sarah_ary2 replied at 25-1-2026 01:26 PM
Ya Rabbi hudusnya nak kata tinggi x tinggi pun mcm mana perempuan boleh sangkut dgn dia ni, mesti he ...

dia acah2 bawa dirinya macam seseorang yang warak tapi playful. kalau nak harapkan muka memang fail tapi dia confident tinggi pasal perasan handsome. padahal macam taik unta. tapi syukur sangat perogol ni masuk jail. well deserved!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.316853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list