TAIPEI – Seorang pendaki Amerika Syarikat (AS) menakluki bangunan tertinggi Taiwan tanpa bantuan peralatan keselamatan hari ini dalam aksi nekad yang menarik ratusan penonton dan disiarkan secara langsung oleh Netflix.
Alex Honnold, 40, telah menakluki beberapa bongkah batu paling menggerunkan di dunia dan menjadi terkenal di seluruh dunia pada 2017 selepas mendaki ‘El Capitan’ di Yosemite. Ia merupakan monolit granit antara paling sukar untuk ditakluki.
Hari ini, dia memanjat bangunan Taipei 101 yang menjulang setinggi 508 meter dengan orang ramai berkumpul dan bersorak di bawah.
Honnold adalah orang pertama yang memanjat Taipei 101 tanpa sebarang peralatan seperti tali, abah-abah atau jaring keselamatan tetapi bukan orang pertama menakluki pencakar langit itu.
Cabaran berjudul ‘Skyscraper Live’ itu dijadualkan disiarkan di Netflix pada semalam, namun ditangguhkan kerana cuaca buruk.
“Adalah menjadi impian seumur hidup saya untuk mendaki bangunan pencakar langit,” kata Honnold dalam video promosi pendakian itu di laman Facebook Netflix, Selasa lepas.
“Jadi saya akan melakukan solo bebas Taipei 101. Tiada tali, tiada peralatan, hanya saya dan bangunan itu,” tambahnya.
Pada tahun 2004, Alain Robert yang digelar ‘Spiderman Perancis’ muncul orang pertama mendaki pencakar langit Taipei 1010 tetapi melakukannya dalam keadaan hujan dengan bantuan tali keselamatan. – AFP
dia training guna safety sampai la dia ingat semua step even tutup mata..
hari kejadian just buat cam biasa je la tp takde safety..
tapi still amazing.. mmg berani
Post time 25-1-2026 08:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
a4_paper replied at 25-1-2026 03:24 AM
dia training guna safety sampai la dia ingat semua step even tutup mata..
hari kejadian just buat ...
Honnold ini sudah legend untuk rock climbing.. Dengan free solo style ascent (without rope)...
Non climber mahu try boleh cuba bouldering gym ada malaysia.... bouldering = without rope and no gear... Rock climbing = with top rope/lead and gear.... Untuk differentciate bouldering and rock climbing gym... Di sana instructor boleh tolong untuk beginner... Tidak require super strong body untuk this sport basic hanya required strong fingers and stamina..
Ini alex honnold without AI
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-1-2026 06:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 25-1-2026 03:36 PM
axl_bach replied at 25-1-2026 04:34 AM
Kita tgk gambar ni pun dah peluh tapak tangan.... Hahahaha
Boleh try di bouldering gym yang aku tahu di penang... Extreme sports begini selalu nya apabila sudah achieve ability at some point akan addicted... Untuk orang yang acrophobia ini banyak facing own fears buat skydiving..sooner or later addicted.. Adrenalin sports the best way untuk release happy hormon..
anak I lately suka plak pg camp 5 kat 1u tu, okaylah indoor wall climbing sesuai utk beginner....iolss dulu2 selalu join team building siap abseiling upside down bagai....now baru tau dah tak leh buat abseiling...huhuhuh
Post time 27-1-2026 12:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 26-1-2026 08:16 AM
gangerina replied at 26-1-2026 05:28 AM
anak I lately suka plak pg camp 5 kat 1u tu, okaylah indoor wall climbing sesuai utk beginner....i ...
Indoor lebih sesuai sebab selalu combine dengan gym perlu weight exercise bukan untuk bodybuilder thingy and require grip training.. Selalu guna chin up/pull up bar.. This sports require some time kena rajin training... 1st kena develop finger (callus).. Callus ini if stop climbing akan hilang... Nanti kena buat lagi.... Indoor ada mat/mattress if jatuh tidak sakit... Selalu beginner akan sakit whole body all joints.. Muscles and tendon... sebab require body flexibility... Aku mula aged 30 body sudah keras this part quite painful... If still young tiada issue..
At some reason acrophobic buat skydiving (tandem) terus.. Tidak intense prep hanya need guts untuk jump