CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26981|Reply: 11

Bukan jam komersial, hanya jenama Chief of Army Malaysia – Peguam bekas PTD

[Copy link]
Post time 26-1-2026 04:38 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan membuat dua laporan polis berhubung dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan dirinya.

Peguam yang mewakilinya, Aizul Rohan Anuar berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 1 petang tadi oleh Muhammad Hafizuddeain yang tiba di balai berkenaan sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Aizul, laporan pertama berkaitan pendedahan dan penyebaran dokumen yang bersifat sulit dan dilindungi, termasuk penyata akaun bank milik anak guamnya serta beberapa dokumen Angkatan Tentera Malaysia yang diklasifikasikan sebagai rahsia.

“Penyata akaun bank adalah dokumen yang dilindungi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan tidak sepatutnya didedahkan kepada pihak awam tanpa kebenaran.

“Setakat ini, kami tidak mengetahui bagaimana dokumen tersebut boleh tersebar, termasuk sama ada melibatkan institusi perbankan. Justeru, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan kedua pula dibuat susulan penyebaran kenyataan tidak benar dan bersifat fitnah oleh pihak tertentu, termasuk dakwaan kononnya Muhammad Hafizuddeain memakai jam tangan mewah ketika pertuduhan di mahkamah.

Jelasnya, dakwaan itu tidak berasas kerana jam tangan berkenaan bukan berjenama komersial, sebaliknya merupakan jam rasmi yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan tertera tulisan ‘Chief of Army Malaysia’.

“Dakwaan mengatakan jam itu bernilai tinggi atau berjenama adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai,” ujarnya.

Menurut Aizul, beliau sendiri melihat jam yang dipakai oleh Muhammad Hafizuddeain pada hari pertuduhan dan mengesahkan ia bukan jam mewah, sebaliknya jam biasa keluaran rasmi pihak tentera.

Sehubungan itu, katanya, anak guamnya kini sedang mempertimbangkan secara serius untuk mengambil tindakan sivil terhadap individu-individu yang menyebarkan kenyataan fitnah, termasuk mana-mana institusi berkaitan sekiranya terdapat bukti penglibatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan untuk mengambil tindakan sivil bergantung kepada hasil siasatan dan bukti yang diperoleh.

“Tan Sri (Muhammad Hafizuddeain) juga tidak mahu menjejaskan integriti siasatan dan memberi ruang sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara bebas dan profesional,” jelasnya.

Tambahnya, selain membuat laporan, pihak polis turut mengambil keterangan daripada Muhammad Hafizuddeain hari ini dan proses berkenaan masih berjalan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia rasa tebal muka tak gi balai polis? Ke memang kulit biaya kulit biawak.


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 05:26 PM | Show all posts
Kerusi roda yang digunakan pun sgt diberi perhatian sbb nampak mahal ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-1-2026 05:22 PM
Dia rasa tebal muka tak gi balai polis? Ke memang kulit biaya kulit biawak.


Kena tebal muka baru nampak konfiden mcm bijan. Lagi pula beliau seorang panglima.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
So?  Rolex lebih 20 bijik tu ape pulak??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-1-2026 02:15 AM

Biasanya yang buat limited edition seperti ini mereka menggunakan dari jam jenama premium.
Seperti ini

The Tudor Black Bay 41 "AirAsia" (Ref. M79540) is a special, limited-edition timepiece produced for AirAsia employees to mark their 10th anniversary. It features a unique, inscribed caseback ("AirAsia 10 Years") on the standard 41mm stainless steel model with a black dial. These watches, often sold in the secondary market, are otherwise identical to the base model, which features a 70-hour power reserve and 200m water resistance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2026 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-1-2026 05:51 PM
So?  Rolex lebih 20 bijik tu ape pulak??

Pemain simpanan masa depan


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:19 PM | Show all posts
Seperti ini





Tudor has produced several special, limited-edition timepieces for the French Army (Marine Nationale) and elite units, most notably the modern Pelagos FXD (launched in 2021) and the Black Bay 54 "Commando Hubert" (2024), along with 1970s "Snowflake" Submariners. These watches often feature fixed lugs, custom casebacks, and are exclusively issued for diving and combat operations.






















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis kat kaunter balai tu panggil dia apa? Encik? Tuan? Tan sri ye ye?


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Heydidle at 27-1-2026 05:41 AM

Haa finally!
Iols nyampah betul sejak viral jam tgn ni yg disalaherti kan sebagai jam mewah Patek hahahah
Sekali imbas tgk jam ni dipakai kat tgn tuan badan pun boleh tau bukan Patek. Konfiden betul yg viral kan tu.

Part ni je meols nyampah sbb kemon lahh buat lah research bebetul psl brand tu.

lain2, dia menyakau duit of course lah Kita marah! Orang yg di amanah jaga negara pulak tu!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
**kita marah!
Sorryyyy typo
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 09:51 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-1-2026 06:11 PM
Biasanya yang buat limited edition seperti ini mereka menggunakan dari jam jenama premium.
Seperti i ...

harga dekat 13 ribu nyahhh



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.200288 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list