CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33060|Reply: 3

‘Elakkan DM atau PM artis, influencer, ustaz lelaki’ - Adam Corrie

[Copy link]
Post time 27-1-2026 05:36 PM | Show all posts |Read mode





Senada senario semasa, pelakon Adam Corrie menitipkan pesanan kepada golongan wanita agar mengelak daripada meluahkan masalah peribadi kepada golongan lelaki, terutama dalam media sosial.

Katanya, walau sekadar berkongsi cerita atau meminta pandangan menerusi mesej langsung (DM) atau WhatsApps (WA), perkara tersebut boleh mengundang salah faham atau membawa kepada risiko tertentu.

“Jika cik-cik (wanita solo) atau puan-puan (isteri orang) sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM atau PM (mesej peribadi) artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz lelaki untuk meluahkan perasaan dan masalah.

“Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita,” katanya menerusi platform Threads.

Menurutnya, lebih baik sebarang isu mahupun masalah yang ingin diselesaikan dikongsikan dengan sama jantina seperti kawan atau ahli keluarga sendiri.

Adam yang juga penceramah bebas menyifatkan perlu ada pertimbangan wajar dalam menyelesaikan hal peribadi untuk mengelakkan berlakunya perkara tidak baik.

“Lebih elok kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai. Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku.

“Kita perlu berhati-hati agar tidak timbul salah faham, niat tidak baik, atau perkara yang boleh membawa kepada situasi di luar kawalan.

“Orang ambil kesempatan pun ramai. Nasihat ini pun ditujukan untuk saya,” ujarnya.

Begitupun, pelakon KL Gangster itu menafikan perkongsiannya merujuk kepada kes mahkamah membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed.

“Minta maaf saya cerita pengalaman saya dan nasihat isteri saya. Bukan isu semasa sekarang,” katanya membalas komen netizen.

Menerusi ruangan komen lain, rata-rata senada dengannya yang berharap golongan wanita lebih peka agar tidak terperangkap ke

“Sangat setuju, cerita dengan orang paling rapat. Macam saya lebih selesa luahkan pada adik-beradik perempuan, dengan kawan baik pun tak berani. Takut dia bergosip pula dengan kawan lain. Habis semua orang tau rahsia kita,” tulis seorang pemilik akaun Threads.

Terdahulu, pelakon yang sinonim dengan aksi lagak ngeri itu sememangnya aktif memuat naik perkongsian berkaitan isu semasa serta pandangan umum berkaitan hal kemasyarakatan.

Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dinafikan mmg ada pompuan2 yg gedik

Tp kes dai setan ni dia yg pm2 org dulu kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 08:23 AM | Show all posts
yerr betul laa tu teguran adam corrie ni.. stuju jer.
anyway kedai kopihut branch kjg, mmg menarik sedap juga.
ok tu jer nk ckp hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 09:04 AM | Show all posts
Kalau ngadu kat abam Corrie boleh tak? Hihi!
Rindu nak tengok Corrie berlakon jadi samseng kongsi gelap...sajak betul dengan muka badboy dia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037909 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list