Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210980   





WASHINGTON  – Bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter menyokong cadangan memboikot kejohanan Piala Dunia 2026 ekoran kelakuan Presiden Donald Trump dan pentadbirannya di dalam dan luar Amerika Syarikat(AS), lapor portal berita The New Arab semalam.

Blatter merupakan tokoh bola sepak antarabangsa terbaharu mempersoalkan kesesuaian AS sebagai negara tuan rumah.

Beliau merupakan presiden badan pentadbir bola sepak dunia itu dari 1998 hingga 2015 sebelum meletak jawatan di tengah-tengah siasatan terhadap kes rasuah






Blatter menyeru boikot itu dalam catatan dalam aplikasi X sekali gus menyokong komen Mark Pieth temu bual bersama akhbar Switzerland, Der Bund pada minggu lalu.

Pieth yang merupakan seorang peguam dan pakar jenayah kolar putih, mempengerusikan pengawasan Jawatankuasa Tadbir Urus Bebas terhadap pembaharuan FIFA sedekad yang lalu.

Dalam temu bualnya dengan Der Bund, Pieth berkata: “Jika kita mempertimbangkan semua yang telah kita bincangkan, hanya ada satu nasihat untuk peminat: Jauhi Amerika Syarikat! Anda akan melihatnya dengan lebih baik di televisyen.

“Sebaik sahaja tiba (di AS), peminat perlu menjangkakan bahawa jika mereka tidak menggembirakan hati pegawai, mereka akan terus dimasukkan ke penerbangan seterusnya untuk pulang,” tambahnya.

Dalam catatan di X, Blatter memetik Pieth dan menambah: “Saya fikir Mark Pieth betul dalam mempersoalkan Piala Dunia ini.”

AS akan menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.

Kebimbangan komuniti bola sepak antarabangsa terhadap negara itu berpunca daripada sikap ekspansionis Trump di Greenland, larangan perjalanan dan taktik agresif dalam menangani pendatang dan penunjuk perasaan penguatkuasaan imigresen di bandar-bandar Amerika, terutamanya Minneapolis.

Salah seorang naib presiden persekutuan bola sepak Jerman, Oke Göttlich, memberitahu akhbar Hamburger Morgenpost dalam satu temu bual Jumaat lalu bahawa masanya telah tiba untuk mempertimbangkan secara serius untuk memboikot Piala Dunia. – AGENSI
15.3K Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 2#

Emperor | Credits 95128   
Last fifa world cup kat us tahun 1996 ke tahun bila?


piyek92 Lv.4 3#

Keeper | Credits 569   
setuju patut negara2 islam pun tak payah promosi tak payah beli baju ke apa.. bodoh punya usa

BoongaKertas Lv.14 4#

Fighter | Credits 22398   
annoying atok rambut oren tu!
Follow Us

Decaffeinated Lv.18 5#

Master | Credits 64473   
Ko ingat Trump kisah ka?

Skuau Lv.15 6#

Gladiator | Credits 34492   
kita boikot US main jer...team lain main...nak nengok...jugak....

hayrin86 Lv.12 7#

Defender | Credits 13852   
Quote: sharlenetexas replied at 29-1-2026 12:47 PM
Last fifa world cup kat us tahun 1996 ke tahun bila?

Piala Dunia ke-15 pada 1994. Piala Dunia juga merupakan antara masa untuk menanam dan mengamalkan azam baru lepas kejohanan bola sepak terbesar di dunia berakhir (jangan tunggu Tahun Baru dan Awal Muharram baru ada azam baru).

ADVERTISEMENT


hayrin86 Lv.12 8#

Defender | Credits 13852   
Quote: Skuau replied at 29-1-2026 09:12 PM
kita boikot US main jer...team lain main...nak nengok...jugak....

Berkecuali lagi bagus sebab tiada pasukan Malaysia.

4g67 Lv.1 9#

Beginner | Credits 1   
Lagipun takde pun pasukan kita

hayrin86 Lv.12 10#

Defender | Credits 13852   
Quote: 4g67 replied at 30-1-2026 09:22 AM
Lagipun takde pun pasukan kita

Betul. Pilih untuk berkecuali.

Decaffeinated Lv.18 11#

Master | Credits 64473   
dia suruh jgn pi stadium ja, suruh tengok TV. boikot ka tu?

Tumpang-Sibok Lv.7 12#

Revolutioner | Credits 1177   

kemaruk Lv.16 13#

Conqueror | Credits 41153   
terpulang lah nak boikot ke tak

asalkan tak meliwat

Hessa Lv.10 14#

Survivor | Credits 5992   
Sibuk nk jd tuan rumah ironinya pasukan bola sepak Amerika pun  ke laut.sana yg famous American football..bola dipanggil soccer

hayrin86 Lv.12 15#

Defender | Credits 13852   
Quote: 4g67 replied at 30-1-2026 09:22 AM
Lagipun takde pun pasukan kita

Tinggal empat bulan sahaja lagi.

ADVERTISEMENT


TeropongSenyap Lv.3 16#

Senior | Credits 215   

All contents are displayed