CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22181|Reply: 11

“Mereka Mengata Arwah Bapa & Fatima” – Fazura Dedah Dua Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen

[Copy link]
Post time 2-2-2026 10:15 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Nur Fazura berkata dia menerima kecaman teruk sehingga ada yang mengata arwah bapanya serta anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Fazura berkata dia terpaksa bersuara apabila ada yang melemparkan kata-kata negatif meskipun sebelum ini memilih untuk berdiam diri.

“Kadang-kadang kita diam tetapi mereka (netizen) lagi suka. Tapi bila kita usik balik, mereka marah padahal kita bergurau sahaja.

“Mereka buat saya lagi teruk, mengata arwah bapa saya, mengata Fatima barua. Saya gurau sikit, mereka koyak kata saya tak classy. Sedangkan saya tak pernah pun kata diri saya classy,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata dia bersuara untuk mempertahankan dirinya dan bukan mencarut mahupun mencaci sesiapa serta mempersoalkan adakah dia perlu berdiam diri agar terus difitnah.

“Tetapi saya tidak mencaci atau mencarut mereka, tidaklah sampai ke tahap itu.

Namun mereka marah saya lagi teruk, kita gurau sahaja. Jadi bila awak semua kutuk saya, saya hanya perlu diam je ke? Awak semua nak suruh saya diam supaya boleh terus ‘enjoy’ dengan gosip, fitnah dan mengata saya yang bukan-bukan.

“Sebab itu tak nak saya bersuara, betul tak? Bila saya bersuara, mereka kata saya marah sedangkan sikit saja,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura mendedahkan sudah dua tahun dia menjadi mangsa buli siber namun dia berdiam diri serta menyerahkan segalanya kepada Allah.

“ah lama saya tak layan dah dua tahun. Dalam tempoh dua tahun ini, saya kena macam-macam saya dibuli dan difitnah.

“Saya diam sahaja dan serahkan pada Allah. Kita semua manusia, Allah jadikan saya dan anda semua jadi buat apa saya nak fikir apa yang orang kata,” katanya.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2026 03:00 PM | Show all posts
tah kenape kan ketika itu keledek2 sangat marah dgn pajura. macam pajura curi bapak atau laki dorang.

mungkin kerana pajura mintak ceray dgn attah mereka, si patamin

waktu lobenak kutuk hina pajura , boleh lah juga faham, kerana mahukan patamin dgn neelopah. marah dgn patamin kerana tak layan neelopah. tuptup couple dgn pajura.

walauuuu punya meletop. Terus maki carut direct2. Di hina, bekas orang. macam2. Teringat acik sherot.

Bila pajura ceray dgn patamin, keledek pulak. Pajura dah lali.

Tapi bagus nya lobenak, mereka tak sentuh bapak pajura.
keledek tak puas hati kutuk pajura. kutuk bapak dan anak pajura. itu yang dia pegi cari siapa manusia itu.

kutuk artis kan biasa. menyampah kita kutuk. tapi bila dendam kesumat, maki hamun carut memang lah nampak tersakiti di akar hati nya.

Sekarang Attah keledek dah happy dgn isteri sorga nya. Keledek pun dah happy.

Walau masih ada juga segelintir yang ghisau tang utang WSP dan apek obor belum di bayar

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa mucang ketua buli siber.


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-2-2026 07:31 AM
Jangan lupa mucang ketua buli siber.

Padahal siap makan bersama-sama pembuli faao. Tiba2 keluar kisah dia di buli
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Now iols nak tau jahh.. apa maksud acik ganga dlm benang sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian eh..penat panjat pintu MCMC la IPD la tp sampai skrg xgame over...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2026 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 2-2-2026 03:48 PM
Padahal siap makan bersama-sama pembuli faao. Tiba2 keluar kisah dia di buli

Siapa pembuli tu?
Macam mana uols boleh tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang betul ramai artis kena buli. Terutamanya netizen yang terlalu masuk campur hal peribadi artis2.

Yang ada netizen panggil fatima barua tu masa fattmira nikah kan. Ramai komen fatima menyibuk kat majlis tu, nak duduk sebelah daddy je. Kalau fatima takde pula, mesti netizen kecam mommy tak bagi fatima datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2026 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan Tanya Pajura jawab.
Game yg belum over ..keledek.
Tapi Xfile dah tak keluar lah. Sekarang Masih dgn utang 4 jotaaaa apek obor.
Sayang betul dgn apek obor.

Keledek dah beli baju Raya Fattmira??. Beli jangan tak beli....jakel tak sesuai untok korang. Fattmira nya yg paling sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju macam kain langsir tu yang keledek suke dengan duta laki bini yang nampak sado macam kertu nau dah rupa padahal baru 30an..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 2-2-2026 07:03 PM
Wartawan Tanya Pajura jawab.
Game yg belum over ..keledek.
Tapi Xfile dah tak keluar lah. Sekarang  ...

Baju yang macam kain langsir tu ke? Hahaha!
Belum kira duta laki bini yang nampak kemain sado macam makcik pakcik zaman 70an..huhuhu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Delulu lah dia ni. Dulu minat gila. Dr zaman blm repair. Skrg fake amat. N delulu. I wonder diorg ni muka tebals amat eh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038879 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list