Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

YgBenar Lv.19

Fav
Emperor | Credits 86138   
Edited by YgBenar at 5-2-2026 06:08 PM

Pengguna media sosial persoal peniaga jual 3 biji popia dengan harga RM18.90



Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang individu mengenai seorang peniaga wanita yang menjual 3 biji popia dengan harga RM18.90 termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Menerusi hantaran yang dimuat naik individu terbabit di laman Threads, dia mempersoal mengenai kos yang dikenakan oleh peniaga terbabit sehingga popia yang diberi nama Lumpia itu dijual dengan harga sedemikian.

“Kak apa ni RM18.90 untuk tiga biji popia? Kak kau kira kos bernafas sekali ke masuk dalam harga makanan kau,” tulisnya.

Popia didakwa produk limited, hanya jual ketika lakukan jelajah
Difahamkan, popia yang diberi nama lumpia itu mempunyai rasa tomyam berkeju dan berkrim dengan dua pilihan iaitu daging dan ayam.

Peniaga terbabit memaklumkan bahawa makanan tersebut ‘limited’ dan hanya dijual semasa dia melakukan jelajah di beberapa kawasan sahaja termasuk di Gombak.

“Lumpia ini limited tau kome, ada di tour je tau, jadi jangan lepaskan peluang dapatkan lumpia ayam dan daging,” tulisnya.

Pemilik Niase, Dania Sedek beri penjelasan soal harga makanan yang dijualnya
Cakna dengan komen yang diberikan oleh netizen mengenai harga yang dijualnya, peniaga berkenaan, Dania Sedek tampil memberi penjelasan mengapa makanan-makanan yang dijualnya berharga sedemikian.

Jelasnya, setiap makanan yang dibeli oleh pelanggan pastinya akan berbaloi dengan apa yang diberikan oleh kedainya, Niase.

“Dari pemilihan bahan mentah, proses penyediaan sehinggalah ke hidangan yang sampai ke tangan pelanggan, kami sentiasa menitikberatkan kualiti dan rasa.

“Kami juga akan memastikan setiap menu dimasak dengan penuh teliti, mengekalkan kesegaran serta standard yang terbaik agar setiap pelanggan mendapat pengalaman menikmati makanan yang memuaskan dan berkualiti setiap kali berkunjung,” tulisnya di kapsyen.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
27.9K Views

ADVERTISEMENT


copy_paste Lv.12 63#

Defender | Credits 12652   
lantak dia la nk jual mahal pun,bukannya makanan ruji pun,
aku dah lama x g food festival sbb dah tahu harga kayagan,kalau g pun da stanby utk bayar mahal

MsKathryn Lv.11 62#

Highlander | Credits 7676   
Paling tak suka benda viral ni..  tp my friend jenis FOMO semua nk try

Myeramie Lv.3 61#

Senior | Credits 207   
Ptutla rkyat Malaysia obesity, suka mkn x kira mhl ke murah
Follow Us

ninja boy Lv.16 60#

Conqueror | Credits 46456   
Org muda mmg mau cheese aja sana sini menu cheese tah cheese original atau tiruan, jual basic food tarak untung kena upgrade menu harga mahal, betik spesis ringan xde lagi dijual semua betik berat2 yg dijual, togeh pun kedai x mau jual tarak untung, durian pun sama tanam spesis mahal2 yg murah2 x payah tanam

fattymah Lv.9 59#

Adventurer | Credits 3231   
Iols kedeks.. beli popia carbonara pau mira je.. kut dapat 10 biji  cam 12 ringgit bolehla goreng 2 kali

renko Lv.13 58#

Challenger | Credits 19158   
Support lagi gemuk babi ni
Dia makin gemuk tahap babi tonyok
Yang tukang beli makin nipis dompet
Support konon butuh la

ADVERTISEMENT


dewi_rina Lv.14 57#

Fighter | Credits 28261   
Quote: B40tastePosh replied at 8-2-2026 04:12 AM
Gigih Melayu mengeja Kuih jadi Que akibat desakan hidup

Quesillo dari Venezuella

Puding gula melaka berlambak kat pasar malam rm6

Quesillo ni harga rm15, version upgrade

B40tastePosh Lv.13 56#

Challenger | Credits 17748   
Quote: dewi_rina replied at 8-2-2026 11:17 AM
Skrg dok viral maggi/nasi sukiya pulakkk

Jual tepi jalan tapi harga kemain mahal, org pulak berat ...


Gigih Melayu mengeja Kuih jadi Que akibat desakan hidup

fattymah Lv.9 55#

Adventurer | Credits 3231   
Quote: meteorspeed replied at 6-2-2026 02:28 PM
Aku pernah ckp mahal dia jual ngan lutut ayam segala tok nenek la mahal. Pentaksub deme ckp aku tak  ...

Chouls jenis tak mudah terpengaruh kut

dewi_rina Lv.14 54#

Fighter | Credits 28261   
Quote: B40tastePosh replied at 7-2-2026 03:12 AM
Orang Melayu kita bertahan dari viral/hype sahaja.

Habis viral tukar bisnes lain, tukar menu lai ...

Skrg dok viral maggi/nasi sukiya pulakkk

Jual tepi jalan tapi harga kemain mahal, org pulak beratur panjang nak mkn

Oh lagi satu Quesillo, rupanya caramel gula hangussss

dewi_rina Lv.14 53#

Fighter | Credits 28261   
Quote: alesandra replied at 7-2-2026 02:54 AM
aku baca masa tour kat gombak tu dia jual nasi khaomok rm37???biar betul?menggila dia markup rege. ...

Betul, mmg mahal betul dia jual mcm mengarut betul! Yg lagi mengarut org yg beratur beli.. For me, dia mcm nak try market dok lah letak harga gitu, sekali org beratur nak beli.. Sukalah dia.. Cuba kalau dia letak harga gitu org tak beli, mesti dia akan bagi harga murah

Tak masuk akal betul harga dia, nasi khaomok tu i mkn rm10.90 je sekali dgn ayam berempah, kalau nasi je rm6.90.. Nasi+ayam+sos cicah+sup, mcm nasi ayam je, beza sos

B40tastePosh Lv.13 52#

Challenger | Credits 17748   
Edited by B40tastePosh at 7-2-2026 11:25 AM
Quote: alesandra replied at 7-2-2026 11:17 AM
kek tu mixue tak buat rasanya.diorg ada collab dgn kings's confectionery.yg dah mmg  ada cop mohor ...


Haaa tu la orang pandai bisnes, mereka pelbagaikan product dengan Collab baker/kedai roti yang betul2 expert dan beli bahan secara pukal untuk hasilkan product.

Peniaga Melayu/Gerai gerai ni beli bahan harga runcit, beli bahan guna barang subsidi. Lepastu jual harga kayangan,  berniaga gerai je pun. Tapi nak jual harga macam Fine Dining.

So, mula la customer compare harga dengan masak di rumah, sebab apa, sebab sama sama beli bahan di kedai runcit.

alesandra Lv.16 51#

Conqueror | Credits 48864   
Quote: B40tastePosh replied at 7-2-2026 11:07 AM
Kalau berniaga kecil takda cawangan tak perlu menu menu dari bahan import.

Fokus pada ayam dagin ...

kek tu mixue tak buat rasanya.diorg ada collab dgn kings's confectionery.yg dah mmg  ada cop mohor jakim

B40tastePosh Lv.13 50#

Challenger | Credits 17748   
Edited by B40tastePosh at 7-2-2026 11:14 AM
Quote: alesandra replied at 7-2-2026 10:46 AM
dulu masa dia mula2 viral kes  telur dadar rege  kayangan ...aku pun termakan  la hype  nak try to ...


Orang Melayu kita bertahan dari viral/hype sahaja.

Habis viral tukar bisnes lain, tukar menu lain buat banner lain

Orang Melayu susah nak bisnes yang bertahan dari segi kualiti , harga dan kekalkan menu. Sebab tu susah nak cipta brand.

Kalau bisnes kecil, fokus pada bahan local je, sebab ada pilihan pada market chain bahan itu.

Kalau nak guna bahan import, bisnes tu mesti dalam bentuk franchise atau Chain Stores.

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 49#

Challenger | Credits 17748   
Edited by B40tastePosh at 7-2-2026 11:19 AM
Quote: alesandra replied at 7-2-2026 10:57 AM
mixue  china mari pun dah jual kek 5 hengget sebesar tapak tangan.okeyla buek ghaso2


Kalau berniaga kecil takda cawangan tak perlu menu menu dari bahan import.

Fokus pada ayam dan daging local, sebab ada choice beli bahan dari penternak dan pemborong untuk harga murah dan luaskan bisnes.

Kalau bahan beli kat kedai 2ply, memang harga makanan ikut harga ditetapkan bahan mentah dari 2ply la.

Kalau nak bersaing dengan Mixue memang kalah la... Sebab bisnes mereka bentuk lain, diorang beli pukal bahan mentah dari China, India, etc.

alesandra Lv.16 48#

Conqueror | Credits 48864   
Edited by alesandra at 7-2-2026 10:58 AM
Quote: B40tastePosh replied at 7-2-2026 08:33 AM
Sama lah macam kes jual dessert Cup Cake baru bungkus bisnes baru baru ni. Ko berniaga guna cheese,  ...

mixue  china mari pun dah jual kek 5 hengget sebesar tapak tangan.okeyla buek ghaso2

alesandra Lv.16 47#

Conqueror | Credits 48864   
Quote: dewi_rina replied at 6-2-2026 04:42 PM
Betul tu, mcm ayam gepuk mahal tu takyah pegi beli

Harga melampau mahal

aku baca masa tour kat gombak tu dia jual nasi khaomok rm37???biar betul?menggila dia markup rege.alasan portion byk.guna bahan premium..beras basmati,ayam bismi.tapi kalo org mcm aku ni yg mkn sikit,moderate ni mmg tak teruja langsung dengar portion byk tu.struggle nak habiskan.membuang membazir kebanyakn masa

alesandra Lv.16 46#

Conqueror | Credits 48864   
Quote: wirazam replied at 6-2-2026 12:58 PM
Kannn..sendiri nak makan..sendiri tak mampu nak byr..
Kena Ikut konsep consumer buyer je..kalau ta ...

dulu masa dia mula2 viral kes  telur dadar rege  kayangan ...aku pun termakan  la hype  nak try tomyam dia.dia peniaga tu  aku paham  ayat kena kasi power,gempak.katanya takyah dah  pegi hatyai nak mkn tomyam sedap pegi jela kat kedai dia.tapi bila dah try... rasa  hmmm  korang pegi jela hatyai tu  bukan mahal,susah  mana pun hatyai tu.naik train je bole kann?

otai_g Lv.15 45#

Gladiator | Credits 32528   
Yg kamu yg bodo pegi beli tu da knp?
1234Next