Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

YgBenar Lv.19

Fav
Emperor | Credits 85411   
Edited by YgBenar at 5-2-2026 06:08 PM

Pengguna media sosial persoal peniaga jual 3 biji popia dengan harga RM18.90



Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang individu mengenai seorang peniaga wanita yang menjual 3 biji popia dengan harga RM18.90 termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Menerusi hantaran yang dimuat naik individu terbabit di laman Threads, dia mempersoal mengenai kos yang dikenakan oleh peniaga terbabit sehingga popia yang diberi nama Lumpia itu dijual dengan harga sedemikian.

“Kak apa ni RM18.90 untuk tiga biji popia? Kak kau kira kos bernafas sekali ke masuk dalam harga makanan kau,” tulisnya.

Popia didakwa produk limited, hanya jual ketika lakukan jelajah
Difahamkan, popia yang diberi nama lumpia itu mempunyai rasa tomyam berkeju dan berkrim dengan dua pilihan iaitu daging dan ayam.

Peniaga terbabit memaklumkan bahawa makanan tersebut ‘limited’ dan hanya dijual semasa dia melakukan jelajah di beberapa kawasan sahaja termasuk di Gombak.

“Lumpia ini limited tau kome, ada di tour je tau, jadi jangan lepaskan peluang dapatkan lumpia ayam dan daging,” tulisnya.

Pemilik Niase, Dania Sedek beri penjelasan soal harga makanan yang dijualnya
Cakna dengan komen yang diberikan oleh netizen mengenai harga yang dijualnya, peniaga berkenaan, Dania Sedek tampil memberi penjelasan mengapa makanan-makanan yang dijualnya berharga sedemikian.

Jelasnya, setiap makanan yang dibeli oleh pelanggan pastinya akan berbaloi dengan apa yang diberikan oleh kedainya, Niase.

“Dari pemilihan bahan mentah, proses penyediaan sehinggalah ke hidangan yang sampai ke tangan pelanggan, kami sentiasa menitikberatkan kualiti dan rasa.

“Kami juga akan memastikan setiap menu dimasak dengan penuh teliti, mengekalkan kesegaran serta standard yang terbaik agar setiap pelanggan mendapat pengalaman menikmati makanan yang memuaskan dan berkualiti setiap kali berkunjung,” tulisnya di kapsyen.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
27.6K Views
62 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


alesandra Lv.16 2#

Conqueror | Credits 48794   
Benda ni senang je kalo mcm haram sgt boikot je takyah beli.ini ada jugak  yg beli cam bangang sampai beratur tu watpe? niase ni pun nanti ada bukak restoran  sebelah miker signature kt medan gopeng adakah harga dia lagi mahal nak matey???

lolipopmanish Lv.10 3#

Survivor | Credits 5493   
Melampau gile harga kosser nak support peniaga camni

Samerosie Lv.14 4#

Fighter | Credits 20916   
Gas memasak kat belakang tu pun hang guna yg subsidi punya lagi mau caj mahal... Daging/ayam pakai fresh ke pakai ramly punya daging cincang?
Follow Us

BlackpingU Lv.8 5#

Honour | Credits 2606   
Dia jual lutut ayam rm27.90

tungkai Lv.11 6#

Highlander | Credits 8577   
Kalau tak laku jgn pulak tuduh ada elemen mak esah, melayu dengki bla bla...

akies Lv.13 7#

Challenger | Credits 15260   
Dah tau harga melampau buat pe gi beli.
Dia jual mahal2 pastu tkde buyer nanti dia turunkan
la harga

ADVERTISEMENT


ninja boy Lv.16 8#

Conqueror | Credits 46288   
Peniaga mana mau niaga basic mesti letak bahan tambah punya contoh cakoi inti nutella cheese kaya ada jual, cakoi kosong x jual, roti canai sardin bawang pisang ada jual, roti canai basic x mau jual

emera Lv.14 9#

Fighter | Credits 21336   
Yg membeli laa bodoh. Nk marah penjual tu knp?? Lantak dia laa nk jual brp pon.

ZORRO5555 Lv.8 10#

Honour | Credits 2476   
Kalau Rasa x berbaloi,X payah beli.. simple

FOTHER-MUCKER Lv.20 11#

Legenderer | Credits 138876   
Jika merasakan tidak sesuai dengan harga jangan dibeli.

albedah Lv.10 12#

Survivor | Credits 6496   
Bodoh  lepas tu tak laku... Lepas tu keji kita tak beli..

ayahibu85 Lv.7 13#

Revolutioner | Credits 1332   
Ade sesiap nak review tak? Tunggu gak kt thread  berbaloi tak kebuduhan tu hihihi

kotakbaju Lv.11 14#

Highlander | Credits 9692   
Minyak gorengan tu smpai dh bertukar warna nak hitam dah. Berapa kali guna la minyak tu ye. Lepas tu taruk cheese pulak. Benda gorengan makan skali dgn cheese tak ke muak jadinya.

Tapi memang mahal la harga popia tu ingatkan saiz besar macam shawarma tu ke, kalau size macam shawarma tu utk 3 biji harga sedemikian memang berbaloi le beli.

shernazz Lv.17 15#

Superior | Credits 58749   
Iols hari tu baru masuk pjj popia carbonara n popia big mac cheese...
Banyak betul bahan dia
Sampai skang tak.buat2 lagi..hahaha..

ADVERTISEMENT


fattymah Lv.9 16#

Adventurer | Credits 3000   
Kalau buat promo.. daun itew sgtlah layu kak
Nampak tak cantik

EeJun Lv.1 17#

Beginner | Credits 4   
Takde sape pun letak pisau kat leher kau suruh kau beli

kemaruk Lv.16 18#

Conqueror | Credits 41236   
laaa kalau mahal ko pergi la beli yang murah

kucingitam Lv.14 19#

Fighter | Credits 26461   
sape suruh komer beratur beli. kalo nengok  punyalah panjang beratur macam mati kalau tak makan tomyam dia... lepah tu komer komplen mahal.. ajenye ye..

cikdot Lv.10 20#

Survivor | Credits 5624   
takde kedai. self service. waiting time lama. makan pickup sendiri pun harga dah kayangan gitu.

kalau ada kedai nanti takleh imagine harga makanan dia berapa pulak. tapi ramai enabler dia ni sebab tu ada je demand. pernah gi foodcourt ipoh tu, panjang beratur hmm takpelah..makan mende lain lagi baloi dgn tempat panas sesak gitu
1234Next