Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 82500   
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta

Oleh Ilah Hafiz Aziz - Februari 5, 2026 @ 4:50pm

SETIAUSAHA NGO ditahan dan direman kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta. FOTO ihsan SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan penduduk di Asia Barat khususnya Gaza, Palestin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

BH difahamkan, siasatan awal mendapati suspek yang juga pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan itu antara 2022 hingga 2024.

Dia dipercayai meluluskan dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua syarikat lain bagi tujuan pelaburan.

"Siasatan mendapati dalam syarikat itu terdapat individu dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan.

"Siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO itu sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi misi kemanusiaan di Gaza," kata sumber itu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mahkamah Majistret Putrajaya juga membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat SPRM di hadapan Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
25.7K Views
46 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


BlackpingU Lv.8 2#

Honour | Credits 2606   
Jangan percaya lah geng2 NGO tunggang nama Palestine kutip derma

alesandra Lv.16 3#

Conqueror | Credits 48797   
Skrg ni nak derma pegi jela kt org palestin / gaza terus.kalo kt X tu byk je acc  yg ada link terus kt diorg mmg la still  kena third party tapi at least diorg boleh pantau.xyah dah derma2 kt ngo ni.tapi make sure acc tu tu betul2 legit tu je

ninja boy Lv.16 4#

Conqueror | Credits 46293   
NGO apa nama
Follow Us

Firenzza Lv.13 5#

Challenger | Credits 17392   
Dia ingat skrg mcm tahun 90an, transfer duit pun manual, loan keta pun manager blh approve

ZORRO5555 Lv.8 6#

Honour | Credits 2476   
NGO Yang mana 1?

silance Lv.8 7#

Honour | Credits 2055   
Wow, setaun unjung 2 jota.

Kalu buka business sendiri boleh ke untung macam tu?

ADVERTISEMENT


nurkasih74 Lv.9 8#

Adventurer | Credits 3655   
Edited by nurkasih74 at 6-2-2026 08:14 PM

Dah dpt info ngo mana? Cuba listkan ngo yg dah kantul
1. Cinta Gaza 4.2m

zafira Lv.11 9#

Highlander | Credits 9645   
Edited by zafira at 6-2-2026 09:00 AM

gila betul dia orang ni... patut kaya raya.. duit terus masuk poket.. tak takut dosa ke? makin menjadi-jadi.. kt rumah sebelah pendakwah terkenal... laki aku mati2 kata kena fitnah... aku like WHAT???.. hahahah... fitnah lah sgt..

chandrahusin Lv.12 10#

Defender | Credits 13906   
Quote: zafira replied at 6-2-2026 08:59 AM
gila betul dia orang ni... patut kaya raya.. duit terus masuk poket.. tak takut dosa ke? makin menja ...

kat ofis aku ada sorang
asal cerita org pakai kopiah kena dakwa
mula lah kata ni semua konspirasi nak menjatuhkan melayu & islam
aduhaii ptt la scammer penunggang agama berleluasa

Shayang Lv.10 11#

Survivor | Credits 5257   
Quote: ZORRO5555 replied at 5-2-2026 08:48 PM
NGO Yang mana 1?

Kat fb afiz ayub sebut Cinta Gaza

supernaturalee Lv.17 12#

Superior | Credits 56221   
Quote: Shayang replied at 6-2-2026 04:35 PM
Kat fb afiz ayub sebut Cinta Gaza

CInta duit gaza patutnya


yihhh sgt rider2 ni


MarryPottet Lv.13 13#

Challenger | Credits 15778   
Cinta Gaza under Nadir Al Nuri kan ni?
Nadir kat obersi kater nyer & balik nanti agaknya pegawai SPRM akan sambut di epot
NGO ni antara yg paling masyuk jumlah derma

cmf_jeangrey Lv.12 14#

Defender | Credits 12745   
Nama NGO x sebut, muka penyangak diblur..
Yg curi susu formula dan sardin utk anak2 kelaparan bukan main clear kau pampang muka dia..
No wonder jenayah kolar putih susah nk dibendung..semua takut nk expose


Sama mcm kes wanita kena sexual assault dlm lift..muka penyangak diblur, muka mangsa  dibiarkan exposed dlm media...iols cerca wartawan tu dlm komen...few months later pandai dah dia buat kerja..entah mana grad wartawan2 cabuk malaysia ni, benda simple mcm ni pun x boleh fikir

Shayang Lv.10 15#

Survivor | Credits 5257   
Quote: supernaturalee replied at 6-2-2026 05:13 PM
CInta duit gaza patutnya



Dah 2026 ni masih ada lagi ke yg menderma kat NGO?
Baik korang derma kat pibg sekolah laa

Udah2 la nak menderma kat lobai ke setazah bagai nih
Dorang nak buat kebaikan ke nak bina sek pondok ke apa kerja laa dan guna laa duit sendiri
Tak abis2 nak guna dana awam

ADVERTISEMENT


plywood Lv.12 16#

Defender | Credits 10872   
yes juta juta makan ... tp knp tak boroi ah .. ahaha

dani-rox Lv.18 17#

Master | Credits 79204   
Quote: cmf_jeangrey replied at 6-2-2026 05:38 PM
Nama NGO x sebut, muka penyangak diblur..
Yg curi susu formula dan sardin utk anak2 kelaparan bukan  ...

Kan? ai pon tak paham. Kalo tengok dlm berita tv... photographers beria2 ambik gambar, dikejar sampai dpt, mcm2 angle lah pendek kata - last2 muka di blur.

cmf_jeangrey Lv.12 18#

Defender | Credits 12745   
Quote: dani-rox replied at 6-2-2026 07:49 PM
Kan? ai pon tak paham. Kalo tengok dlm berita tv... photographers beria2 ambik gambar, dikejar sam ...

Kan..pastikan boss nampak, next year naik gaji

terma2nkondisi2 Lv.10 19#

Survivor | Credits 5756   
Edited by terma2nkondisi2 at 7-2-2026 01:56 AM
Quote: Shayang replied at 6-2-2026 04:35 PM
Kat fb afiz ayub sebut Cinta Gaza


laaa.. betul ke ni?

pindah dana ke dua syarikat lain bagi tujuan pelaburan.. individu2 dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan

individu2 tu pasti akan direman dan kalau betul cgm, nadir al-nuri sendiri pasti juga akan dipanggil sprm nanti

airfilterkotor Lv.15 20#

Gladiator | Credits 33891   


Ada ke jawatan setiausaha dalam pengurusan CG ni... dalam website takde pung.
Last Replies
More Isu Semasa
123Next