CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22404|Reply: 0

Presiden AS lancar laman web TrumpRX

[Copy link]
Post time 6-2-2026 12:07 PM | Show all posts |Read mode




WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam melancarkan laman web jenama sendiri,  TrumpRx  yang membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis ubat pada harga diskaun seperti ubat menurunkan berat badan dan merawat kemandulan.

Langkah itu sebahagian usaha Trump menangani kemarahan pengundi terhadap kos sara hidup tinggi menjelang pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat(AS)  pada November ini  di mana Parti Republikan pimpinan beliau berisiko kehilangan dominasi di Kongres.

“Bermula malam ini (semalam), berpuluh-puluh ubat preskripsi yang paling biasa digunakan akan tersedia pada harga diskaun ketara untuk semua pengguna.

“Rakyat Amerika telah lama membayar harga ubat tertinggi  dunia,  rakyat Amerika secara efektif menanggung subsidi kos ubat untuk seluruh dunia,” kata Trump dalam satu majlis di White House.

Menurutnya, gergasi farmaseutikal Eli Lilly dan Novo Nordisk  bersetuju untuk menawarkan ubat penurunan berat badan popular,  GLP-1 pada ‘diskaun drastik’ di  laman web tersebut.

Harga Ozempic Novo Nordisk akan dikurangkan daripada lebih AS$1,000 (RM3,960) kepada AS$199 (RM788) sebulan, manakala Wegovy Eli Lilly akan dipotong daripada AS$1,300 (RM5,148) kepada cuma AS$199, kata Trump.

Harga diskaun itu akan meningkat beransur-ansur selepas dua bulan, demikian menurut laman web tersebut.

Semasa pengumuman tersebut, seorang pegawai membawa seorang wanita ke atas pentas sebagai orang pertama menggunakan TrumpRx untuk mendapatkan ubat rawatan kesuburan pada harga berpatutan.

“Kita akan mempunyai banyak ‘bayi Trump’  dengan kos murah ini,” kata pentadbir Trump untuk Pusat Medicare dan Perkhidmatan Medicaid, Mehmet Oz semasa  memperkenalkan wanita itu.

Laman web ini dilancarkan dengan penjimatan untuk  lebih 40 ubat popular, kata White House. Pengguna boleh mencari ubat yang mereka mahukan, kemudian mencetak kupon dan menyerahkannya di farmasi untuk membeli pada harga diskaun. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.975691 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list