Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 139056   





Lelaki 67 tahun kena jel 12 tahun samun dua wanita warga emasTertuduh, Abd Khalid Hamid dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar diiringi anggota polis semalam selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun. - Foto NSTP/Aizat Sharif

KANGAR: Lelaki berusia 67 tahun dihukum penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam kerana menyamun dua wanita warga emas di Arau pada Disember dan bulan lalu.

Tertuduh, Abd Khalid Hamid dari Alor Setar kekal dengan pengakuan bersalah pada prosiding sebelum ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Abd Khalid didapati melakukan samun terhadap Hamiah Ismail, 83, dengan mengambil seutas rantai leher emas seberat 22 gram di sebuah rumah di Kampung Katong, Kurung Anai, Arau sekitar jam 11.30 pagi pada 27 Disember tahun lalu.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi pertuduhan kedua menyamun Siti Gayah Ahmad, 87, dengan mengambil seutas rantai emas bernilai RM7,000 di sebuah rumah di Kampung Changkat Kabu, Jelempok, Arau sekitar jam 5 petang pada 6 Januari lalu.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam Azira Aziz dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Azira dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah pun insaf dan tindakan dilakukan disebabkan desakan kesempitan wang dan tidak bertujuan hidup mewah.

Setelah mempertimbangkan hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, Sharifah Norazlita kemudian memutuskan agar tertuduh dikenakan hukuman selama 12 tahun bagi kedua-dua pertuduhan.


Rate
There are 1 People reward the building owner
32.5K Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


angio Lv.9 2#

Adventurer | Credits 4104   
apasal yg curi jumlah kecik senang jer mengaku bersalah berbanding mereka yg berpangkat, gaji ribu riban songlap juta2 selamba jer mengaku tak bersalah?
Walaupun the crime they did is consider daylight robbery?

ninja boy Lv.16 3#

Conqueror | Credits 46292   
Edited by ninja boy at 7-2-2026 08:21 PM

Emas itu apa jadi dijual ka dirampas ka,  adakah ia dikembalikan kpd pemilik atau polis ambil sbg brg kes pastu apa cerita emas itu
Kes2 lain spt rampasan duit cash jongkong emas brg beharga yg bernilai target

Skuau Lv.15 4#

Gladiator | Credits 34538   
Tiber kes ni pun..lawyer warga emas,pendakwa raya warga emas,hakim pun warga emas....Sudah..ni hal ongtua la...bebudak jgn msk campur....
Follow Us

Decaffeinated Lv.18 5#

Master | Credits 64540   
Quote: angio replied at 7-2-2026 08:09 PM
apasal yg curi jumlah kecik senang jer mengaku bersalah berbanding mereka yg berpangkat, gaji ribu r ...

jenayah kolar putih lebih kompleks untuk sabit kesalahan dan banyak ruang untuk putar.

ragazza Lv.4 6#

Keeper | Credits 527   
Quote: Skuau replied at 7-2-2026 09:40 PM
Tiber kes ni pun..lawyer warga emas,pendakwa raya warga emas,hakim pun warga emas....Sudah..ni hal o ...

Abam polis kiri kanan pun boroi

imanjannah Lv.12 7#

Defender | Credits 13522   
Oh pokcik pokcik

ADVERTISEMENT


cap_ayam Lv.12 8#

Defender | Credits 11266   
Eloklah pakcik masuk dalam, makan hari2 terjamin tak payah risau kelaparan. Sakit ada Dr tengok, mudah2an dapat berjemaah setiap waktu.

Tapi kesian la nenek dah lanjut sangat usia tu, kena samun pulak. Trauma nenek Semoga nenek takde apa2 kecederaan serius.

supernaturalee Lv.17 9#

Superior | Credits 56220   
12 tahun sebagai banduan


mintak diskaun

ada org tu dpt jekkk

All contents are displayed