Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 139066   

Sindiket 'Badul' kaut RM1 juta setahun hasil jual kuota warga asing tumpas, 9 ditahan

Antara dokumen perjalanan dan pas pekerjaan yang dirampas. - Foto ihsan Jabatan Imigresen Putrajaya


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan kegiatan sindiket 'Badul' yang mengaut untuk hampir RM1 juta hasil penjualan kuota pekerja asing kepada pihak ketiga.

Kegiatan mereka terbongkar susulan serbuan Ops Serkap dijalankan di sebuah premis sekitar Jalan Desa Pandan, di sini semalam yang membawa penahanan lapan lelaki Bangladesh dan seorang wanita Indonesia disyaki terbabit kegiatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata siasatan awal mendapati syarikat terbabit menyalahgunakan kelulusan kuota pekerja asing yang diberikan khusus untuk kegunaan syarikat sendiri dengan menjual, memindahkan dan mengagihkan tenaga kerja asing kepada pihak ketiga tanpa kelulusan pihak berkuasa.

"Setiap urusan dikenakan bayaran bermula RM3,000 ke RM8,000 bagi setiap permohonan, sekali gus memperlihatkan unsur komersialisasi dan pemerdagangan tenaga kerja asing secara terancang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, syarikat terbabit disyaki menyediakan surat cuti palsu kepada pekerja terbabit sebagai alasan untuk warga asing memperdaya pihak berkuasa sekiranya mereka ditahan ketika berada di kawasan lain, selain didaftarkan pada dokumen pekerjaan mereka.

"Syarikat ini juga menguruskan pembebasan pekerja asing yang ditangkap oleh pihak berkuasa dengan mengenakan bayaran tertentu, seolah-olah undang-undang boleh dirunding dan dibeli.

"Mereka turut bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pembaharuan pas kerja dan visa dengan bayaran tertentu, tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya mengesahkan sindiket itu aktif di seluruh Semenanjung.

Zakaria berkata, kegiatan sindiket mencerminkan satu bentuk penyalahgunaan sistem imigresen secara terancang yang menindas pekerja asing, selain turut mengancam kedaulatan negara.

Susulan serbuan itu, katanya pihaknya merampas masing-masing 20 keping pasport Indonesia dan Bangladesh, lima keping pasport Pakistan dan satu India.

"Turut disita, 497 keping i-Kad pekerja asing, 38 keping kad CIDB, wang tunai kira-kira RM13,000 dan pelbagai dokumen serta peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses permohonan pekerja asing secara tidak sah.

"Semua warga asing ditahan berusia 26 hingga 61 dihantar ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Menurutnya, dua pekerja warga tempatan yang berada di premis ketika serbuan diberikan notis hadir ke pejabat bagi membantu siasatan lanjut.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/02/1505836/sindiket-badul-kaut-rm1-juta-setahun-hasil-jual-kuota-warga-asing-tumpas
Rate
There are 1 People reward the building owner
51.5K Views
10 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 139066   

silance Lv.8 3#

Honour | Credits 2055   
"Syarikat ini juga menguruskan pembebasan pekerja asing yang ditangkap oleh pihak berkuasa dengan mengenakan bayaran tertentu, seolah-olah undang-undang boleh dirunding dan dibeli.
"Mereka turut bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pembaharuan pas kerja dan visa dengan bayaran tertentu, tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya mengesahkan sindiket itu aktif di seluruh Semenanjung.

-Yeeeaayyye, horay horay worey.

Menurutnya, dua pekerja warga tempatan yang berada di premis ketika serbuan diberikan notis hadir ke pejabat bagi membantu siasatan lanjut.
- warga tempatan kerja balaci, jadi orang suruhan pati bangla. Yeeeaayyye, horay horay worey.

Skuau Lv.15 4#

Gladiator | Credits 34538   
Edited by Skuau at 8-2-2026 08:29 AM

"Kita BANGLA suda kasi bodoh sama u worang Malaysia..tada 'rispik' sama u worang nigara punya law...bodoh Malaysia worang"- Bangla
Follow Us

Rdizz Lv.10 5#

Survivor | Credits 6133   
"kegiatan sindiket mencerminkan satu bentuk penyalahgunaan sistem imigresen secara terancang yang menindas pekerja asing, selain turut mengancam kedaulatan negara."

Tgk tu, jahat punya manusia, patut dihukum dgn hukuman berat. Dah lah buat salah undang2 negara org, tindas pekerja asing kerabat dia sendiri, kejam. Patut lah lambakan warga asing di negara kita, ada sindikit berleluasa, bagi rasuah dekat org dlm jugak agaknya selama ni, tu yg tak diserbu.

salmakhatun 6#

Post Banhammer | Credits -9   

bottombikini Lv.14 7#

Fighter | Credits 21989   
mesti badul bengkek
tak pasal2 nama dia terkait

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 8#

Challenger | Credits 17596   
Tunggu tangkapan pegawai Imigresen pula lepas ni.

Mesti link dengan orang dalam.

kucingitam Lv.14 9#

Fighter | Credits 26464   
hey..apsal guna nama badul hah.. tak tau ke bang badul hero 80an paling best tau tak.  

airfilterkotor Lv.15 10#

Gladiator | Credits 33891   
Perkara macam ni takkan terjadi kalau sekadar bertepuk sebelah tangan.
Pi la tengok orang dalam mana punya kerja yang kasi lepas dengan wang ringgit tu.

Memandangkan Ketua Pengarah Imigresen pun cakap isu ni mengancam kedaulatan negara (netijen dah lama sebut dah)... bawak-bawaklah ejas hukuman yang sediada tu.
Sebab yang ada sekarang tak cukup kuat untuk menakutkan pengkhianat negara ni.
Kasi keras lagi kalau boleh... biar anak bini kau ternanges dibucu katil.

Setakat tindakan tata tertib seperti pindah jabatan, turun gaji, buang kerja itu semua tidak akan melunturkan semangat mereka untuk terus melakukan kerja-kerja salah ditempat lain kelak.

Kalau tanya netijen... hukom gantung sampai mati jer. Mengancam kedaulatan negara.

shamsadis Lv.14 11#

Fighter | Credits 27321   
patut boleh open source maklumat pekerja asing yang masuk Malaysia, dari situ, Malaysia boleh trace dan semak silang

maklumat insuran, maklumat alamat majikan, benda2 ni ada Malaysia yang boring2, budak2 U buat assignment mereka akan tolong check...kalau ada keraguan, sah rasuah

All contents are displayed

Last Replies
More Isu Semasa