CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32765|Reply: 17

Datuk bandar di Korea Selatan cadang ‘import’ gadis Asia Tenggara untuk meningkatkan kadar kelahiran

[Copy link]
Post time 9-2-2026 02:35 PM | Show all posts |Read mode





SEOUL – Pentadbiran sebuah wilayah di Korea Selatan memohon maaf selepas seorang datuk bandarnya  mencadangkan mengimport wanita muda dari Asia Tenggara untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara itu.

Datuk Bandar Jindo, Kim Hee-soo  berkata minggu lalu bahawa kawasan pedalaman boleh menangani masalah penyusutan populasi dengan menggandingkan lelaki bujang dengan wanita yang dipujuk datang dari Vietnam atau Sri Lanka.

“Kita harus mengimport wanita muda dari Vietnam atau Sri Lanka supaya lelaki muda di kawasan luar bandar boleh mengahwini mereka,” katanya pada satu mesyuarat.

Kenyataan itu dikecam media tempatan dan mencetuskan tindak balas diplomatik termasuk  aduan rasmi daripada kedutaan Vietnam di Seoul.

Kerajaan wilayah Jeolla Selatan  yang menyelia daerah Kim berusaha untuk meredakan kontroversi yang memuncak pada hujung minggu lalu itu.

“Kami memohon maaf atas kenyataan tidak sesuai dibuat Datuk Bandar Jindo, yang menyakiti hati rakyat Vietnam dan wanita secara amnya.

“Perkataan ‘import’  yang digunakan Hee-soo melanggar maruah manusia dan menjadikan wanita sebagai objek,” kata seorang  jurucakap kerajaan pada Sabtu lepas sambil menambah, penggunaannya tidak wajar dalam apa jua keadaan’.

He-soo juga memohon maaf dan  mengaku bahawa beliau telah menggunakan perkataan yang ‘tidak sesuai’.

Korea Selatan mempunyai kadar kelahiran antara paling rendah di dunia, dan membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam usaha menggalakkan wanita mempunyai lebih ramai anak bagi  mengekalkan kestabilan populasi.

Beberapa unjuran menganggarkan bahawa pada kadar semasa, populasi Korea Selatan akan berkurangan hampir separuh kepada 26.8 juta orang menjelang akhir abad ini. – AFP

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
"Korea pun saiya ta mau abang,tableh suka buat apa,tableh rasuah"-Pompuan Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 02:40 PM | Show all posts
Masalah yang dihadapi penduduk di negara maju... orang tak mau ada anak ramai kerana kos mahal. Mana-mana negara yang sedang bergerak untuk mencapai negara maju ada problem ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 9-2-2026 02:40 PM
Masalah yang dihadapi penduduk di negara maju... orang tak mau ada anak ramai kerana kos mahal. Mana ...

MAHAL...nya kemajuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 02:48 PM | Show all posts
Kenyataan itu dikecam media tempatan dan mencetuskan tindak balas diplomatik termasuk  aduan rasmi daripada kedutaan Vietnam di Seoul.

See, negara lain baru cadangan pun dah mengamuk rakyat dia.  Tada serupa sini hari-hari pati masuk pun ada sunyum lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 02:57 PM | Show all posts
By the way ngapa srilanka?  Kalu dia cakap pilipin ndon, mesti sambutan overwhelming.
Sekarangpun ramai sebok buat vlog from Korea. Bukan main happy senyum nampak 30 gigi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2026 03:32 PM | Show all posts
ni kalau kat jepun, silap haribulan kena tembak macam sorang arwah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 04:05 PM | Show all posts
MASALAHNYA, KOREA KIMAK RACIST NI TAKKAN LAH NAK FOREIGNER ASIA ESP WARNA KULIT LEBIH GELAP JADI PASANGAN DIA KANNNNN....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 porem jangan suka dulu..

Kalau kat negara sendiri pon tak laku, ko ingat kat korea kelak ko akan tetibe jadi rebutan ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nakk ke lelaki korea kawin ngan asia tenggara ni.
Dorg tu sikit la pny racist. Hidung sendirik kemek pon p betulkan. Huhuhu.. soh menteri tu kawin dulu la vietnam sorg, sri lanka sorg.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 08:15 PM | Show all posts
Ayuh perempuan melayu yang tergilakan lelaki korea...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:35 PM | Show all posts
plywood: Masalah yang dihadapi penduduk di negara maju... orang tak mau ada anak ramai kerana kos mahal. Mana-mana negara yang sedang bergerak untuk mencapai n ...

ada saintis barat buat ujian pada tikus. sebijik sekarang kita ni semua jadi macma tikus tu.
mula mula berdua. pastu beranak pinak buat ramai. pastu jadi tak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 12:06 AM | Show all posts
“Kita harus mengimport wanita muda dari Vietnam atau Sri Lanka supaya lelaki muda di kawasan luar bandar boleh mengahwini mereka,” katanya pada satu mesyuarat.


Kenyataan ini pasti mendatangkan marah peminat KPop Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk filem Korea dh mcm filem Hindustan..nmpk elok je..tapi diluar beza sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajommmm Kpop Army semua .Terutamanya yg kepam kepam belengas tu .Ke Korea kita .
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer import org indonesia.
Diorg tu kan fanatik betul dengan org korea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 10-2-2026 07:35 AM
Cer import org indonesia.
Diorg tu kan fanatik betul dengan org korea

Kalau betul jadi la,

"negara tetangga pasti iri"

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 08:52 AM | Show all posts
sapo nak uiii

konek terpendek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:25 PM GMT+8 , Processed in 1.323333 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list