CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17495|Reply: 2

Elon Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh

[Copy link]
Post time 10-2-2026 12:45 PM | Show all posts |Read mode





MOSCOW: Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk mengumumkan yang SpaceX merancang untuk membina bandar di bulan dan Marikh dalam beberapa dekad akan datang, dengan tumpuan awal diberikan kepada satelit Bumi itu.

"SpaceX mengalihkan fokus kepada pembinaan sebuah bandar yang berkembang sendiri di Bulan, kerana kami berpotensi mencapainya dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, manakala Marikh akan mengambil masa lebih 20 tahun," kata Musk menerusi platform X, lapor Sputnik/RIA Novosti.

SpaceX juga menyasarkan untuk membina sebuah bandar di Marikh dan akan mula berbuat demikian dalam tempoh lima hingga tujuh tahun, katanya.

Musk berkata penerbangan ke Marikh hanya boleh dilakukan ketika planet-planet dalam Sistem Suria berada pada kedudukan sejajar iaitu setiap 26 bulan dan perjalanan itu sendiri mengambil masa enam bulan.

Pada masa yang sama, menurut usahawan AS itu, roket ke Bulan boleh dilancarkan setiap 10 hari dan perjalanan hanya mengambil masa dua hari, sekali gus membolehkan pembinaan bandar di satelit Bumi dilakukan dengan lebih pantas.

SpaceX ialah sebuah syarikat teknologi angkasa lepas yang diasaskan oleh Musk pada 2002.


Sumber: - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
buat la yang jahat2 pindah dok palmey lain bumi bagi yg baik2 dan yg suka keamanan je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
*planet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.981580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list