CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23670|Reply: 5

“Doakan Yang Terbaik, Saya Juga Berhak Bahagia” - Anna Jobling

[Copy link]
Post time 10-2-2026 03:11 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon jelita Anna Jobling berkata kemesraannya dengan aktor Indonesia, Karel Susanteo bukan lagi rahsia apabila dilihat memuat naik momen bersama di media sosial.

Memetik HibGlam, Anna juga mengakui ada bercuti bersama jejaka itu ke Amerika Syarikat bulan lalu yang turut disertai teman-teman dan keluarga.

Menurut Anna lagi, dia juga berhak untuk bahagia serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Kami bercuti di Amerika Syarikat tetapi bukan berdua. Bersama dengan teman-teman dan keluarga. Bila sudah penat bekerja sepanjang tahun ‘back to back’ jadi saya ambil masa untuk bercuti.

“Saya terbuka berkongsi momen bersama. Ia bukan lagi rahsia. Tetapi saya juga punya kehidupan privasi. Apa yang saya rasa saya nak kongsi saya akan kongsi. Tiada apa yang perlu saya malukan.

“Apa yang boleh saya katakan doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berhak untuk bahagia begitu juga dengan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Anna meluahkan rasa syukur denganr respon peminat yang merestui dan gembira melihat dia bahagia bersama jejaka berkenaan.

“Alhamdulillah. Apa yang kami mahukan adalah doa yang baik-baik daripada semua. Saya baca komen-komen peminat ada yang sangat ‘sweet’ tetapi ada juga yang tak setuju. Tetapi saya ‘ignore’ sahaja,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 04:40 PM | Show all posts
hensem tp muka mcm budak2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah, sape plak ckp ko tak layak bahagia.. statement lahai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm adik ngn akak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baka omputeh cepat tua elokla cari bf usia >5 tahun atas
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik anna dekat gambar atas tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.793156 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list