|
View: 24255|Reply: 5
|
Sultan Selangor titah jaga sensitiviti, rumah ibadat perlu dibina ikut garis panduan
[Copy link]
|
|
|
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sentiasa menekankan bahawa setiap rumah ibadat perlu dibina berdasarkan permohonan dan mendapat kelulusan sah daripada pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta mengikut segala perundangan dan garis panduan yang ditetapkan.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata selaku Ketua Agama Islam di negeri ini, Sultan Sharafuddin sentiasa mengambil berat sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama selaras dengan prinsip toleransi yang menjadi teras keharmonian masyarakat.
"Sebarang pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan yang sah yang membabitkan pencerobohan terhadap tanah kerajaan dan persendirian akan menimbulkan pertelingkahan antara penganut pelbagai agama yang akhirnya menyebabkan ancaman dan risiko keselamatan kepada negeri dan negara ini.
"Kerajaan dan PBT pula diingatkan supaya sentiasa meneliti setiap permohonan pembinaan rumah ibadat agar diproses secara telus, adil dan tersusun tanpa mengetepikan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
"Aspek pemantauan juga perlu sentiasa dilakukan oleh pihak berkuasa agar pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di tanah-tanah kerajaan dan tanah persendirian dapat dibanteras dan dikawal," katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata, baginda turut menegaskan agar isu pembinaan kuil tanpa kebenaran ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak sejak sekian lama dan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.
Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan pembinaan mana-mana rumah ibadat yang dibina tanpa mengikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Beliau berkata, pendirian tegas Kerajaan Persekutuan adalah selari dengan prinsip dan pendekatan yang sentiasa ditekankan Sultan Selangor iaitu memastikan setiap pembangunan yang dijalankan adalah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan tadbir urus yang baik.
" erkara ini juga harus dipatuhi dalam setiap pembinaan dan pembangunan rumah-rumah ibadat khususnya kuil-kuil Hindu agar ia dilaksanakan dengan teratur dari aspek perundangan dan selaras dengan perancangan bandar yang mampan dan terancang," katanya.
Mohamad Munir berkata, statistik pembinaan kuil tanpa kebenaran itu juga sudah disembah maklum kepada Sultan Sharafuddin, iaitu
membabitkan 388 kuil dibina di tanah milik kerajaan dan 299 kuil dibina di atas tanah milik persendirian.
"Jumlah kuil tanpa kebenaran ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi masyarakat India beragama Hindu sekitar 11.3 peratus di Selangor.
"Ia tidak mengambil kira jumlah kuil di seluruh Selangor yang didirikan secara sah serta mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri Selangor," katanya.
Sumber – BH |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
680 lebih kuil haram kat selangor bayangkan 60 pum dah banyak ni 600 lebih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ha .. bagus counter balik apa si loyar buruk ngan sangam apa entah tu kata..
jaga sensitiviti...
in the first place ikut undang2. itu yg terbaik utk jaga sensitiviti..
bukan ikut telunjuk.
boleh lak dia sound PMX .. jaga sensitiviti kaum.. sebab PMX suruh bersihkan rumah ibadat haram
Hoi.. tokong cina lek2 je kena roboh takde meleret2 claim tanah free.. kuil hindu kemain degil. Konon 100 tahun usia kuil.. google gambo satellite image 20 tahun lepas pon tanah lapang kawasan tu.. mende nak kelentong entah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adm7 at 11-2-2026 11:28 AM
Daulat Tuanku.
Patik menjujung kasih titah tegas tuanku dalam menangani masalah yang kian membarah ni.
Sekian lama rakyat Beragama Islam dan bumiputera marhaen memendam rasa dan menahan amarah terhadap perilaku biadap bangsa bukan bumiputera.
Semoga rakyata sedar negara Malaysia ini bertuan. Status warganegara bukan tiket untuk berlaku biadap dan membelakangkan perlembagaan dan sejarah.
Harap semua sultan dan raja melayu dapat beri titah yang lebih tegas untuk isu-isu semasa terutama melibatkan hal-hal perlembagaan, kedudukan agama Islam, kedudukan orang melayu&bumiputera, bahasa melayu, tanah rezab melayu/bumi lot.
Kebanyakan pemimpin melayu penakut utk bersuara. Mungkin takut hilang undi, imbuhan dan pencen. Setiap amanah dan tanggungjawab akan disoal di akhirat nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daulat tuanku.
Titah penegasan dari tuanku sangat kami rakyat marhaen sanjungi
PEMBINAAN RUMAH IBADAT: SEMUA PIHAK WAJIB PATUHI UNDANG-UNDANG DAN JANGAN POLITIKKAN ISU AGAMA - SULTAN IBRAHIM
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum.
Seri Paduka Baginda, bertitah Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian, dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.
Titah Seri Paduka Baginda, setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai-nilai berkenaan demi kepentingan bersama.
Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan semua pihak wajib mematuhi undang-undang yang termaktub, termasuk dalam perkara berkaitan penggunaan tanah serta pembinaan rumah ibadat.
Isu pembinaan kuil, titah Seri Paduka Baginda, hendaklah ditangani mengikut peraturan dan saluran undang-undang yang sama seperti pembinaan masjid, gereja dan tokong.
Sultan Ibrahim mengimbas kembali pengalaman Baginda pada Januari 2018 apabila Seri Paduka Baginda bertindak sebagai pendamai dalam menyelesaikan isu perobohan sebuah kuil di Johor secara baik, berhemah dan berlandaskan undang-undang.
"Saya sendiri menyelesaikan masalah berkenaan secara baik serta menasihatkan semua pihak yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam.
"Agama Islam menekankan prinsip saling hormat-menghormati antara sesama manusia, dan Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing.
"Penganut agama lain juga wajar menunjukkan sikap hormat terhadap Islam. Pendekatan saling menghormati ini penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan budaya.
"Oleh demikian, apabila timbul sebarang isu berkaitan pembinaan kuil atau rumah ibadat, semua pihak hendaklah memahami serta menghormati undang-undang negara, di samping menyelesaikan perbezaan menerusi saluran yang sah demi mengekalkan keharmonian, toleransi dan semangat muhibah," titah Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YB Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, di Istana Negara pada hari ini (11 Februari).
Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menimbulkan salah faham, perpecahan serta menggugat keamanan negara.
#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|