|
View: 25876|Reply: 10
|
Syor pilihan raya PBT: ‘Jangan takut.. kajian dibuat UIAM, bukan DAP’ – Hannah Yeoh
[Copy link]
|
|
|
Kajian mengenai kemungkinan pelaksanaan pilihan raya bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan inisiatif DAP, sebaliknya dilakukan oleh sebuah universiti awam terkemuka.
Menurut laporan BH Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata bahawa kajian itu dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut beliau, kajian berkenaan telah bermula sejak Disember tahun lalu di bawah pengurusan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Wilayah Persekutuan.
“Saya sudah jelaskan bahawa di peringkat ini, ia (masih) di peringkat kajian. Kenapa kita buat kajian? Kerana ada rang undang-undang persendirian yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dalam sidang Parlimen yang lalu.
“Jadi kajian ini bukan dilaksanakan sekarang, kajian ini berlangsung sejak Disember (tahun lalu), semasa mantan Menteri Wilayah.
“Jangan takut, kajian ini dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa, ia universiti terkemuka, jadi kajian ini bukan dilakukan oleh orang DAP, ini adalah Universiti Islam Antarabangsa,” katanya.
Hannah berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.
Sementara itu, beliau menjelaskan masih belum menerima hasil kajian berkenaan dan sedang menunggu sebelum membuat keputusan sama ada Jabatan Wilayah Persekutuan perlu meminda akta, dengan kertas Kabinet akan disediakan untuk dimaklumkan kepada Jemaah Menteri selepas itu.
“Pada masa ini, adalah pramatang untuk komen kerana proses kajian sedang dilaksanakan,” ujarnya menegaskan bahawa terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan atau mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai cadangan tersebut.
Sebelum ini, Hannah memaklumkan bahawa sejak Disember lalu, UIAM sedang menjalankan kajian berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu kota, termasuk proses pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Sumber: BH Online (Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau uiam, research jenis ni under fakulti ape?
kuliyyah human sciences? development sociology?
or aikol, under law?
atau kuliyyah lain, or thesis?
mohon kaka hannah jawab, time kaceh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaum melayu paling ramai tinggal di KL. Kenapa perlu risau? Atau kaum melayu tu masih belum tukar tempat mengundi mereka di kelantan? 
Kepada pengundi-pengundi isle pas, eloklah tukar alamat mengundi untuk mengPASkan KL, instead of balik mengundi di kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhh guna unibersiti Islam jatuhkan Islam
Tak mau research Babi Haram dan Kuil Haram?
dan juga pendatang haram dari China?
mohon juga buat research napa PMX dipergunakan oleh DAPig
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju buat je Pilihanraya PBT, jadi kita boleh pilih Ahli Majlis.
Sekarang ini Ahli Majlis adalah lantikan politik, banyak tak buat kerja, kuasa diberikan pada ADUN/YB.
Jadi alat politik dan ganjaran kepada penyokong dia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm la org tak tau..Wayang nak kasi ummah Melayu lembut kononnya. Guna nama Islam. Cuba letak consultant cinapek, ko rasa dia berani bg statement "Jangan takut" ni...??? Prfff.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 10-2-2026 11:20 PM
tungkai replied at 10-2-2026 10:06 PM
Mcm la org tak tau..Wayang nak kasi ummah Melayu lembut kononnya. Guna nama Islam. Cuba letak consul ...
Ekceli la I rasa ok je pilihanraya mcm ni. Bagi non-Malay tu pecah kepala skit mentadbir bandar-bandar ni. Kawan iols keje majlis, kalau taman-taman non-Malay ni diorg la paling liat nak bayar cukai pbt, siap tak reti beza cukai tanah dgn cukai pbt, tapi terpaling la demand nk itu ini. Ahli majlis diorg pun mcm kurang ajar. Paling best kwn iols tu citer, pokok tanah sebelah tumbang masa ribut kena kt rumah kawan tu, terus nk mintak pbt ganti rugi sbb tak potong pokok katenye, pdhal pokok tu dlm tanah org. Tiang kena langgar pun salahkan PBT. Dah ada kes org kene gigit anjing protes tak bagi tangkap anjing liar. Pening wei. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 10-2-2026 11:18 PM
Ekceli la I rasa ok je pilihanraya mcm ni. Bagi non-Malay tu pecah kepala skit mentadbir bandar-ba ...
Tak pernah dgq menda2 mcm ni.. minta yg bkn2 .. so kiranya deme rajin ngelak cukai je la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 11-2-2026 07:27 AM
ape lah Gov Madani ni
lantik Univ. Gomen buat kajian dah kenaper
pensyarah2 depa masing2 mgkn ada 1 phd jer
lantik ler mereka2 yg berkaliber
cth yg berkaliber ;
porumer2 cari kat benang ni
tengok komen porumer2 cari kat benang ni..
aku rasa
koman2 porumer2 cari kat benang ni at least masing2 ada 30 phds
aku rasa porumer2 cari ni pon keje hebat2
cuma x nak tunjuk jer
aku rasa masing2 mgkn penah jadik
1. DO
2. bekas menteri
3. bekas Datuk bandar Shanghai, Tokyo, Bangkaok, Jakarta, NY
4. bekas hakim
5. ada background law (tp mgkn tipu sbb bodo sebenarnya : kantoi sbb mintak muntri komen sblm mahkamah)
6. bekas ketua pengarah kat gov agency
btol taks?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab melayu insecure. ko guna consultant paling neutral pun dia akan persoal bila tak memihak pada dia. kalau guna nama Islam biasa dia takut sikit lah nak bangkang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|