Bersuamikan juruterbang, Misha Omar, 44, menolak menggunakan 'kabel' demi memastikan anak sulung, Muhammad Adam Emir, 20, lulus proses temuduga menjadi pramugara.
Misha berkata, dia memastikan Adam menempuh pengalaman seperti calon lain, iaitu proses temuduga sebagai kru kabin.
"Ketika saya bawa Adam ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang hadir tanya kenapa kami tidak gunakan 'kabel' sedangkan suami saya juruterbang.
"Kami tidak mahu sebab bapanya hendak Adam rasa keperitan hadiri temu duga. Biar dia rasa macam mana beratur dengan ratusan calon yang lain.
"Kami hendak dia rasai pengalaman ketika proses temuduga," katanya pada majlis pelancaran video muzik single terbaharu, I don't Love You Anymore (IDLYA) di sini, hari ini.
Misha berkata, Adam bagaimanapun gagal pada sesi temuduga pertama selepas anak bujangnya itu gagal mematuhi syarat berat badan.
Namun, katanya, Adam tidak berputus asa, sebaliknya, gigih menurunkan berat badan.
"Adam tidak kecewa pun, sekarang dia sedang dalam fasa mencabar diri untuk mendapatkan berat ideal.
"Setakat tiga hari menjaga makan, dia sudah berjaya turunkan hampir tiga kilogram (kg), iaitu dari 80 kg kepada 77.2 kg," katanya.
Misha yang popular dengan lagu Pulangkan mengakui mencadangkan Adam mencuba nasib sebagai pramugara tetapi tidak menyangka anak bujangnya itu bersetuju.
"Sebagai ibu, saya akan sentiasa sokong apa sahaja pilihannya. Tetapi, kalau boleh, saya mahu sesuatu yang mampu bertahan lama.
"Saya seronok tengok kesungguhan dia turunkan berat badan. Insya-Allah, dia akan mencuba lagi untuk temu duga yang lain," katanya.
Post time 11-2-2026 11:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sendawg replied at 11-2-2026 11:41 AM
Misha dulu2 aku tak berkenan but sejak 40 series ni emmmm. MIILFFFFF
Bagi i dia in person lawa... Bukan jenis yg muka lawa nakmampos tapi sedap mata memandang. Plus dia tak kekwat. Harga dia charge untuk event pon reasonable
Post time 11-2-2026 12:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mana boleh iv steward pakai cable nook..kan semua tu perlukan skill.masa training tu mcm2 kelas kan ada..ni bukan keja opis nak pakai cable.. biasa kerja yg memerlukan skill & fitness ni mmg kena go tru iv.. mcm iv cikgu tuu la..xfit kn mmg xboleh jd cikgu dekat maktab.