|
View: 28700|Reply: 9
|
Hampir 1 juta kenderaan masuk ke Kelantan sempena Tahun Baru Cina, awal Ramadan
[Copy link]
|
|
|
Kota Bharu : Hampir satu juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan awal Ramadan ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jumlah kemasukan kenderaan tahun ini meningkat memandangkan cuti perayaan Tahun Baru Cina bersama dengan awal Ramadan.
Katanya, polis juga sudah mengenal pasti laluan 'hot spot' kemalangan dan kesesakan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan.
"Umum tahun memandangkan Tahun Baru Cina sekali dengan awal Ramadan, sudah tentu kemasukan kenderaan ke Kelantan adalah tinggi dan dijangka hampir satu juta.
"Ini kerana kebanyakan rakyat Kelantan suka pulang ke kampung pada awal Ramadan untuk mengambil peluang berbuka bersama keluarga.
"Justeru, sempadan Op Selamat yang berlangsung Ahad ini sehingga Jumaat depan, kita akan memfokuskan kawasan tertentu terutama di Gua Musang kerana banyak laluan sedang dalam pembinaan.
"Kita akan menempatkan anggota yang lebih ramai di lokasi berkenaan bagi memastikan trafik lancar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Katanya, pencapaian Op Selamat Tahun Baharu Cina tahun lalu menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan bagi kontinjen Kelantan.
"Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya berjaya dikurangkan daripada 252 kes kepada 228 kes, iaitu penurunan sebanyak 10 peratus.
"Lebih membanggakan, kemalangan maut menurun daripada lapan kes kepada hanya kepada tiga kes, bersamaan penurunan 63 peratus.
"Selain itu, tiada kemalangan parah dan tiada kecederaan parah direkodkan sepanjang operasi. Pencapaian ini jelas mencerminkan keberkesanan perancangan, komitmen serta kehadiran proaktif pegawai dan anggota di lapangan," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan cari pon makin rajin bukak thread dan up thread sendiri
Mr liew dah marah ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yayyyy key ell kita pigang kata abdulla sama rehman |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampah dibuang keluar tingkap kereta |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat2 terkejut  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 12-2-2026 09:42 AM
Golongan pendatang balik kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempena cny dan ramadan, sila soping brg stok seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun Baru Cina adalah masa untuk menanam azam baharu lepas perayaan tersebut manakala, Ramadan di samping Raya Puasa adalah masa untuk menanam azam baharu lepas sambutan Aidilfitri, tanpa perlu menunggu Tahun Baru dan Awal Muharram. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bersihnya dalam gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|