Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1099975   


Gambar hiasan | Bernama

PHNOM PENH: Seorang lelaki berusia 30 tahun dari wilayah Kampot di barat daya Kemboja disahkan positif selesema burung H5N1, sekali gus menjadi kes pertama tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Sabtu, lapor Xinhua.

“Lelaki itu mengalami gejala demam, batuk dan sakit perut,” menurut kenyataan itu.

“Dengan rawatan rapi oleh pasukan doktor, pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada 14 Feb.”

Mangsa tinggal di Kampung Meanrith, daerah Tuek Chhou.

Siasatan mendapati terdapat ayam mati di rumah pesakit dan ayam berkenaan dimasak tiga hari sebelum beliau jatuh sakit, menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan memeriksa sebarang kes disyaki atau individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa bagi mencegah penularan dalam komuniti.

Tamiflu (oseltamivir), ubat antivirus bagi mencegah selesema burung daripada merebak, turut diagihkan kepada individu yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa, menurut kenyataan itu. — Bernama


Sumber : Suara Sarawak
21.5K Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch