Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1051615   
Edited by Vellfire at 27-3-2026 07:55 AM
ASSALAMUALAIKUM  & SELAMAT DATANG
KE RUMAH BOD BORNEO
Terima kasih kerana sudi singgah
Rumah poret (ahli mesyuarat tingkap)
Kita sembang-sembang santai
Review drama, berita, bebel dan lain2






37.6K Views
1994 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


seribulan Lv.24 2#

Super Moderator | Credits 908510   
Eh tercheck in no syahtuu

Vellfire Author 3#

Super Moderator | Credits 1051615   
Quote: seribulan replied at 21-2-2026 08:42 PM
Eh tercheck in no syahtuu

TQ moon..

singgah2lah selalu..

kita tolak uduh2 jer bak kata dik @Tashu  

Vellfire Author 4#

Super Moderator | Credits 1051615   
ehh magik tul.. semua aku tag lekat..

selalu kelabu asap
Follow Us

Vellfire Author 5#

Super Moderator | Credits 1051615   
Pesakit buah pinggang redah banjir demi rawatan di Lundu
Februari 21, 2026, Sabtu - 7:51pm



Nelson (berdiri) bersama tiga lagi pesakit buah pinggang menaiki perahu untuk pulang ke rumah selepas menjalani rawatan di Lundu.

LUNDU: Lima pesakit buah pinggang dari Kampung Selampit terpaksa meredah air banjir bagi mendapatkan rawatan hemodialisis di Hospital Lundu hari ini, susulan laluan utama kampung ditenggelami air sejak semalam.

Salah seorang pesakit, Nelson Daloy, 43, berkata, beliau bersama beberapa pesakit lain memulakan perjalanan seawal jam 8.30 pagi dengan berjalan kaki meredah banjir demi memastikan rawatan tidak terlepas.

Menurutnya, rawatan hemodialisis yang dijalaninya bermula jam 11 pagi hingga 3 petang dan tidak boleh ditangguhkan kerana melibatkan jadual tetap sebanyak beberapa kali seminggu.

“Kami tiada pilihan. Walaupun dalam keadaan banjir rawatan mesti diteruskan. Kalau tidak, ia boleh menjejaskan kesihatan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Lebih menyentuh hati, pesakit warga emas terpaksa diangkat menggunakan troli yang diubah suai sendiri oleh penduduk kampung bagi membolehkan mereka melalui kawasan yang dinaiki air.

Nelson berkata, keadaan tersebut bukan sahaja memenatkan, malah berisiko memandangkan arus air yang kadangkala deras dan permukaan jalan yang tidak kelihatan.



Salah seorang pesakit buah pinggang warga emas diangkat menggunakan troli meredah air banjir untuk ke Lundu bagi rawatan.

Justeru, beliau berharap agar pihak berkuasa, khususnya pasukan penyelamat seperti bomba, dapat menyediakan bantuan perahu ketika musim banjir bagi memudahkan pesakit berulang-alik ke hospital.

“Kalau ada bantuan perahu, sekurang-kurangnya pesakit tak perlu meredah air. Lebih selamat, ” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap projek pembinaan jambatan Kampung Selampit yang sedang dilaksanakan dapat dipercepatkan bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai, terutama ketika musim tengkujuh.

Menurutnya, buat masa ini penduduk masih bergantung kepada perkhidmatan perahu tambang yang beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja, sekali gus menyukarkan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu tersebut.

Nelson memaklumkan rawatan seterusnya dijadualkan pada Selasa ini dan beliau berharap keadaan banjir akan pulih sebelum itu agar perjalanan ke hospital menjadi lebih mudah.


Sumber : Utusan Borneo

Vellfire Author 6#

Super Moderator | Credits 1051615   
Insentif RM60,000 untuk 20 atlet pekak Sarawak raih 20 pingat pada SOPMA 2025
Februari 21, 2026, Sabtu - 8:23pm



Fatimah (belakang, tengah) bersama tetamu lain merakamkan kenangan bersama atlet pekak Sarawak yang menerima insentif masing-masing setelah mencapai kajayaan pada SOPMA 2025.

KUCHING: Kontinjen Sarawak menerima insentif berjumlah RM60,000 selepas 20 atlet pekak negeri ini berjaya meraih 20 pingat iaitu sembilan emas, empat perak dan tujuh gangsa pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 Sarawak.

Pencapaian pada sukan yang diadakan Julai 2025 itu sekali gus membolehkan Sarawak mengekalkan kedudukan naib juara keseluruhan dalam kalangan 14 negeri yang bertanding.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pemberian insentif tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Sarawak terhadap usaha gigih serta pencapaian cemerlang atlet anak negeri.

“Saya amat berbangga kerana kontinjen Sarawak berjaya mengekalkan kedudukan naib juara dalam kalangan 14 negeri yang bertanding.

“Insentif ini adalah sebagai penghargaan atas komitmen dan pengorbanan atlet sepanjang temasya berlangsung,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Pemenang SOPMA Ke-22 Sarawak di sini, hari ini.

Fatimah berkata, insentif itu diharap menjadi pemangkin semangat kepada atlet untuk terus meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan di peringkat kebangsaan, ASEAN, Asia Pasifik mahupun di pentas antarabangsa seperti Deaflympics.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas kelulusan peruntukan insentif berjumlah RM399,000 kepada semua 14 negeri yang memenangi pingat pada temasya berkenaan.

“Keprihatinan itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan sukan inklusif termasuk sukan untuk komuniti pekak,” ujarnya.

Fatimah turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Sarawak melibatkan pasukan tenpin boling, badminton, olahraga, orienteering dan futsal atas kejayaan membanggakan tersebut.

Beliau berharap kecemerlangan sukan dapat diseimbangkan dengan pencapaian akademik demi melahirkan atlet yang berdaya saing dan berkualiti.

“Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dengan lebih gigih dalam menghadapi SOPMA XXIII. Tingkatkan disiplin, kekalkan fokus dan terus berusaha untuk membawa pulang lebih banyak pingat demi mengharumkan nama Sarawak,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Vellfire Author 7#

Super Moderator | Credits 1051615   
sbh - Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,768 orang

swk - Insentif RM60,000 untuk 20 atlet pekak Sarawak raih 20 pingat pada SOPMA 2025



ADVERTISEMENT


Vellfire Author 8#

Super Moderator | Credits 1051615   
Lelaki rugi RM1,500 ditipu beli telefon bimbit dalam talian di Lawas
Utusan Sarawak  23 mins ago



GAMBAR hiasan.

LAWAS: Lelaki tempatan mengalami kerugian sebanyak RM1,500 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian telefon bimbit secara dalam talian, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC), Bukit Aman menerima panggilan daripada pengadu yang memaklumkan dirinya telah ditipu.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi apabila mangsa melayari laman sosial dan tertarik dengan satu iklan jual beli telefon bimbit.

“Pengadu kemudian membuat satu transaksi kewangan sebanyak RM1,500 untuk urusan pembelian telefon bimbit berkenaan. Namun selepas pembayaran dibuat, barangan yang dijanjikan tidak diterima.

“Pengadu telah membuat laporan kepada NSRC melalui talian 997,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihak polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Sumber : Utusan Sarawak

TTun_Teja Lv.20 9#

Legenderer | Credits 183653   
Tumpang

- check in-

Salam Ramadan al mubarak


Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

Vellfire Author 10#

Super Moderator | Credits 1051615   
Quote: TTun_Teja replied at 21-2-2026 09:27 PM
Tumpang

- check in-

salam dan selamat berpuasa utk teja n family..


Vellfire Author 11#

Super Moderator | Credits 1051615   

Vellfire Author 12#

Super Moderator | Credits 1051615   

Vellfire Author 13#

Super Moderator | Credits 1051615   
nak tepek gambar makanan kat sini..

tapi saya suka lagi ada benang khas.. mcm belek album..

ada nak ubah tak? nak letak 5-8 keping sehari?

min 5 max 8.. contoh

sempena bulan puasa ni banyak pulak gambar makanan/kuih muih

Vellfire Author 14#

Super Moderator | Credits 1051615   

Vellfire Author 15#

Super Moderator | Credits 1051615   

ADVERTISEMENT


Vellfire Author 16#

Super Moderator | Credits 1051615   

yangsemb Lv.22 17#

TheBigBoss | Credits 683877   
Check In Rumah Baruuu

TTun_Teja Lv.20 18#

Legenderer | Credits 183653   
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

tari Lv.22 19#

Moderator | Credits 1108335   
masuk

tari Lv.22 20#

Moderator | Credits 1108335   
1234.. 100Next