CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17745|Reply: 5

[Tempatan] Berbaloi bida tapak Bazar Ramadan RM23,000

[Copy link]
Post time 22-2-2026 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nurul Fatihah Sulaini
[email protected]
Disiarkan pada: Februari 21, 2026



ARSYALIEAZA melayan permintaan pelanggan di Bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja, Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini.


Besut : Keputusan berani seorang peniaga sanggup membayar RM23,000 untuk mendapatkan tapak pertama dan kedua di Bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja melalui proses bidaan Majlis Daerah Besut (MDB) ternyata membuahkan hasil pulangan yang lumayan.

Arsyalieaza Arsad, 42, atau lebih dikenali sebagai 'Kak Lom' berkata, dia mencuba nasib berniaga di bazar Ramadan berkenaan tahun ini bagi mencari pengalaman baharu.


Katanya, pada Ramadan sebelum ini, dia berniaga di Bazar Ramadan Bukit Kenak dan pada bulan lain dia berniaga di 14 lokasi pasar malam seluruh Besut secara bergilir dalam tempoh seminggu.

"Tahun ini persaingan untuk mendapat tapak bazar Ramadan agak sengit kerana sejak dari awal tular isu peniaga serbu MDB semata-mata mahu berebut membeli borang," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja, di sini, semalam.



Ibu kepada empat anak ini berkata, sudah menjadi kelaziman tapak pertama, kedua, ketiga serta keempat di Bazar Ramadan Kota Putera perlu melalui proses bidaan dengan harga permulaan bidaan RM1,000 satu tapak kerana ia menjadi tapak idaman kepada setiap peniaga.

"Sebelum ini difahamkan bidaan paling tinggi untuk tapak di situ sekitar RM6,000 sahaja namun tahun ini mencecah puluhan ribu.

"Sebenarnya hanya dua pembina sahaja yang berusaha untuk mendapatkan tapak itu saya serta seorang peniaga menjual makanan yang sebelum ini sudah empat tahun berniaga di lokasi berkenaan," katanya.



Katanya, tapak pertama berjaya dibida dengan harga RM 10,000 dan tapak kedua dengan harga RM 13,000 menjadikan keseluruhannya berjumlah RM 23,000.

"Sebagai permulaan saya hanya menjual 15 jenis air sahaja untuk melihat sambutan pelanggan berbanding 40 jenis air di bazar Ramadan sebelum ini.

"Air yang sering menjadi pilihan pelanggan selalunya air Aroikah serta Biscoff namun banyak lagi pilihan air lain dengan harga antara RM1 hingga RM5 satu bekas atau plastik," katanya.

Katanya, rahsia air balangnya sering menjadi pilihan pelanggan adalah kerana rasa airnya yang pekat kerana dibancuh secara berperingkat.

"Saya tidak suka bancuh air dalam kuantiti banyak sekali gus untuk memastikan rasa airnya tidak berubah sehingga berbuka puasa.

"Pada hari pertama Ramadan sambutan sangat menggalakkan dan saya membancuh air sebanyak enam kali sebelum berhenti sekitar jam 6 petang.

"Melihat sambutan pada hari pertama serta kedua, saya jangka dalam tempoh seminggu mampu mendapat semula pulangan modal bidaan tapak ini," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2026 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 22-2-2026 05:19 PM

Takpo la melayu tindas melayu pon..janji samo2 isle






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak juga duit dia mampu membida tapak sehingga 10k...

Alhamdulillah...

Orang meniaga kalau rajin memang lumayan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 06:18 PM | Show all posts
kalo Hanna Yeoh wat Bazaar KL style bida

dan

tapak pertama & kedua RM40,000

agak2..

Pee End & PES & Kemal Umngok hantam kaw2 DAP taks?

porumer cari hantam Hanna kaw2 tak?

tuduh Muntri DAP tindas melayu tak?   
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 08:37 PM | Show all posts
kelate rm60 jah, murtabak rm4 jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sales paling kurang kena dpt 2k sehari ....klau x jd meniaga buluh kasap la jwbnya.....tp yg paling untung pbt la....modal khemah & pacit rela untung atas angin ratus riban
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.203788 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list