CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14483|Reply: 2

[Tempatan] Jangan tertipu dengan sarung tangan hitam peniaga bazar

[Copy link]
Post time 22-2-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh KOSMO!
22 Februari 2026, 3:48 pm


Grafik yang dikongsikan oleh PHM di media sosial berkenaan gerai yang perlu dielakkan ketika mengunjungi bazar Ramadan.



PETALING JAYA – “Jangan tertipu dengan sarung tangan hitam. Kalau sarung tangan pegang makanan, pegang duit, pegang kain lap, itu bukan bersih, itu pindah kuman dari satu benda ke satu benda”.

Demikian pesanan oleh Public Health Malaysia (PHM) mengenai ‘tanda-tanda’ yang perlu dielakkan ketika mengunjungi bazar Ramadan.



Menurut PHM, bahaya (penyediaan makanan) selalunya tidak kelihatan kerana ia sering dilihat sebagai perkara kecil yang biasa dilakukan.


“Kita ingat cirit-birit sebab makanan pedas atau salah angin. Tapi banyak kes bermula dengan perkara paling kecil, kain lap hitam, tangan yang sama, ais yang kotor, barang kemas besar yang memerangkap kotoran.

“Kalau tengah hari makanan dah siap terhidang, itu tanda ia dah lama terdedah suhu bilik. Bila lama sangat, bakteria mudah membiak dan makanan yang nampak elok boleh jadi punca cirit-birit malam nanti,” pesan PHM di media sosial.


Keadaan tong ais juga tidak seharusnya dipandang ringan menurut PHM kerana jika berdaki, ais pun boleh menjadi pembawa kuman.

“Kalau anda sayang perut sendiri dan anak-anak, pilih gerai yang masak depan mata, makanan ditutup dan ais dari tong bersih.

“Tangan berasingan untuk duit dan makanan, kain lap diganti selalu, dan peniaga tak kendali makanan dengan cincin dan gelang besar,” tambah PHM. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingat kat sorang senior ni.. somi dia panggey dia peyut india sbb dia makan apa2 pun tak sakit..

Kenalan iols pulak dari minggu lepaih sakit cirit.. tatau la peyut sensitip ka sbb gerai tu yg tak bersih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cincin dan gelang yg dipakai tangan kiri buat cebuk berak kencing ada sisa najis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.639498 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list