Edited by JoyahMengayah at 26-4-2026 01:06 AM
Sambungan drama khas Kilaun Emas....
KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mengakui masih terdapat segelintir pihak yang cuba menawarkan bayaran tidak masuk akal untuk sesebuah persembahan.
Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 57, berkata dia pernah ditawarkan bayaran serendah RM1,500 bagi menyanyikan banyak lagu dalam satu majlis istimewa.
"Jangan terkejut, masih ada lagi (tawaran harga tidak munasabah). Dia minta banyak lagu dengan bayaran RM1,500 untuk hari istimewa," katanya.
Katanya, dia tidak teragak-agak untuk menolak tawaran sedemikian kerana menganggap ia sebagai satu penghinaan terhadap nilai seseorang artis lama.
"Kalau ada orang panggil untuk persembahan, insya-Allah jika harganya berpatutan saya akan pergi. Tetapi kalau mahu bayar macam zaman fun fair dulu, saya tidak akan terima.
"Saya tolak dengan cara yang baik dan beritahu mereka, ini bukan awal tahun 90-an lagi, ini sudah tahun 2026. Jangan pandang rendah pada kami," katanya.
Menurut penyanyi yang mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak 1988 ini, bayaran itu tidak berbaloi apabila turut mengambil kira kos pengangkutan, pakaian dan jurusolek.
Walaupun menyedari perbezaan layanan terhadap artis veteran di negara ini berbanding lebih dihargai di luar negara, Shima memilih untuk bersikap realistik dengan situasi industri muzik di Asia.
"Di Amerika Syarikat, semakin lama artis itu, semakin tinggi nilainya. Tetapi kita tidak boleh samakan dengan negara Asia kerana pemikiran kita berbeza.
"Saya bersikap realistik dan hidup dalam dunia yang nyata. Saya dalam bidang ini bukan baru, sudah lama," katanya.
Terbaharu, Shima bakal terbabit dalam Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang akan berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026.
BH


|