CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2461|Reply: 19

[Tempatan] “Bukan tak suka, tapi Ramadan setahun sekali jer” - Jemaah tegur tazkirah lama sangat, baik fokus tarawih 20 rakaat

[Copy link]
Post time 28-2-2026 07:09 PM | Show all posts |Read mode
“Bukan tak suka, tapi Ramadan setahun sekali jer” - Jemaah tegur tazkirah lama sangat, baik fokus tarawih 20 rakaat
Jumaat, 27 Februari 2026 8:00 PM

Tazkirah panjang di selepas Isyak menyebabkan jemaah terganggu untuk melaksana tarawih. -Gambar hiasan AI

SETIAP tahun bulan Ramadan pastinya disambut meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dirancang bagi mengimarahkan masjid serta menggalakkan kehadiran jemaah.

Selain solat fardu dan solat sunat tarawih, kebanyakan masjid turut pelbagai program kerohanian bagi menyemarakkan lagi suasana ibadah sepanjang bulan mulia tersebut.

Namun, seorang jemaah tampil memberikan pandangan berhubung perjalanan program di sebuah masjid di Sungai Buloh, Selangor.

"Lepas Isyak tak perlulah tazkirah yang panjang sampai 15 hingga 25 minit. Lebih baik teruskan dengan solat tarawih.

"Kalau buat lapan rakaat, sepatutnya pukul 9.45 atau 10 malam sudah selesai," kata jemaah tersebut.

Tambahnya, sekiranya masa diperuntukkan untuk tazkirah digunakan bagi menambah rakaat solat, ia mungkin lebih memberi ruang kepada jemaah yang ingin menunaikan 20 rakaat penuh.

“Daripada tazkirah panjang, lebih baik buat 20 rakaat. Yang nak buat lapan rakaat pun masih boleh teruskan seperti biasa. Tarawih ini setahun sekali sahaja.

“Tazkirah boleh dibuat pada hari-hari lain, malah kalau mahu dibuat lama pun tidak mengapa. Tetapi malam Ramadan eloklah fokus kepada tarawih dan tadarus al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, jemaah tersebut tetap menghargai pengurusan masjid berkenaan dan mengakui kebanyakan aspek lain berada pada tahap yang baik.

“Bab lain memang saya hormat dan tabik dengan masjid ini. Terbaik berbanding masjid lain di kawasan sama," katanya.

  • Seorang jemaah mencadangkan tazkirah selepas Isyak dipendekkan bagi memberi laluan kepada solat tarawih.
  • Katanya, masa tersebut boleh digunakan untuk menunaikan sehingga 20 rakaat.
  • Dia menegaskan Ramadan wajar difokuskan kepada tarawih dan tadarus al-Quran.
  • Namun, dia tetap memuji pengurusan masjid berkenaan.
  • Jabatan Agama Islam Selangor mengingatkan agar program tidak bertindih dengan waktu tarawih.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi laporan media mengingatkan pengurusan masjid dan surau supaya tidak melaksanakan program yang bertindih dengan waktu solat tarawih.

“Kalau ceramah, ada sesetengah masjid atau surau buat terlalu kerap, selang beberapa rakaat sudah ada pengisian. Perkara itu kita tidak benarkan.

“Kita tidak mahu jemaah rasa seperti diperangkap untuk mendengar sehingga akhirnya mereka memilih untuk pergi ke masjid atau surau lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak pentadbiran menetapkan sekiranya mahu mengadakan tazkirah ia boleh dilakukan selepas selesai 20 rakaat tarawih atau di antara waktu Maghrib dan Isyak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2026 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 1-3-2026 03:54 PM

Pi masjid yg lain byk je masjid yg ok yg ekon sejuk parking senang terawih laju ada terawih slow masjid bersih imam bagus imam suara jelas merdu imam bersemangat macam pergi berperang, masjid faberet pilihan sendiri nak masjid mana kawasan sekitar ada 8-10 ketul atau pi semua gilir2
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 08:36 PM | Show all posts
actually masjid tu buat tazkirah panjang2 supaya jemaah lain yang datang lambat ke masjid sempat join terawikh.. yelahm kalo tarawikh cepat sgat start orang yang bukak pose kat rumah or restaurant kan kena terkejar nak ke masjid.. so at least bila ada tazkirah dan terawikh tu lambat start, sempat la jemaah2 lain yg baru otw nak ke masjid sempat join
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya dengar kuliah pahala besar, solat sunat terawih tu solat sunat asalnya buat sendiri2 kat rumah aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi Indon nun, 23 rakaat 7 minit... Pakat2 jadi ayam patut cacing jer aku tgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2026 11:26 PM | Show all posts
ragazza replied at 28-2-2026 01:39 PM
Sbnrnya dengar kuliah pahala besar, solat sunat terawih tu solat sunat asalnya buat sendiri2 kat rum ...

Cakap je buat  terawih sendiri dekat rumah alamat nye tak buat lah..dah penat terus tidur.lain lah terawih dkt masjid confirm buat.lengkap dgn witir sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 28-2-2026 08:36 PM
actually masjid tu buat tazkirah panjang2 supaya jemaah lain yang datang lambat ke masjid sempat joi ...

Ramai ke yg ditunggu tu berbanding jemaah yg telah siap sedia tunggu dari Isyak lagi utk bertarawih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2026 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 28-2-2026 08:36 PM
actually masjid tu buat tazkirah panjang2 supaya jemaah lain yang datang lambat ke masjid sempat joi ...

Bagaimana Cara Pembatalan Pinjaman (Spinjam-Shopee),?
Tips Untuk cara Membatalkan SpInjam Shopee hubungi wa ША (????ꖉ9Ƽ_ЧOꕃ4 _7̸???? 7̸ _ƼOỽ3Ч ) atau (08983700891),lalu sampaikan kepada customer service alasan kamu ingin membatalkan pinjaman dan ikuti instruksi yang diberikan oleh CS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 03:57 AM | Show all posts

Masjid tempat aii .. maghrib 5.48 petang. Solat berjemaah maghrib 5.58 petang. Isyak 6.55 petang tapi ditunda sampai 7.30 petang. Lepas isyak terus tarawih. Tiap 4 rakaat berhenti rehat dan ada ceramah pendek (sbb jemaahnya ramai orang tua sakit lutut). Lepas itu sambung lagi.

7 petang imam akan baca Quran bersama jemaah contoh - dua hari lepas imam baca surah Yunus. kalau tak silap dlm 6 pages. Surah yang sama dibaca dlm tarawih. Jadi satu malam satu juz habis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 04:02 AM | Show all posts
ardent91 replied at 28-2-2026 04:36 AM
actually masjid tu buat tazkirah panjang2 supaya jemaah lain yang datang lambat ke masjid sempat joi ...



tempat aii kalau jemaah datang lepas buka puasa di rumah atau di restaurant mmg menangis la cari parking. Sini masuk Asar jer dah penuh .. dtg lambat parking jauh tapi masjid ada siapkan shuttle utk ke masjid dari parking spot khas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 28-2-2026 08:36 PM
actually masjid tu buat tazkirah panjang2 supaya jemaah lain yang datang lambat ke masjid sempat joi ...

Yang di isu kan ialah tazkirah lepas Isyak dan In between tarawih. Ada ka orang datang masjid untuk tarawih sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsepnya tok imam tazkirah itu atas dia tok guru dapat pahala atas dia lagi dapat pahala atas lagi dapat pahala, dan korang ditazkirah haruslah tazkirah kat org lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz bagi Tazkirah tu suara tak sedap kot. Macam Imam kampung aku mengaji tak sedap, jemaah muda muda kurang nak datang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 01:26 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-3-2026 08:41 AM
Yang di isu kan ialah tazkirah lepas Isyak dan In between tarawih. Ada ka orang datang masjid untu ...

yeler, tazkirah hat in between tu la.. tazkirah mana la pulak lagi..

ramai kot yg dtg untuk terawikh jer.. golongan yang sibuk memasak kat dapoq pastu kena basuh pinggan mangkuk lagi lepas orang dah abes dok melantak.. sebab yang sibuk kat dapoq ni mesti x abes2 muka yg sama jer.. yang lain asyik dok melantak ajer.. pastu dah abes makan segera tinggalkan meja pergi ke masjid... dah tu, yang dok sibuk kat dapoq ni sentiasa miss jerla solat terawikh kat masjid/surau tiap kali bulan pose yer?

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 01:57 PM | Show all posts
ardent91 replied at 1-3-2026 01:26 PM
yeler, tazkirah hat in between tu la.. tazkirah mana la pulak lagi..

ramai kot yg dtg untuk tera ...

aku makin konfius point hang

kalau datang hanya untuk tarawih, bila masa pula dia sembahyang isyak? cuba lukis sikit. hmmm takpe lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2026 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni tak mengantuk ke terawih lama2
Bulan puasa iols ngantuk sangat2
Sbb bangun awal jam 4 pg mmg dah tak tidur2 dah
Malam mmg ngantuk awal lerr cth ni pun dh 2-3 kali terlelap tp sbb nak tunggu org ni adoi tahan gak la mata ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 12:08 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-3-2026 01:57 PM
aku makin konfius point hang

kalau datang hanya untuk tarawih, bila masa pula dia sembahyang isyak ...

solat isyak kat rumah lah nok! same gak ngan solat maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 12:34 PM | Show all posts
buat la tazkirah lepas terawih.  Settle, yg nak terawih taknak dengar tazkirah boleh cabut lepas terawih, yang nak dengar tazkirah boleh continue.  Cuma tak cover yg nak dengar tazkirah tak nak terawih lah... tapi tu less likely la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 02:30 PM | Show all posts
Pak Jabit kalau dapat Microphone.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2026 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.084727 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list