Tindak balas Iran ke atas AS: Rakyat Malaysia di Bahrain diminta berlindung di kedutaan
Oleh Nurhanim Osman - Februari 28, 2026 @ 7:47pm
Rakaman video ini diambil daripada imej UGC yang dimuat naik di media sosial pada 28 Februari 2026 dan disahkan oleh pasukan AFPTV di Paris, menunjukkan detik serangan ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Bahrain. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di Bahrain diminta pergi ke Kedutaan Malaysia di sana buat sementara waktu.
Sumber Wisma Putra berkata, arahan itu susulan Iran melancarkan serangan balas ke atas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, hari ini, selepas Israel dan AS menyerang negara itu.
Sumber memaklumkan, setakat ini dari makluman yang belum dapat disahkan, empat letupan kedengaran berlaku.
"Pangkalan itu berdekatan dengan penempatan yang agak padat dalam kalangan warga asing termasuk warganegara Malaysia"Kedutaan sudah memaklumkan kepada rakyat Malaysia melalui aplikasi WhatApps untuk beredar keluar dari kawasan Juffair buat sementara waktu.
"Rakyat Malaysia juga diminta beredar ke pejabat kedutaan buat sementara waktu sehingga arahan lanjut dapat diberikan," katanya.
Sumber memaklumkan, buat masa ini, kerajaan Bahrain masih belum memaklumkan kawasan selamat bagi orang ramai berkumpul.
"Kami juga sedang berusaha mendapat maklumat dan arahan lanjut dari pihak berkuasa Bahrain," katanya..
|