Betul ke basuh ayam mentah bawah air paip yang mengalir deras akan buat ayam lebih bersih?
Jawapannya tidak. Air paip tak membunuh kuman pada ayam mentah. Yang membunuh kuman ialah masak sampai sempurna.
Yang buat amalan basuh ayam jadi berisiko ialah percikan. Bila air terkena ayam, titisan halus boleh merebak ke kawasan sekeliling sinki dan melekat pada tangan, permukaan dapur, pinggan, papan pemotong, dan makanan yang dah sedia dimakan. Itu yang jadi punca pencemaran silang.
Kalau anda nampak kotoran fizikal yang mengganggu, lebih selamat lap perlahan dengan tisu dapur, buang tisu terus, kemudian basuh tangan dan bersihkan permukaan.
Dan bila masak, pastikan ayam betul-betul masak. Itulah “pencuci” sebenar.
Kalau lepas makan ada cirit-birit yang teruk, demam tinggi, muntah tak boleh minum, tanda dehidrasi, atau berlarutan lebih 3 hari, elok dapatkan pemeriksaan.
Kalau di rumah anda, biasanya anda basuh ayam atau terus masak?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 3-3-2026 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Biar betik PH ni,admin dia meroyan blood moon ke?
Kalau di rumah saya,ayam saya basuh dgn air mutlak,air coway pun basuh jugak. Sbb nk suci lg bersih darah² ayam tu. Admin PH dah makan ke ayam tnpa basuh?
Post time 3-3-2026 10:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Daging lembu pun weols rebus dulu nak kurangkan lemak. Biarlah orang kata tak rasa manis daging. Weols lagi gerun tengok lemak lemak yg banyak tu. Nak bagi sedap rempah khuens ada.
Post time 3-3-2026 11:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 3-3-2026 09:38 PM
Jepun memang amal tak basuh pakai air... alasan mcm tu lah..
Tu kat sana. Cuba market kat sini.Aku suka beli ikut potongan. Sekali sekala baru beli yg sekor potong 16 utk kari. Kot la ada org pilih pilih pegang pastu letak balik.
Post time 4-3-2026 01:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 4-3-2026 01:33 AM
Normally lepas beli ayam pi buang kulit buang lemak lendir darah basuh baru lumur kunyit garam dan goreng, dan sisa ayam kasi buang sinki kasi sabun, kalau di kedai2 ai percaya lepas beli terus dilumur tepung dan masak x sempat belek seketul2 x 100 ketul ayam lantakkan saja lemak ka darah ka terus goreng
bukan dia tak bagi basuh ayam...
cuma.. lepas kau basuh ayam tu.. cucila tangan bersih2 n peralatan yg digunakan tu bersih2.. sbb kuman2 dr ayam tu terpercik sane sini..
dah sah2 basuh ayam kat sinki kan.. dah selesai.. basuh je la sinki cam biasa..
sama la jugak besen yg dah guna basuh ayam tu.. cuci je la..
lainla kalau kau basuh ayam terpercik2 sampai ke rak pinggan kt sebelah sinki ke..
ha tu ye pencemaran silang..
kita basuh ayam bukan nak buang or matikan kuman..
nak basuh hilangkan kotoran.. lemak2.. lendir2.. itu.
kalau takat basuh dah boleh matikan kuman.. lepas basuh bole la terus makan ye tak? haha..
Post time 4-3-2026 09:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lepas kejadian piramid makanan yg skrg diarg mengaku terbalik tu.. mmg idak le nak percaya saranan diarg terus dah. Kita nilai sendiri mana baik mana tak
PH tak nak basuh sudah. Aku tetap akan basuh. Dari nenek aku masak, mak aku masak, aku perati je deyols cuci ayam tu. Kalau takde masalah buat aku, ok. Orang lain, tatau la.