CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4272|Reply: 25

[Tempatan] Bilik dipenuhi botol air kencing akibat ketagihan ketum

[Copy link]
Post time 4-3-2026 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Bilik dipenuhi botol air kencing akibat ketagihan ketum
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLISYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
04 Mac 2026 06:03pm

Tindakan seorang lelaki berusia 22 tahun mengumpul air kencing di dalam botol minuman sehingga memenuhi ruang biliknya menjadi gambaran mengejutkan kesan ketagihan air ketum yang didakwa dialaminya sejak hampir setahun lalu. Foto AADK Pulau Pinang


BAYAN LEPAS – Tindakan seorang lelaki berusia 22 tahun mengumpul air kencing di dalam botol minuman sehingga memenuhi ruang biliknya menjadi gambaran mengejutkan kesan ketagihan air ketum yang didakwa dialaminya sejak hampir setahun lalu.

Walaupun tandas berada berhampiran, lelaki terbabit dipercayai membuang air kecil ke dalam botol dan menyimpannya di dalam bilik sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa di kediaman berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu pada awalnya hanya mencuba minuman berasaskan daun ketum sebelum didakwa semakin bergantung sehingga menjejaskan kehidupannya.

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang, ketagihan tersebut menyebabkan lelaki berkenaan tidak bekerja, kehidupan seharian tidak terurus selain bertindak agresif apabila gagal mendapatkan wang untuk membeli air ketum.

“Keadaannya semakin membimbangkan apabila dia menunjukkan perubahan sikap yang ketara dan sukar dikawal,” menurut kenyataan dalam satu hantaran Facebook AADK Pulau Pinang pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, situasi berkenaan menggambarkan kesan serius ketagihan bahan tersebut yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan mental dan fizikal malah merosakkan hubungan kekeluargaan.

“Ramai memandang ringan isu ketum kerana menganggap ia sekadar air rebusan daun. Hakikatnya, jika disalah guna dan diambil secara berlebihan, ia boleh membawa kepada ketagihan serta perubahan tingkah laku,” katanya lagi.

Sehubungan itu, AADK Pulau Pinang menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan bahaya penyalahgunaan ketum dan segera mendapatkan bantuan sekiranya terdapat ahli keluarga atau kenalan yang menunjukkan tanda-tanda ketagihan.

“Pendekatan sokongan dan bimbingan penting dalam membantu individu terlibat kembali ke landasan yang betul dan bukan secara kecaman,” ujarnya.

Ringkasan AI
  • Lelaki berusia 22 tahun mengumpul air kencing dalam botol menunjukkan kesan ketagihan air ketum
  • Sebelum menjadi ketagih, lelaki itu mencuba minuman berasaskan daun ketum
  • Ketagihan membuat lelaki berkenaan tidak bekerja dan bertindak agresif bila tak dapat membeli air ketum
  • Ketagihan air ketum merosakkan kesihatan mental dan fizikal serta hubungan kekeluargaan
  • AADK Pulau Pinang menasihatkan pendekatan sokongan dan bimbingan untuk membantu individu terlibat


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2026 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap ada ringkasan Ai dah sekarang erk
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tau terus baca ringkasan AI je cepat.

Kesian, muda lagi. Sayang terjerumus. Semoga pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ringkasan ai untuk ringkasan ai tu tak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Setan suka kotor hancing mcm tu.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nape tak pi toilet je.. cari botol nak kencing larat pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2026 10:45 PM | Show all posts
pakej ketum + ais lettew
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia simpan air kencing dia dlm botol tu?
Boleh jual mcm minyak masak terpakai ke dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2026 11:05 PM | Show all posts
Suka hati ja conclude itu salah ketum hanya kerana satu kes.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish,lain mcm hobi
Dia bujang tinggal dgn family ke? family tau ke x?atau family x kesah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 4-3-2026 10:45 PM
pakej ketum + ais lettew

Indeed. Zaman dulu daun ketum ni digunakan utk bantu penagih atasi ketagihan dadah. Tapi penagih ni pandai. Depa modified, campur ramuan2 lain mcm paracetamol, serbuk ubat nyamuk, & air soda, terus jadi mudharat balik. Lepas tu budak2 kg lain pun cuba, last2 ikut ketagih.

Sayang betul.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 4-3-2026 04:23 PM
Indeed. Zaman dulu daun ketum ni digunakan utk bantu penagih atasi ketagihan dadah. Tapi penagih n ...

Ada apa dlm serbuk ubat nyamuk? Ingat kan ubat batuk je buat ketagih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Org dolu2 hanya amek sehelai daun ketum saje utk direbus kendian minum supaya ada tenaga tambahan utk buat kerja berat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2026 07:40 AM | Show all posts
Suchi replied at 4-3-2026 10:47 PM
Kenapa dia simpan air kencing dia dlm botol tu?
Boleh jual mcm minyak masak terpakai ke dik

Soalan yang wartawan lupa nak tanya...
Dia nak peram dan minum balik ke macam mana..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:20 AM | Show all posts
Zack8hunter replied at 4-3-2026 06:41 PM
Siap ada ringkasan Ai dah sekarang erk

emel skrg pun ada ringkasan AI

yg bahasa melayu tu boleh pulak dia bg ringkasan dlm bahasa inggeris ye


yg baru lagi, siap bg suggestion emel utk reply kt bawah

very convenient

makin lama manusia makin tak perlu fikir dah

just click away je, done




Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:25 AM | Show all posts
Sebelum ni kalau kes kumpul air kencing ni kebanyakkannya gamers cina la. Dok main game, tak keluar bilik, sampai kumpul air kencing, makan minum segala sampah semua dalam tu. Ni dah melarat ke mat ketum pulak ke? 1st time ada kes mat ketum collect air kencing ni hahaha....Tapi baca komen FB, most of mat ketum dalam sana kata gambar tu fitnah ketum. Pasal deyols mana ada jadi gitu...katanyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 08:42 AM | Show all posts
euww loya pulak nengok botol2 air kincin time poser2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 4-3-2026 10:47 PM
Kenapa dia simpan air kencing dia dlm botol tu?
Boleh jual mcm minyak masak terpakai ke dik

Boleh jual jadi baja
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 5-3-2026 08:25 AM
Sebelum ni kalau kes kumpul air kencing ni kebanyakkannya gamers cina la. Dok main game, tak keluar  ...

Err... Macam aku tulis kat atas. Tapi aku bukan mat ketum taw. Ketum difitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 04:00 PM | Show all posts
aku baca kt page AADK ramai yg menganjeng AADK sebab kes staf diorg seludup dadah dalam pusat tu.  sedih tengok yg komen tu terang2 la ko bagi hint ko pun hisap dadah gak sbnrnye cuma ko tak kantoi je.  Semoga kita tak jadi mcm Mexico tu ha. Mexico mmg total lost tak bleh buat ape dah kecuali di bom. yg ni USA taknak bom plak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2026 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076313 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list