Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1052575   
Edited by Vellfire at 8-3-2026 03:09 PM



Jalan berdepan Masjid Baitul Iman yang dinaiki air malam tadi.

LIMBANG: Sebuah pacuan empat roda hampir dihanyutkan air apabila terperangkap dalam banjir di kawasan berhampiran Hospital Limbang malam tadi.

Hujan lebat yang berterusan malam Jumaat menyebabkan beberapa kawasan di Limbang dinaiki air dan menenggelamkan beberapa jalan utama.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk di jalan menuju Kampung Bunga Raya, perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, kawasan Masjid Baitul Iman, jalan Penapak dan Hospital Limbang, Taman Damai, Limbang Housing, Jalan Kubong dan kawasan kedai dan sekolah di kawasan bandar Limbang.

Agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam, (APM) Limbang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang turut berada di lokasi memantau keadaan.

Bagaimana keadaan kembali terkawal dan air beransur surut pada awal pagi ini.



Air kembali surut di jalan utama di bandar ini hari ini

Ketua JBPM Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata keadaan limpahan air surut dijalan raya di kawasan yang dinaiki air malam tadi boleh dilalui hari ini.

“Tiada pemindahan dilakukan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya satu kawasan tanah susur turut dikesan pihaknya di belakang bangunan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Limbang.

“Hasil pemantauan didapati air masih mengalir di tempat tanah susur dan keadaan sangat bahaya kerana tanah susur bila-bila boleh berlaku,” jelasnya.



Tanah susur di belakang PNK Limbang.

Katanya orang awam di kawasan berhampiran dinasihati agar sentiasa memantau dan berpindah dengan segera sekiranya ada lagi pergerakan.

“Keadaan bahaya ini akan dimaklumkan kepada pihak berwajib agar mengambil tindakan segera,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
102 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch