Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1723181   
Ambil iktibar keputusan CAS - Mohammed Taufiq

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mac 9, 2026 @ 11:26am




Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menyampaikan Baucer Sumbangan Ramadan kepada sebahagian asnaf pada Majlis Iftar Ramadan (IRAMA) peringkat Parlimen Sungai Petani di Masjid Al-Ikhlas,Tikam Batu malam tadi.



SUNGAI PETANI: Isu membabitkan penggunaan dokumen tidak sah oleh tujuh pemain warisan negara perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak, namun usaha memajukan sukan bola sepak negara tidak boleh terhenti begitu sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sudah melalui proses perundangan dan pihaknya menerima keputusan berkenaan.

"Proses undang-undang itu telah pun berjalan dan kita menerima keputusan yang telah pun diputuskan... kita akan meneliti apakah langkah susulan yang perlu kita laksanakan.

"Kita mengambil iktibar dan kita juga akan meneliti apakah langkah seterusnya untuk dilakukan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS)... yang pasti adalah program pembangunan bola sepak negara, di peringkat akar umbi, tidak boleh terhenti di situ sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Iftar Ramadan Madani (IRAMA) di Masjid Al-Ikhlas, Pulau Sepom, Tikam Batu di sini, malam tadi.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap keputusan CAS yang mengekalkan hukuman dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain warisan negara berhubung isu penggunaan dokumen tidak sah ketika proses pendaftaran untuk mewakili Malaysia.

Mohammed Taufiq berkata, pihak kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan rakan strategik termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan agenda pembangunan bola sepak negara terus diperkukuh.

"Semangat dalam sukan bola sepak perlu diteruskan, program seperti NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) akan kita teruskan dan kita akan bekerja rapat bersama dengan rakan strategik FAM.

"Majlis Sukan Negara (MSN) juga akan mengambil tanggungjawab untuk memastikan NFDP ini dapat terus melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet di peringkat akar umbi untuk pembangunan bola sepak kita," katanya.

Media sebelum ini melaporkan CAS mengekalkan penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan negara yang dikaitkan dengan isu penggunaan dokumen tidak sah bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Tujuh pemain terbabit ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Felipe, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/03/1518843/ambil-iktibar-keputusan-cas-mohammed-taufiq





105 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch