CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: ultra78

[Tempatan] Elak sensasi kes kematian doktor pelatih wanita di Kelantan - MMA. Polis rakam keterangan lebih 10 individu

[Copy link]
Post time 9-3-2026 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Festaim orang mati gambar muka kena blur sebab cantik sangat.  Takut orang masuk hantu la tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 06:33 PM | Show all posts
Tekanan kerja, buli antara kemungkinan punca kematian doktor pelatih
NORAFIDAH ASSANNORAFIDAH ASSAN
09 Mac 2026 02:59pm

SHAH ALAM – Tekanan kerja atau faktor buli dipercayai antara penyebab kematian seorang doktor pelatih yang ditemui di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Jumaat lalu.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, kejadian itu amat menyedihkan dan pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta rakan mangsa.

“Sebarang kemungkinan boleh menjadi penyebab kejadian dan kami ingin mendesak penubuhan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat insiden ini secara holistik dan terperinci.

“Faktor buli atau tekanan kerja mungkin salah satu penyebab, namun agak awal untuk membuat kesimpulan sebelum siasatan dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui cabaran dan tekanan yang dihadapi doktor pelatih di hospital kerajaan ketika ini agak membimbangkan.

Menurutnya, sekiranya isu berkenaan tidak dibendung, dikhuatiri lebih banyak insiden tidak diingini akan berlaku.

“Sehubungan itu, setiap hospital perlu mempunyai satu unit sokongan yang terdiri daripada kaunselor dan petugas kesihatan lain yang boleh menjadi kumpulan sokongan kepada mereka yang tertekan.

“Pada masa sama, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan tidak menganggap mereka yang mengalami tekanan sebagai lemah dan tidak bersikap prejudis terhadap mereka.

“Doktor pelatih yang berdepan isu seperti buli atau tekanan juga boleh mendapatkan bantuan melalui beberapa saluran termasuk HelpDoc oleh Malaysian Medical Association, sistem SISPAA di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia atau menghubungi Hartal Doktor Kontrak bagi mendapatkan pandangan serta bantuan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 29 tahun ditemui meninggal dunia di bilik air dan hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Punca kematian dipercayai disebabkan tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Ringkasan AI
  • Tekanan kerja atau faktor buli dipercayai antara penyebab kematian seorang doktor pelatih di asrama HSIP
  • Jurucakap HDK mendesak penubuhan suruhanjaya bebas untuk menyiasat insiden ini secara holistik
  • Cabaran dan tekanan yang dihadapi doktor pelatih di hospital kerajaan amat membimbangkan
  • Setiap hospital perlu ada unit sokongan bagi doktor yang tertekan
  • Doktor pelatih boleh mendapatkan bantuan melalui saluran seperti HelpDoc, SISPAA atau menghubungi Hartal Doktor Kontrak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 06:36 PM | Show all posts
JKNK tubuh jawatankuasa siasat punca kematian doktor pelatih HSIP
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
08 Mac 2026 08:34pm

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat serta meneliti kes doktor pelatih wanita meninggal dunia di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada Jumaat.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, tindakan itu bertujuan menyiasat punca sebenar kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor lain sehingga menyumbang kepada perkara tersebut.

"JKNK berdukacita dengan kejadian berlaku dan saya ada menziarahi keluarganya pagi tadi.

"Arwah merupakan doktor pelatih wanita dari Universiti Monsoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, JKNK berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang doktor pelatih ditemukan maut di asrama HSIP pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 06:37 PM | Show all posts
Pas desak siasatan bebas, telus kes doktor pelatih HSIP maut
Oleh Wartawan MalaysiaGazette - 9 March 2026

KUALA LUMPUR – Pas mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan satu siasatan bebas dan telus bagi menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang doktor pelatih yang ditemukan maut di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Jumaat lalu.

Lajnah Kesihatan Pas Pusat, Dr. Mohd Mazri Yahya berkata, ia termasuk berhubung faktor persekitaran kerja, beban tugas dan sistem sokongan kepada doktor pelatih.

Menurutnya, siasatan itu perlu dipastikan tidak terhad kepada aspek perundangan semata-mata, tetapi turut menilai faktor sistemik yang mungkin menyumbang kepada tekanan mental dalam kalangan pegawai perubatan.

Selain itu, tambahnya, siasatan tersebut perlu melibatkan pihak berkecuali termasuk wakil badan profesional perubatan, pakar kesihatan mental dan organisasi berkaitan dalam proses siasatan berkenaan.

Dalam masa sama, ujarnya, siasatan itu perlu mengemukakan laporan serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan mental dan persekitaran kerja yang lebih sihat untuk semua petugas kesihatan.

“Kita tidak mahu tragedi seperti ini berulang. Sistem kesihatan negara perlu memastikan bahawa para doktor muda yang berkhidmat untuk rakyat tidak terpaksa berhadapan dengan tekanan yang melampau tanpa sokongan yang mencukupi,” katanya.

Jumaat lalu, seorang doktor pelatih berusia 29 tahun ditemukan maut di bilik air bangunan asrama HSIP, Kuala Krai, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Sementara itu, Dr Mohd Mazri berkata, pihaknya memandang serius laporan yang tular berkaitan tekanan kerja dan keadaan persekitaran latihan pegawai perubatan di hospital kerajaan.

Tambahnya, isu kesejahteraan mental dalam kalangan doktor pelatih bukan perkara baharu dan telah lama menjadi kebimbangan dalam sistem kesihatan negara. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 06:38 PM | Show all posts
Cadang kajian nasional tangani tekanan doktor pelatih
Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
8 Mac 2026, 3:42 pm

PETALING JAYA – Tekanan emosi doktor pelatih ketika menjalani latihan di hospital kerajaan menimbulkan kebimbangan dan dilihat sebagai isyarat supaya sistem sokongan terhadap golongan itu dinilai semula.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, isu tekanan kerja dalam kalangan doktor pelatih tidak boleh dianggap sebagai kes terpencil kerana mereka sering berdepan beban tugas tinggi serta tempoh kerja panjang.

Katanya, tekanan dalam sistem latihan, budaya kerja yang keras dan hubungan hierarki dalam latihan perubatan turut memberi kesan kepada kesihatan mental doktor pelatih.

“Ramai doktor pelatih tidak mempunyai ruang selamat untuk meluahkan tekanan atau mendapatkan bantuan psikologi secara profesional.

“Situasi ini boleh memberi kesan serius jika tidak ditangani dengan pendekatan lebih sistematik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam cadangan yang dikemukakan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagi menangani isu tekanan emosi dalam kalangan doktor pelatih.

Katanya, kekurangan tenaga doktor di hospital kerajaan turut menyebabkan beban kerja meningkat apabila tugas terpaksa ditanggung oleh doktor sedia ada termasuk doktor pelatih.

“Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, negara mempunyai kira-kira 75,000 hingga 80,000 doktor berdaftar dengan lebih 60 peratus daripada mereka berkhidmat di sektor awam.

“Setiap tahun sekitar 4,000 hingga 5,000 doktor pelatih ditempatkan di hospital kerajaan bagi menjalani latihan housemanship,” katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu melihat isu itu secara jangka panjang termasuk menambah pengambilan doktor, memperbaiki pengagihan tenaga kerja di hospital serta meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

Media sebelum ini melaporkan seorang doktor pelatih ditemukan maut di asrama Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2026 06:48 PM | Show all posts

Bod Isu semasa ni dah lama sendu. Mungkin orang dah malas nak layan sejak banyak spam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Semoga diampunkan dosa² arwah.

Lawa orangnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul mangsa buli moga yg membuli tu dijatuhi hukuman berat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 07:54 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-3-2026 06:48 PM
Bod Isu semasa ni dah lama sendu. Mungkin orang dah malas nak layan sejak banyak spam.

Ada reporter cari pun macam takde fungsi. Makan gaji buta. Thread duplicate.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-3-2026 06:38 PM
Cadang kajian nasional tangani tekanan doktor pelatih
Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
8 Mac 2026, 3:42 pm

Buat kajian lepastu dah dapat hasil pusing2 gitu je lah. Sama cam kpm, konon nak meringankan padahal makin rumit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 09:57 PM | Show all posts
Kematian doktor pelatih: Polis rakam keterangan lebih 10 individu
Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 9, 2026 @ 8:16pm

KOTA BHARU: Polis merekod keterangan lebih 10 individu setakat ini susulan kematian doktor pelatih wanita di asrama hospital di Kuala Krai, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata keterangan itu diambil sejak hari kejadian sehingga kini.

"Keterangan yang diambil membabitkan rakan mangsa, pensyarah dan keluarga. Kita akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Hasil keterangan yang diambil, macam-macam yang diperoleh termasuk akibat tekanan, namun siasatan lanjut masih dijalankan dan siasatan diambil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ibu tunggal oleh Persatuan Kebajikan An'anisa Rahmah Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, mangsa masih belajar dan menjalani latihan praktikal di hospital berkenaan.

Media semalam melaporkan, Jabatan Kesihatan Kelantan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat dan meneliti secara holistik kes kematian doktor pelatih wanita di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azman Yacob, dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan akan cuba mengenal pasti punca kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor penyumbang lain.

Pada Jumaat lalu, mangsa berusia berusia 29 tahun ditemui mati di bilik asrama hospital jam 9.55 pagi.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 9-3-2026 06:19 PM

Pergi sambung belajar Mesir ni guna pama atau scholarship mana2?  Mesti keluarga sedih.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 10:37 PM | Show all posts
slavehunter replied at 9-3-2026 04:21 PM
Kata job professional semua doctor's jenis pandai belajar educated ecetra....tapi masing2 jenis toxi ...

buli ni malaysian culture.. sebab tu kalo kerja cabin crew kat airlines2 di malaysia ni pown kan yang senior2 tu suka membuli junior crew.. tengok yang borak dalam galley punyer channel tu.. selalu dorg mentioned pasal isu ni.. bukan kat hospital ngan airlines jer, company biasa kat malaysia ni memang common lah kes2 buli ni.. sebab tu we as the victims, kita xleh tunduk pada pembuli, even kita bakal dikenakan tindakan tata tertib pown itu lebih better dari kita sendiri fall under great depression.. kalo kita leh sound or lawan balik dorg di khalayak ramai, then just do it!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-3-2026 09:57 PM
Kematian doktor pelatih: Polis rakam keterangan lebih 10 individu
Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 9, 2 ...

Takazut iols tgk umo dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 11:21 PM | Show all posts
dah kenapa nak suruh para HO ni kerja bagai tak ada hari esok ?
KKM ... menteri KKM ... ubah lah
mmg lah nak latih doa orang
tapi perlu ke sampai memberi tekanan keterlaluan kepada para HO
banyak dah baca para HO tumpas dengan tekanan
ubahlah budaya
pernah baca HO tak tidur sampa 2-3 hari
dah kenapa ?

kesian anak anak ni
belajar 4-5 tahun dah teruk
buat sebab minat nak jadi doktor
tapi tumpas ...

semoga syurga tempat awak dik
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:32 PM | Show all posts
pegawai kerajaan yang mati di pejabat MOF tahun lepas apa jadi yer?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 9-3-2026 10:37 PM
buli ni malaysian culture.. sebab tu kalo kerja cabin crew kat airlines2 di malaysia ni pown kan y ...

Kat MAS memang ada kes buli pun , but it applies kalau crew tu jenis tak pandai buat kerja, tapi kalau pandai buat kerja memang takde siapa kacau pun. But the culture seniority tu memang toxic la baik Airlines ke Hospital ker....but I tak sangka la dalam community golongan dikata bijak pandai ni kes buli sampai depression bunuh diri semua, paling2 pun Airlines takde sampai bunuh diri ni semua, but in medical line consequences dia sampai macam ni sekali. Ni bukan kes pertama, dah banyak Kali dengar doctors suicide, sebelum ni Dr cina Dan Dr Indian juga. Tak sangka lah.

But my experience dengan Doctors semua jenis cakap baik2 semua, I guess bully ni hanya sesama colleague mereka tapi bukan dengan patients Karang kena report pula. On another note I macam kesian juga sebab Hosp Gov banyak yang kurang manpower, gaji pula sikit, pesakit ramai pula tu, very tiring job, tiring environment, so to conclude Malaysian itself yang problematic dan toxic attitude.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-3-2026 11:32 PM
pegawai kerajaan yang mati di pejabat MOF tahun lepas apa jadi yer?

Tu lagi pelik. Ikat kaki tangan sendiri and suicide. Tapi my personal oppinion memang kena bunuh pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.199521 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list