Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1723131   
Wan Rohaimi tabik semangat anak buah

Oleh Mohd Amin Jalil - Mac 8, 2026 @ 12:05pm





Pemain Penang FC Tchetche Kipre (kanan) meraikan jaringan bersama rakannya ketika menentang Negeri Sembilan FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Bernama



SEREMBAN: Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail berpuas hati dengan komitmen tinggi pemainnya yang berjuang sehingga ke penghujung saingan ketika mengikat Negeri Sembilan FC (NSFC), 3-3 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Menurutnya, sikap tidak berputus asa pemain wajar dipuji apabila bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan susulan dua jaringan pantas oleh pemain NSFC dalam tempoh enam minit.

"Bagaimanapun saya sedikit terkilan dengan sedikit kelekaan dan kekalutan yang berlaku apabila pasukan dihukum dengan dua gol pantas lawan," katanya.

Pada perlawanan itu, Penang terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan Dylan Christopher pada minit ke-22, namun dapat disamakan Jovan Motika (m-29).

Tchetche Kipre kemudian meletakkan Penang kembali memimpin menerusi jaringan pada minit ke-79, namun angkara kealpaan, mereka dihukum jaringan pantas dua penyerang NSFC, Mio Tsuneyasu (m-82) dan Joseph Esso (m-88).

Nasib ternyata memihak kepada Penang membawa balik satu mata apabila mendapat sepakan penalti yang disudahkan Stefano Brundo pada minit ke-90.

Mengulas lanjut, Wan Rohaimi berkata, kegagalan anak buahnya mengawal tempoh permainan selepas mendahului lawan, mengecewakan.

"Apa yang berlaku malam ini sama apa yang terjadi ketika menentang Kelantan The Real Warriors dalam Piala Cabaran," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/03/1518444/wan-rohaimi-tabik-semangat-anak-buah





107 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch